Monday, January 23, 2012

Berpurdah?

Posted by GEN11US Monday, January 23, 2012
Ayat-ayat cintaNya menjadi pilihan untuk kubaca sementara menunggu waktu solat Zohor. Biarpun mataku terpaku di tulisan Al Quran, aku dapat merasakan ada sepasang mata sedang memerhati.

Tenungan sahabatku ini membuat aku berasa tidak selesa. Seperti ingin diucapkan sesuatu. Tetapi tidak terlontar pun butir bicara daripada lidahnya.
Yang kedengaran suara-suara orang berbual dan suara Mak Cik Arab yang menjaga tandas surau menjerit-jerit agar tidak membuat bising di dalam tandas.

 “Kenapa awak berpurdah ya? Saya teringin nak tahu.” Akhirnya si dia bersuara.

Aku terdiam mencari jawapan yang sesuai.

“Saya malu.”

“Malu? Malu dengan apa? Wajah awak kan lawa.”

“Ish.. Awak ni. Awak pun lawa. Setiap wanita Allah ciptakan sememangya lawa.cantik-cantik belaka.”

“Tak fahamlaaaa. Berpurdah ni wajib ke? Apa hukum berpurdah sebenarnya? Saya tengok kawan-kawan kita makin ramai berpurdah”

Aku tersenyum dengan pertanyaan sahabat solehah ku ni. Persoalan-persoalan ini juga seringkali menerpa hatiku sebelum ini. Aku tidak berminat untuk membincangkan tentang khilaf ulama’ mengenainya. Aku cuba sebaiknya untuk memberi jawapan yang ringkas dan mudah dihadam.

“Berpurdah tak wajib. Hukumnya boleh berubah-ubah, tetapi secara amnya sunat. Berpurdah juga pakaian isteri-isteri Nabi Muhammad S.A.W. tau. Pemakaiannya lebih untuk menjaga hati yang melihat dan juga yang dilihat. Yang dilihat itu,si pemakailah. Jadi saya memakai purdah lebih untuk menjaga hati saya. Awak tahu tak, entah mengapa, sejak di Mesir ni, hati saya semakin malu bila berhadapan dengan ikhwah Melayu dan pakcik –pak cik Arab. Kalau boleh jadi Miss Invisible, saya akan jadi !”

"Katakanlah kepada lelaki yang BERIMAN, agar mereka menjaga pandangannya dan kemaluan (maruah diri) nya..."

"Dan katakanlah kepada para perempuan yang BERIMAN, agar menjaga pandangannya dan kemaluan (maruah diri) nya..."

Sahabatku masih tidak berputus asa mengajukan soalan. Aku terima sahaja, mungkin ini lah yang menyebabkan dia menenungku setiap kali bersua.

“Hmm.. Saya terasa nak pakai purdah. Tapi saya risau kalau orang kata saya ni ikut-ikut orang je nak pakai purdah. Lagipun saya rasa akhlak saya ni tak adalah bagus sangat. Macam mana ek awak?” dia bertanya dengan semangat.

“Hehe. Kalau awak asyik berfikir apa yang orang lain katakan, sampai bila-bila pun awak tidak akan memakai purdah. Hatta nak buat apa-apa pun,kalau asyik memikirkan pandangan orang, hati tidak akan senang. Ikhlaskan lah kerana Allah. saya teringat salah satu post dalam blog batch kita. Awak dah baca?(klik sini) Semoga dengan berpurdah ni, hati semakin dekat dengan Dia. Lagipun, andai benar sekali pun awak ikut-ikut orang, awak mengikut benda yang baik. Bukannya membuat sesuatu yang menyalahi syara’. Kalau awak ikut fesyen Korea, budaya barat barulah awak kena fikir pandangan orang, lagi-lagilah pandangan Allah. Bagus juga kalau berpurdah ni jadi trend masa kini.hehe."

Ku memegang erat tangan comel kawanku sebelum menyambung kata.

"Pasal akhlak tu,sama-sama lah perbaiki akhlak dari masa ke masa. Bukanlah bermakna orang yang berpurdah ni sempurna akhlaknya. Akhlak mulia tu berhak menjadi milik semuaaaaa orang. Awak, saya, dia dan dia. Kan? Awak, janganlah malu untuk berpurdah.”

Dia terdiam. Matanya tunduk. Aku dapat merasakan otaknya ligat mencari soalan.

“Takpe ke kalau kita pakai kat Mesir je. Kat Malaysia nanti kita tak pakai???”

“Kan saya dah cakap tadi. Berpurdah bukan wajib pun seperti tudung. Pakailah mengikut waqi’ (kawasan) dan situasi. Bergantung juga pada adat dan penerimaan sesuatu masyarakat. Kalau di Mesir, saya berasa kurang selesa dengan pak cik-pak cik dan remaja Arab yang kadangkala mengganggu. Lagipun kita berjauhan dengan keluarga. Kalau di Malaysia,insyaAllah keadaan selamat. Ada seorang ustaz menganalogikan purdah ini umpama serban bagi laki-laki. Mereka boleh menanggalkan serban ketika mereka mahu. Wanita yang berpurdah juga boleh memakai dan menanggalkannya pada waktu-waktu tertentu. Tetapi kalau nak teruskan pun tiada masalah.”

Azan Zohor berkumandang.

“Awak, dah Zohorla. Jom solat. Nanti kita borak-borak lagi ya =)”


Wanita itu perhiasan dunia. Dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah. Yang tertutup dan terjaga. Berpurdah atau tidak itu bukan persoalannya. Tetapi perihal AURAT dan AKHLAK itulah yang harus diambil ihtimam. Berbanggalah anda menjadi wanita mu’minah !


P/S : Aku berusaha sedaya-upaya untuk menjaga hati sendiri dan hati dia kerana aku tahu AKU dan DIA sama-sama takutkan Allah.




Wednesday, January 18, 2012

Beratnya Fifa!!!

Posted by GEN11US Wednesday, January 18, 2012


بسم الله الرحمن الرحيم


Sebelum baca post ni tarik nafas panjang2 dan hembus perlahan2.. dan saya ingin minta maaf pada sesiapa yang tersungkur, terbatuk atau tertembak dengan senapang AK-47 serta termuntah hijau selepas membaca post ini.. saya juga mungkin akan termuntah juga selepas menulis post ini.. uhuk3..


Pandang atas, pandang bawah, pandang belakang dan depan.. hm.. nak buat ape ye? pandang timur laut.... waaa... sebuah laptop berjenama ASUS kaler hitam kehitam-hitaman bercahaya mengeluarkan gelombang yang mampu menarik manusia walaupun seberat Undertaker.. uhuk3.. apakah anda perasan akan perkara ini?.. tahu tak yang perkara ini adalah fakta dimana sebuah laptop yang dipenuhi dengan permainan2 yang berbagai jenis rupa di abad ini mampu menarik manusia ke arahnya dengan sungguh bergaya sekali.. sedar atau tak sebenarnya kita telah pun ditarik olehnya.. huh~




Cuba angkat FIFA tu.. memanglah tak boleh angkat.. maksud saya cuba anda ambil dan masukkannya ke dalam sebuah tong sampah berwarna kelabu cair di desktop anda.. mesti tak sanggup kan? anda lebih sanggup membiarkan seekor anak kucing digilis oleh tremco daripada membuang FIFA ke dalam tong sampah berwarna kelabu cair.. kan2? hebat sungguh penangan FIFA dan yang seangkatan dengannya.. bukankah ianya hanya sebuah software yang dicipta oleh manusia yang tak berapa nak kacak.. tapi ia mampu menarik dan memukau manusia selama berjam-jam.. anda tak percaya? inilah fakta.. tak semestinya mesti FIFA tapi apa2 yang sedarjat dengannya..

Sedar atau tidak.. berapa banyak masa kita telah dihabiskan dengan berriadah di Old Trafford di hadapan laptop? berapa banyak solat dan masa study kita telah terbuang olehnya? bukankah kita ingin jadi 'Doktor Muslim' yang sering dikata-katakan? adus!!.. oh ma3alesyh pada siapa yang tercucuk oleh pisau bersaiz 15 inchi sebentar tadi.. uhuk3..

" apalah mamat ni.. kecoh betul nak main kejap pun tak boleh.. macam lah dia tu baik sangat.."

" rilek lu bro.. sak kok lu.. gua tak abis lagi ni bro.."

" kau tak payah nak bajet sangat lah.. jap lagi aku solat la.. tak boleh nak sabar ke?.."

Bertenang dulu.. saya tak kata kita perlu tinggalkan sepenuhnya perkara tersebut.. apa yang saya ingin katakan adalah sebaiknya kita tinggalkannya.. tapi tak bermakna tk boleh langsung untuk kita berriadah di hadapan laptop langsung.. tapi sebelum kita nak berriadah tu fikirlah dulu.. adakah solat aku dah settel? study aku macam mana? dah call parents ke belum ni? jikalau demikian sudah settle maka sayugialah saya katakan bahawa anda layak untuk berriadah.. tapi... tunggu dulu.. sebelum tu pulak jangan berriadah sampai boleh membuatkan diri anda ke alam lain sehingga melupakan tanggungjawab sebenar anda.. kita pun dah makruf bahawa perkara yang harus jika melalaikan adalah haram*tak kan tak tahu kot.. KISAS kan ramai.. uhuk3..

Oleh itu berriadah lah kamu selagi tak melalaikan.. tapi secara logiknya kalau kita berriadah di hadapan laptop dalam jangka masa yang panjang pastinya akan melalaikan. bila menang rasa nak main lagi.. bila kalah pulak tak puas hati.. hmm.. jadi yang sebaiknya tinggalkanlah terus perkara tersebut..

" Antara kecantikan islam ialah seorang yang meninggalkan perkara yang tak berguna padanya.. (H.R Tirmizi) "

Seseorang yang menghabiskan masanya dengan perkara yang sia2 adalah sangat tak kacak dan tak hensem.. kuncinya mudah sahaja*ckp mudah ler... berbaliklah pada tujuan kita.. jika kita tahu tujuan maka insyaAllah semuanya baik.. ingatlah adakah dengan kita buat sesuatu perkara tu dapat memberikan sumbangan pada diri kita dan ummat islam seluruhnya? kita semua mampu berfikir sendiri kan..

Dan yang paling penting selepas berhujah, bercakap itu dan ini, adakah yang bercakap itu sendiri sudah melaksanakan?? uhuk3..

peace
~jzk~


-merpati putih -
  • RSS
  • Facebook
  • Youtube