Monday, March 12, 2012

Bukan Hati Yang Aku Pinta

Posted by GEN11US Monday, March 12, 2012
Kesihatan…satu nikmat yang jarang disyukuri sehingga la ia direntap dari diri kita. Waktu tu la kita sedar kuasa Allah, kita sedar lemahnya kita, kita sedar yang  takdir Allah itu tak mampu diduga dan kita sedar mulianya hati seorang insan…

Bila aku disahkan menghidap penyakit hati, terasa dunia aku gelap, rasa macam hidup dah tak de maknanyer, rasa macam aku tak nak buat ape-ape. Rasa kecewa, sedih buat aku rasa nak duduk atas kerusi  dan tunggu jer kematian aku.

“Aina, kau jangan macam ni. Kau kena kuat, sabar. Jangan cepat putus asa macam ni. InsyaAllah pasti ada jalan. Mana Aina yang dulu, yang kuat, yang selalu bela aku bila aku kena buli, yang selalu tengking budak-budak hingusan yang selalu hina aku tu”.

                Ini la kata-kata seorang sahabat yang sentiasa di sisi aku di saat-saat terakhirku di dunia. Tapi, sebenarnya saat-saat terakhir aku adalah saat-saat terakhir dia.
Makin hari aku makin tenat. Aku hanya mampu terlantar di atas katil hospital. Setiap urusanku ibu yang bantu. Aku perlu dipapah untuk ke tandas, makan minumku disuap. Sudah lama aku tak tengok pemandangan luar. 

Setiap hari ku hanya bertemankan doktor, jururawat, katil putih dan segala isi hospital. Sahabatku juga masih setia memberikan kata semangat walaupun tiada siapa yang dapat menyangkal bahawa pengakhiran hidup aku bakal menjengah tak lama lagi.
Suatu hari, aku rasa sangat sakit. Aku rasa tak tahan menanggung kesakitan ini. Aku tak mampu nak bukak mata. Ibuku memanggil doctor dengan rasa sangat cemas. Doktor dan beberapa jururawat mula memenuhi bilikku.Sebelum mataku terpejam, aku lihat ibuku berlalu pergi dengan linangan air mata.
Setelah beberapa hari….

Aku bukak mata perlahan-lahan. Cahaya luar terasa perit di mataku. Mungkin kerana sudah lama mataku terpejam. Aku melihat senyuman ibu dan ayahku. Mana Amira.Aku tak nampak dia..
“Ibu, mana Amira?” Kulihat wajah ibu berubah kelam, hilang senyuman ibu. Kenapa? Aku kehairanan.
Tiba-tiba, ibu menghulurkan sepucuk surat kepadaku.Aku menyambutnya dengan seribu satu persoalan.

Salam sahabatku Aina dunia akhirat,
Moga kau semakin sihat, ceria dan bahagia.Jangan sedih-sedih sebab kalau kau sedih aku akan rasa. Jangan buat aku sedih tau.Mulai hari ni aku akan sentiasa dekat dengan kau, sentiasa bersama kau. Aku ada dalam diri kau, so kalau kau rasa sedih aku akan rasa jugak. Jaga ‘hati’ aku, jaga iman.
Maafkan segala salah silap aku sepanjang kita kenal. Halalkan makan minum aku. Doakan aku aman di sini.
Sahabatmu,
Amira…

Tak dapat nak digambarkan perasaanku waktu itu. Aku menangis semahu-mahunya. Terasa tangisanku tidak cukup untuk menghilangkan segala kesedihan ini. Sahabatku telah pergi buat selama-lamanya. Jasadnya sudah tiada tapi hatinya akan sentiasa hidup dalam diriku beserta amanat. Ya, amanat untuk menjaga hati ini.


©BEITMUMTAZ

Friday, March 09, 2012

Erti Pengorbanan

Posted by GEN11US Friday, March 09, 2012


Pengorbanan. Susah untuk diterjemahkan dalam diri. Kerana, ia seolah-olah  dianggap parasitism. The others get benefit from you, and you get suffered. Mindset kita amnya meletakkan pengorbanan itu sebagai sesuatu yang merugikan dan menyakitkan. Kata mereka, pengorbanan itu perit. Tapi, terkadang, dengan pengorbanan itulah kita dapat membahagiakan dan merasa bahagia! Sudah tentu, cara kita menilai dan memandang erti pengorbanan itulah yang akan memberikan rasa. Rasa yang berbeza.


Satu analogi perbandingan yang cukup mudah untuk direnungkan. Pengorbanan rela dan paksa rela. Ibu ayah berjurai keringat untuk membesarkan kita. Bergadai harta pusaka agar keperluan kita tercapai. Tidak terkira lagi masa dan tenaga. Berhadapan pula dengan masyarakat dan kerenahnya. Letih. Tapi, letih itu pada fizikal, tidak sama dengan apa yang dirasakan hati. Dibandingkan dengan seseorang yang ‘terpaksa’ mengutamakan haknya kepada seseorang. Konfem, sakit kot hati.heh~

Satu yang terungkai, pengorbanan itu mudah  andai pengorbanan itu untuk yang tersayang. Maka, kasihkanlah orang-orang disekelilingmu~ :D

Jika ditelusuri sirah nabi, yakni kekuatan ukhwah Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar RA, sesungguhnya saya sangat cemburu. Ye!Sangat! Bagaimana sahabat yang diikatkan dengan rantai ukhwah dan akidah, sanggup mengorbankan bukan hanya pada harta tapi nyawa! Bukankah pengorbanan jiwa itu amat menyakitkan? Bagaimana mereka merelakan diri disakiti untuk mereka yang lain? Terfikir, mungkin hanya hati yang dipenuhi cinta dan kasih sayang yang dapat merasakan indahnya suatu pengorbanan!



Pengorbanan hakikatnya bukan hanya pada mereka. Bukan hanya pada insan sekeliling kita. Bukan hanya pada manusia. Pengorbanan itu luas. Bukan hanya berkorban untuk kebahagiaan yang lain. Bukan hanya berkorban fizikal dan tenaga. Saya memandangnya berbeza. Dari perspektif hamba dan khalifah. Berkorban diri. Berkorban diri untuk diri. Bunyinya agak selfish kan? Sebentar.

Pernahkah kita terasa dan tersangatlah marah? Atau pernahkah kita terasa tersangatlah malas? Malas untuk solat. Study. Masak. Kemas rumah. Atau pernahkah kita rasa seolah-olah yang lain wajib mengikut telunjuk kita? Tanpa ingin bertoleransi. Maka sekarang, dimanakah kita campakkan kemarahan, kemalasan dan keegoan kita?



Daripada Abu Hurairah r.a.:
Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berikan daku wasiat. Baginda bersabda: Janganlah engkau marah. Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: Janganlah engkau marah.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari.





Nabi mengajar untuk bersabar dan melontarkan kemarahan itu pada syara’nya. Islam mengajar untuk menjadi mukmin yang professional. Tidak bertangguh dan tidak gelojoh. Allah pula mengajar dalam bersahabat, agar berlapang dada dan itsar. Bukan hanya mengikut telunjuk diri.

Tapi, berpraktiskah kita dengan panduan tersebut. Peringatan untuk diri jugak~huhu.

Erti pengorbanan.


Maka dalam situasi ini, mampukah kita mengorbankan kemarahan dan kemalasan kita? Mampukah kita untuk mengorbankan kepentingan peribadi kita? Dengan berlapang dada dan waras. Mengetepikan emosi.


DIA yang mensyariatkan ikhtilat antara ikhwah dan akhowat. Maka, ketika mana kita dalam situasi yang asyik dan masyuk dalam ikhtilat yang ‘terlajak’, tegarkah kita mengorbankan keinginan kita. Sanggupkah kita untuk melakukan pengorbanan. Yakni mengorbankan tipu daya duniawi untuk sekeping hati suci,. sekeping hati suci yang bakal menemuiNya.Allah~


‘Ye lah,kalu sekarang kita sanggup berkorban, nanti-nanti kita dapat ‘berbangga’. Ya Allah, saksikanlah,.! Aku  tinggalkan apa yang aku suka untuk penuhi apa yang Kau suka!’




Tak semua yang mampu dan sanggup untuk berkorban bila mana pengorbanan itu berkisarkan nafsu dan keinginan diri. Iblis yang gugur dek kerana keegoannya. Andai keegoan itu dikorbankan dan andai pengorbanan itu mudah. Pengorbanan yang membawa erti dan rasa yang berbeza. Andai pengorbanan itu dihadafkan untuk membina fardhul muslim yang hebat jiwa raganya. Andai~





Alhamdulillah. Dengan pengorbanan Rasulullah dan sahabat-sahabatlah aku mengenali Islam. Dengan pengorbananlah, Islam itu tertanam. Maka teruskanlah pengorbananmu wahai sahabat. Walau lemah, kerana lumrah, pengorbanan itu menguji. Dan dalam ujian itu, yakinlah! Dia tetap di sisi~



Hati Allah pegang. Semoga Dia menjaga hati kita. Meletakkan di jalan yang lurus



"Berangkatlah kamu dengan rasa ringan mahupun rasa berat dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah.Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui" 
9:41


Andaiku tidak sempurna?.....

Posted by GEN11US Friday, March 09, 2012
"Aku nak...yang  sempurnalah, baru best, aku nak mumtaz,  nak kawan dengan orang pandai... dan semua yang perfect!" ,  pernah tak kita terfikir sebegini?   tapi sahabat-sahabat...

Dalam  mencari kebahagiaan  dalam  kesempurnaan,   kita tak sedar,sebenarnya kita boleh miliki kebahagian dlm ketidaksempurnaan. Allah dah atur cantik untuk kita..., daripada  rupa paras dan tubuh kita, hingga seluruh nasib kita.Dalam menikmati sisa-sisa hidup yang sukar di jangka, kita umat nabi muhammad di beri peluang dan ganjaran yang luas untuk peroleh rahmat dan redha Allah.

Ketidaksempurnaan.... memang ramai yang tidak mahu, jangan tinggalkan ia di situ, nanti keras menjadi batu, pecah di lempar  keluar pintu... kutiplah ia, susun dan atur dengan elok, kelak ia menjadi benteng dan senjata hebat bahkan sukar dilakar dengan kata-kata.

Andai kata kita banyak kelemahan, tidak cemerlang dalam pelajaran, kurang keyakinan, selalu tertinggal dalam pelajaran, sukar istiqamah dengan kebaikan, dan acapkali ulangi dosa dan noda yang menjanjikan azab dan sengsara...usah bimbang Allah dah atur cantik untuk kita.....

Amal kebaikan, memang indah.. lagi indah andai kata kemanisannya mampu dirasa  dan dinikmati bersama. Lagi indah kiranya istiqamah melakukannya.. memang sukar untuk istiqamah, kerana itulah istiqamah ni menjadi karamah terhebat. Bilal bin rabah menunaikan solat sunat wuduk secara istiqamah, rasulullah sudah mendengar tapak kakinya di syurga ketika israk mikraj, ada sahabat yang hanya baca surah al-ikhlas sebelum tidur secara istiqamah, sudah mendapat syurga.. itulah karamah istiqamah..

Persoalannya? macamane nak istiqamah?  kasih Allah luas nan indah, tanpa batas,  sedikit usaha kita lakukan , Allah buka pintu yang luas tanpa batasan, untuk kita berusaha lebih menjana perubahan, terutama dalam mencari redha  tuhan, sedikit usaha kita untuk istiqamah , Allah buka pintu lebih luas untuk kita terus istiqamah...

Usah sedih, usah tangisi duga dari illahi.....senyumlah semanis kismis, bertenanglah setenang air sungai tiada bertiupan,jika tidak cemerlang dalam pelajaran, sebenarnya Allah mahukan kita usaha lebih.. agar kita dapat rasai kepayahan ulamak dan ilmuan islam mencari ilmu, jadi, sedarlah dari terlena,  bukan mudah bernafas dalam kepayahan... tapi sedarilah  kepayahan itulah penguat jiwa dan semangat.

Ya Allah...  macamane nih? kawan-kawan aku hebat... tpi aku...  Usah runguti kelemahan diri... Allahkan ada... kalau setiap pertemuan ada perpisahan... mesti setiap kelemahan ada kelebihan, kelemahan yang mampu mencetus aura kelebihan.

Jangan undur walau selangkah.... teruskan perjuangan, andai semangat luntur, design kembali dengan  doa kepada illahi, andai hati gelisah, selawatlah ke atas nabi, andai kata jiwa longlai tidak berdaya lagi, ubatlah dengan bacaan al-quran. Usah bimbang, Allah sentiasa di sisi... mintalah pada dia, panjatkanlah doa padaNya, agar berkekalan semangat dan kekentalan jiwa....

Lihat garisan di tapak tanganmu , 18+81=99.... 99 nama Allah yang indah, jika dihafal , besar ganjarannya.Kedut belakang jari, memang nampak tak lawa , tapi kedutan itulah  membolehkan kita ambil barang, makan, minum dan buat kerja yang pelbagai...lihat  siku kita, juga berkedut di belakang, 

Allah jadikan untuk memudahkan urusan seharian kita..

Pandanglah lihatlah...... ketidaksempurnaan sebenarnya mengukir kebahagiaan dan kemudahan... Usah sedih andai diri banyak kekurangan , kerana ini rezeki kurnian tuhan.  Sesungguhnya setiap manusia ade kelebihan dan kekurangan sendiri. Kuatkan semangat, moga kita terus tabah mengharungi dugaan, dan mendapat redha Allah dunia akhirat. Bersyukurlah dengan kurniaan tuhan tanpa mengira kelebihan mahupun kekurangan, nikmat mahupun musibah.

"Sometimes Allah s.w.t  take everything from you, so that you may return to Him. And sometimes Allah  s.w.t  places some people who let you down in your life, to teach that, you should  not depend on anyone, but Him. Allah s.w.t will never let you down".

Tabahlah  sekalian umat,    kerana kita kini semakin kuat,    penyakit moral mampu kita ubat,      ucapan  nasihat membawa berkat, gen 11 sama muafakat,   sikap putus asa kita sekat, budaya mumtaz kita perhebat, zikrullah kita pertingkat,  teruskan usahamu duhai sahabat,   meskipon petualang bertali urat... ucapkanlah ALHAMDULILLAH setiap saat , insyaAllah  berjaya dunia akhirat......

Thursday, March 08, 2012

Di Sebalik Kejayaan

Posted by GEN11US Thursday, March 08, 2012
Assalamualaikum..
          Aku bukanlah seorang yang pandai bermadah kata mahupun menulis ayat puitis apatah lagi untuk mengeluarkan kata-kata yang mampu mencairkan hati semua orang. Namun tujuan aku menulis artikel ini adalah untuk menyampaikan ilmu, insyaallah bermanfaat untuk semua orang apatah lagi untuk pelajar atau dalam erti kata lain penuntut ilmu.

Bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.-nasihat LUQMAN HAKIM-

Tidak kiralah penuntut ilmu itu berada jauh di perantaun mahupun di tanah kelahiran yang tercinta,asalkan masih mempunyai keinginan untuk belajar, insyaallah masih lagi dikira sebagai penuntut ilmu. Apabila menyentuh tentang ilmu, banyak yang mampu kita tafsirkan. Ilmu merupakan satu aspek yang sangat luas untuk kita terokai,malah terdapat pelbagai cabang ilmu yang mampu kita pelajari, contohnya ilmu sains, ilmu agama, ilmu perubatan, ilmu kejuruteraan dan ilmu memasak. Janganlah kita memandang ilmu itu sebagai bahan tawa kerana ilmu itu sangat berharga, malah masih ada ramai yang ingin menuntut ilmu namun tidak mendapat peluang seperti kita hari ini, kita masih lagi diberi nafas oleh Allah swt untuk menuntut ilmu di bumi ciptaan Allah swt yang serba indah ini.
 Namun, cuba kita fikir sejenak, masih ramai lagi di luar sana yang tidak berpeluang untuk belajar contohnya kerana kesempitan hidup yang menimpa mereka, mereka tidak mempunyai wang untuk membeli makanan apatah lagi untuk membayar duit yuran sekolah namun kita?...kita bukan sahaja mampu untuk membeli pakaian sekolah yang berjenama, malah kita mampu membayar duit tuisyen yang mahal, semata mata untuk berjaya dalam peperikasaan. Ibu bapa sanggup menghantar anak anak mereka ke sekolah dan tunggu anak anak mereka selepas habis kerja walaupun kepenatan kerana ingin memberi keselesaan kepada anak anak mereka untuk menuntut ilmu. Namun, saying seribu kali saying jika anak anak mereka mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh ibu bapa mereka dengan menghadiakan air mata kesedihan di atas kegagalan yang kita lakukan.

Hmmm..sebenarnya minggu ni minggu yang agak kritikal la jugak bagi uni aku…minggu ni result exam mid year keluar..waaahhh….semua cuak..ada yang lepas tengok result selepas tunggu punya tunggu dia loading…jeng jeng…ada yang senyum lepas tengok result, ada yang muka dari senyum terus masam,ada yang tak habis habis mengucapkan Alhamdullilah selepas tengok result, ada yang terus bukak facebook nak update status kat facebook…hahaha..semua ragam ada..tapi ada satu benda yang aku tertarik..Kalau dulu, kat sekolah aku jarang la nak ada perangai yang macam ni..tapi once aku dah menjejakkan kaki aku kat bumi anbiya ni,Mesir,satu sikap aku yang suka tengok,ialah…….

Even result tak gempak, tapi diaorang suka sebut alhamdullilah…And yang aku suka ialah, dieorang akan wish congrats kat semua orang, even markah kami tidaklah tinggi…wahhh…suka kan..dulu, kat sekolah aku,yang dapat wish congrats tu of course la yang tinggi,ranking top punyer, tapi kat sini tak..and  Alhamdullilah tu selalu disebut..satu perkara yang positif bagi aku..ucapan Alhamdullilah tu bukan hanya waktu senang je patut kita sebut, tapi waktu susah pun kita kene sebut…Alhamdullilah….Allah sayangkan kita semua,sebab tu ada ujian untuk menguji hambanya,supaya kita lebih mendekatkan diri kepadaNYA…
Back to the main point, okeh…”minah…aku rase macam nak mati je…”ada la kawan aku ni,lepas dapat result,rase down gilerrrrrr…hmmm…ak pun rase down…benda basic jika kita rase rendah diri bila kawan kita dapat lebih tggi dari kita…manusia…nama pun manusia kan..hehehe…tp kita sepatutnya melihat sesuatu ujian itu dari sudut yang positif,bukan vice versa…hmmm…aku bukanlah dapat yang gempak kan,tp aku cuba belajar dari apa yang aku dapat..maybe ak dapat result yang sepatutnya berpadanan dengan usaha aku..masa time orang study leave,aku buat apa..????tgk movie..????facebook memanjang..???baca,tapi mengelamun..???hmmm…semua aku buat..hahahhaa…tapi once kita tau kita silap,then you should wake up…!!!

Wahh..k la,ak xpandai nak karang karang ni..hahhaa…dh lama x buat karangan bm..last mase spm la..hahahaha..hmm..k la,ni ak nk bg tips..tips ni bukanlah dari aku…eeee xberani nk bg tips2 ni,sebab aku ukur baju di badan sendri..bukan di badan kawan aku..hahahahaa…

Ni ak ambik dari sebuah web ni…J

 Thomas Alva Edison dalam usahanya mencipta lampu dengan 999 kali percubaan. Dalam hidup ini tak semestinya kita berjaya saja.. ada masa kita gagal dan sepatutnya dengan kegagalan itu diambil iktibar dan pengajaran darinya. Sehingga pada suatu saat Thomas Alva Edison, pencipta lampu itu mengatakan : “Saya tidak pernah menemui kegagalan dalam 10000x percubaan saya mencipta lampu, yang saya temui adalah 10000 bahan itu tidak sesuai untuk dijadikan lampu” disini dari kegagalan kita belajar sesuatu.
Beliau juga pernah ditanya  “Anda sudah mengalami ratusan kegagalan, apakah anda tidak bosan dengan kegagalan-kegagalan yang anda alami?” Thomas pun memberikan jawaban dengan lantang, “Justru dengan kegagalan-kegagalan itu, saya akan mengetahui ribuan cara agar lampu tidak menyala.”
Kegagalan..hmmmm..semua takut dengan kegagalan..tapi tanpa kita sedar, kegagalan lah yang mengajar kita menjadi seorang manusia yang Berjaya..kan..???tapi even kita gagal, janganlah hanya menunggu kejayaan itu datang bergolek,seharusnya kita belajar dari kegagalan tu..hmm..contoh, okeh, anda dapat rendah dalam subjek add math, then buatlah latihan banyak2..janganlah,ok fine ak rndah add math, ti nk exam baru nk struggle..hmm..aku tau orang kata,belajar medic ni memang xde masa…hmm…ntah,ak pun xtau..aku tengok kak senior ak ilek je..die siap ckp lagi, enjoy je…ok,dah tau bnyk kene bace,then bace la dr awal..ingat bce sikit2,tp istiqamah lbh baik dari belajar bnyk tapi sekali je.,,time tu je bce..gler ah nk bce semua..bnyk kott..hehehe…ni pesan kak senior ak la,
“there is 5 minutes for work, and 5 minutes for leisure”
Mknenya,kita kenelah pandai budget mase..kan..???janganlah setiap saat,setiap minit, setiap jam even masa makan pun nak pegang buku..adoi…stressss…mak ak pesan,time makan,makan sggh2,mase main,main btol2, mase blaja,blaja btol2..btol x..???jgnlah sampai kita ni jadi xterurus n jadi katak di bawak tempurung je…hayyaaaa…xmau2..blaja untuk urus masa…Allah bagi kita waktu yang sama untuk setiap orang..24Jam…so,xde alasan la…semua atas kita….nak2 yang blja kat uni,lagi la…xde orang nk jge kita,xmcm kat sekolah,warden kejut subuh,sruh makan..kat rumah mak masak,ayah suruh study…kat u,wahhh..bebas,,,tp sebenarnya yang makan diri..kan..??so kita kene blja untuk berdikari la..semua atas diri sendiri..kita kene berdiri atas kaki sendiri,bukan harapkan orang lain…okehhh…???

"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya." - Surah Al-'Ankabuut 29 : 69


k la,sampai di sini saja..moge selepas ni kita lebih kuat untuk berjuang dalam bidangv ilmu yang kita ceburi..
wassalam..:)

Penulis/Penghantar :

Wan nur aina najihah bt wan abd rahim
Wan nur aima nabila bt wan mohd zuferi

Tuesday, March 06, 2012

Self Assesment II

Posted by GEN11US Tuesday, March 06, 2012

Ini adalah self assesment kedua untuk subjek physiology.. self assesment pertama boleh dilihat di sini. assesment kali ini berkisar tentang tajuk respiration.. sila klik untuk muat turun soalan yang lengkap beserta jawapan.













credit to : pihak ikhwah

Kitab Jihad Sudah Berhabuk

Posted by GEN11US Tuesday, March 06, 2012
بسم الله الرحمن الرحيم
Apakah..? penulis ni sudah makin ekstrimis pulak. sebelum ni hanya tentang pemikiran dia yang pelik2 dan sekarang nak jadi ekstrimis pula..? betul ke ni..?

Tunggu dulu. sebenarnya saya sedang berbicara tentang kebenaran dan hakikat yang sedang berlaku di dunia hari ini. kenapa saya kata bahawa 'Kitab Jihad Sudah Berhabuk'..? mana tidaknya. jika kita perhatikan sendiri di sekeliling kita, sangat banyak pengajian kitab-kitab agama itu dan ini. kitab-kitab fiqh itu dan ini *especially kat Mesir ni sehinggakan bermacam-macam kitab kita boleh khatamkan dengan bergaya sekali. tapi apabila pulang ke rumah, anda seperti manusia biasa jika anda dibisukan. eh..? mana tidaknya, jika anda tidak boleh berkata-kata, tiada siapa pun menyedari tentang ilmu anda yang banyak itu. amalan anda tak cukup untuk menunjukkan diri anda berilmu. bila anda berkata-kata dengan hebat maka barulah manusia di sekeliling anda tahu bahawa anda pernah mengkhatamkan kitab tersebut.

Apakah sebenarnya yang kita ingin capai..? adakah ilmu-ilmu yang banyak atau manusia yang mampu berjuang dan bermujahadah untuk islam itu sendiri..? jika kita kata cukup dengan kita mengkhatamkan berbagai kitab-kitab yang tebal daripada buku medic dan itu dapat menjadikan kita seorang yang hebat. heh..? bayangkan jika orang sebegini hebat mensyarahkan perlbagai hadis dan ayat al-Quran, bila tiba masa untuk berjihad maka mereka berpusing. cukuplah kita ambil contoh solat subuh. berapa ramai sahaja manusia yang mampu bengun subuh berjemaah di masjid..? adakah seramai orang yang menghadiri kelas pengajian agama..? atau pun hanya separuh, satu per empat. atau lebih parah lagi tiada langsung. huh..? mengapakah jadi begitu..? sedangkan mereka mempunyai ilmu yang sangat banyak dan jika ditanyakan tentang hukum itu dan ini pastinya mereka lah yang paling 'arif sekali menjawab beserta hujah yang sangat keras. wahh. 

Inilah penyakit yang sangat parah. perkara yang sama juga berlaku pada ummat islam pada zaman 'Abassiyah. orang sibuk berbicara tentang perkara-perkara furu'(cabang) dalam agama sehingga hilang semangat jihad. datang je orang Mongol yang tanpa tamadun, ramai ulama' dibunuh dengan mudah. kene penggal kepala sorang-sorang tanpa melawan sedikit pun. jika ingin dikira 'ilmu pada masa itu memang sangat meluas sehinggakan penubuhan Darul Hikmah menghimpunkan pelbagai jenis buku. tapi semuanya tak mampu untuk berjihad. 

Jadi apa sepatutnya saya lakukan..?

Seharusnya apa yang ingin dilahirkan sendiri oleh tarbiyah islam itu adalah seorang manusia atau rijal yang mampu berjuang dan berjihad untuk agama dengan harta dan diri mereka. berperang..? bukan saya ingin suruh anda pergi berperang untuk membuktikan semangat jihad anda. tapi cukup lah lihat pada amalan-amalan yang memerlukan mujahadah yang kuat. contoh yang paling mudah adalah seperti subuh di pagi hari musim sejuk yang sangat dingin diselangi dengan angin yang kuat serta diselaputi oleh selimut yang tebal. huh. pastinya sangat sukar dan memerlukan tenaga dan ATP yang banyak untuk bangun. bukan..? kita tak akan dapat bangun tanpa mujahadah yang kuat. dan bukan dengan hanya kita mempelajari macam-macam kitab fiqh dapat membolehkan kita bangun subuh dalam keadaan tadi. buktinya lihat pada sejarah zaman 'Abassiyah tadi.

Bukan 'ilmu yang menguatkan mujahadah kita. ya memang benar tanpa 'ilmu maka tiada kefahaman tentang islam itu sendiri. tapi 'ilmu bagaimana yang boleh menguatkan mujahadah kita..? kalau 'ilmu-'ilmu furu' yang banyak tidak mampu menguatkan jihad kita, maka jawapannya adalah tarbiyah. kan..? 
menguatkan asas dalam diri dan mengetahui prioriti kita dalam keadaan semasa. kalau ummat semakin tenat memerlukan tenaga manusia bagi melahirkan rijal yang kuat mujahadahnya tapi kita pula mengabaikan perkara tersebut, maka kita sebenarnya menuju ke jalan yang kurang tepat. sama juga seperti ada seorang miskin yang sudah berminggu tidak makan dan hampir menuju maut dan kita pula bersedekah pada orang lain yang baru beberapa minit lepas makan sepiggan nasi lemak. heh..? kedua-duanya mungkin 'amalan yang sama tapi di mana kah prioritinya. anda boleh memberi sedekah pada lelaki yang sudah makan tadi jika anda mendahulukan orang yang kebuluran tersebut.

Jangan sampai kita tak jumpe kitab jihad sebab habuk yang tebal menyelubunginya. huh~
pada waktu itu kita yang ber'ilmu banyak ni pun tak mampu nak melakukan apa-apa jika musuh datang menyerang.

Tterkesan melihat keadaan manusia sekeliling terutamanya di Mesir sendiri yang rajin ke kelas agama tetapi tak meningkat mujahadahnya. uhuk3~

peace ^-^

Jzk~
Di petik di blog :
http://merpati-putih93.blogspot.com/2012/03/kitab-jihad-sudah-berhabuk.html
Bendahari Gen XI
Firdaus Rahim

Kenapa Nak Tolong Akhowat??

Posted by GEN11US Tuesday, March 06, 2012
"Aduuuhhhh.. Letih laaa... Asyik2 akhawat telefon..suruh jadi musyrif la.. suruh angkat barang la.. suruh cari itu la.. suruh cari ini la.. ada je yang nak disuruh.. bosan betul la duduk kat mesir ni.. kenapa la nak kene tolong akhawat2 kat sini.. diorang bukannya ada kaitan pun dengan aku .. nak kata adik perempuan aku, bukan.. nak kata mak aku, pun bukan.. nak kata isteri aku, lagi la bukan.. buang masa aku je tolong diorang ni.. bukan dapat apa pun.. dapat penat ada la.. huh(mengeluh).. kalau dapat makan pun, bukannya sedap diorang masak.. ada je yg kurang.. kurang manis la.. kurang masin la.. semuanya kurang.. sedap lagi aku masak.. huh(sekali lagi mengeluh).. diorang ni pun satu.. dah tahu perempuan, x payah la nak keluar malam2.. duduk je la kat rumah.. kalau menyusahkan diri sendiri x pe la.. ni tidak, org lain juga yg kene susah untuk dia.. huh, x faham betul aku dgn diorang ni.."

Sahabat.. memang la mereka bukan adik kita, bukan mak kita, dan belum lagi isteri kita(hehe).. tp mereka adik, mak dan mungkin isteri kepada org lain.. nak ke kita kalau ibu, adik atau isteri kita berada pada tempat yang mana kita tiada di sisi mereka lalu mereka memerlukan bantuan, namun tiada siapa yg nak bantu.. nak x kalau benda ni berlaku kat adik kita..?? kalau kita  x nak, org lain juga x nak kalau ahli keluarga mereka tidak diberi perhatian.. sbb tu la kita kene ambil ibrah dan nasihat dari Nabi Muhammad s.a.w :

Pernah pada zaman Rasulullah s.a.w, ada seorang pemuda yang datang bertemu dengan Rasulullah s.a.w ingin meminta izin untuk berzina dengan seorang perempuan, lantas Rasulullah s.a.w mendekati pemuda itu dan bertanya adakah beliau boleh menerima sekiranya ibu beliau sendiri yang berzina atau mana-mana saudara perempuan yang mempunyai kaitan dengan keluarganya berzina , lantas pemuda itu menyatakan beliau sama sekali tidak akan membenarkan perkara seperti itu berlaku ke atas dirinya, lalu itu membatalkan hasrat beliau itu


Apa yg kita boleh dapat dari kisah di atas?? kalau kita x nak ahli keluarga kita di sakiti, jgn sakiti org lain.. sbb kita akan dapat balik apa yg kita buat.. kalau kita berbuat baik, baik la yg kita akan dapat.. kalau kita berbuat jahat, jahat la kita akan dapat.. so, marilah kita sama2 tolong akhawat kalau mereka memerlukan bantuan.. mudah-mudahan Allah akan hantar manusia lain untuk bantu ahli keluarga waktu memerlukan bantuan.. Allah tu kan Maha Adil..
Satu lagi.. memang la akhawat tu perempuan.. kalau lelaki x namanya akhawat.. betul x?? so, sebab dia perempuan la kita kene jaga diorang.. kalau bukan kita, siapa lagi??(ayat common).. kalau lelaki, x perlu nak jaga... hanya kerana dia wanita, kita kene jaga.. sbb tu ada lagu nasyid tentang wanita:

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Buukan dari kaki untuk dialasi
Buka dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Enkaulah wanita hiasan duniawi


Mudah-mudahan kita dapat letakkan kedudukan wanita pada tempat yang sepatutnya.. bukan letak pada tempat yang telalu tinggi atau terlalu rendah, tapi letak la pada tempat untuk dilindungi..
Ana bukan nak menggalakkan para wanita untuk keluar malam.. tapi kalau diorang nak buat benda berfaedah(pergi kelas tafaqquh), apa salahnya hantar diorang.. kita juga yang dapat pahala.. bukan pahala kita menuntut ilmu je kita dapat, pahala diorang pun kita dapat sama sbb kita yang hantar mereka ke majlis ilmu.. banyak kot pahala.. x nak ke?? lagipun x baik perempuan jalan seorang diri malam2..
Kita juga kan selalu doa nak dapat isteri solehah.. macam mana wanita nak jadi isteri solehah kalau zaman remaja dia x menuntut ilmu.. so, kita hantar je la akhawat pergi ke majlis ilmu.. mana tahu, dalam banyak2 yang kita hantar, ada jodoh kita.. kalau x yang kita hantar pun, mana tahu yg dihantar oleh org lain.. Allah tu kan Maha Adil..
Akhir kalam, AMBILLAH IBRAH DARI SIRAH... BUATLAH KERANA ALLAH..


P/S : kalau la kita ada kat rumah, ada ke patut kalau kita biarkan adik perempuan kita pergi kemana-mana seorang diri pd waktu malam?? kalau la kita ada kat rumah, ada ke patut kalau kita biarkan mak kita angkat semua barang2 waktu nak pindah rumah?? kalau la kita ada kat rumah, ada ke patut kalau kita buat x tahu je bila kakak kita ada emergency?? x patut.. kita mesti akan tolong mereka sebab kita sayangkan mereka.. begitu juga dengan akhawat, ahli keluarga mereka sayangkan mereka.. andai saja mak ayah mereka ada di sini,  sudah tentu mereka yg akan uruskan.. tp sayang, mereka tiada di sini.. siapa yang mereka ada..?? 

KITA la.. siapa lagi..??
_peringatan buat diri yang tidak memahami kenapa begini_
Dipeteik dari blog :
http://aizataljauhari.blogspot.com/2012/03/kenapa-nak-tolong-akhawat.html
Biro BPI Gen XI
Aizat Osman


Monday, March 05, 2012

Islamisasikan Gurauanmu!

Posted by GEN11US Monday, March 05, 2012
Hidup kita memang selalu dipenuhi dengan gurau senda dengan orang di sekeliling, biasanya kawan-kawan. Mana ada orang yang bergurau dengan dirinya sendiri, betul tak? Gila namanya tu. Maknanya, bila kita bergurau senda, secara tak langsung ia akan melibatkan perasaan orang lain yang mendengar gurauan kita. Biasanya, orang bergurau untuk menceriakan suasana. Takkan nak buat muka serius sepanjang masa. Macam kebanyakan orang mengatakan, “DON’T WORRY BE HAPPY”

            Tapi, mari kita teliti, apa yang selalu ada dalam sesebuah gurauan? Lawak yang direka-reka, cerita yang dibuat-buat, perli memerli dan kata mengata antara satu sama lain. Itu antara yang biasa kita temui. Jarang sekali orang bergurau tapi dalam masa yang sama dia tak menipu. Tak sah kalau bergurau, dia tak mengata-ngata (secara bergurau) kat orang lain. Tapi sebenarnya dalam gurauan ada batasannya. Sebagai umat Islam kita seharusnya berpegang kepada prinsip “Ar-Rasul Qudwatuna” dalam kehidupan kita.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, maksudnya: 
“Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah!”. 
(Riwayat Abu Daud)


            Kebanyakan kita menganggap gurauan adalah perkara biasa. Ada juga yang menyangka menipu dibolehkan ketika bergurau sebab tak membahayakan orang di sekeliling kita dan merasakan apa yang kita guraukan hanya mainan semata-mata, bukan betul-betul, dan bukan niat untuk betul-betul berbohong.

 Betulkah persepsi macam ni?
Perunding motivasi, Human Touch Consultant, Datuk Mohd Zawawi Yusoh, berkata bergurau adalah sebahagian daripada fitrah manusia yang perlu dipenuhi.Bergurau bertujuan untuk mendapat kerehatan dan menghilangkan rasa kelesuan. Ia adalah keperluan hati bagi meringankan tekanan yang dihadapi seseorang.

Rasulullah turut bergurau dengan sahabat dan isterinya, namun cara baginda bergurau penuh dengan hikmah dan memberi kesan. Maka bergurau perlu kepada batasan tertentu yang tidak sampai menyakiti hati orang lain. Allah murka dan merendahkan martabat golongan yang gemar bergurau secara keterlaluan selain mereka turut tidak disukai orang lain

Bergurau ada adabnya ye! (baco deh….jangan x baco)
a) Tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka seperti mempersendakan sunnah Rasulullah s.a..w .

b) Gurauan tersebut bukan merupakan cacian atau cemuhan seperti memperlekehkan orang lain dengan menyebut kekurangannya dan ia juga bukan ghibah (mengumpat) seperti memburukkan seseorang individu dengan niat hendak merendah-rendahkannya.
 Ketawa memang seronok. Tapi menjadi bahan ketawa sangat menyakitkan hati. Hakikatnya, itulah yang selalu ada dalam sesebuah gurauan - mentertawakan orang lain.
 Kita mungkin sekadar main-main, kata orang menyakat. Tapi, siapa tahu apa yang dirasai ‘watak utama’ kisah gurauan tersebut? Mungkin tak kisah, mungkin marah, mungkin kecil hati dan mungkin terus tak bertegur sapa.

Gurauan yang dianggap sekadar main-main boleh menjadi bibit kepada pergaduhan, pertengkaran, tak bertegur sapa dan permusuhan yang berpanjangan antara sesama Muslim. Begitu murahkah nilai persaudaraan dalam Islam sehingga kita sanggup menggadaikannya dengan kata-kata gurauan dan mainan yang langsung tiada nilai di sisi Allah?
 Rasulullah S.A.W. sendiri telah memberi amaran dalam sabda baginda:
“Sesungguhnya orang yang berkata-kata dengan suatu perkataan untuk mentertawakan teman-teman duduknya, akan jatuh dalam api neraka, lebih jauh dari bintang surayya.”

c) Tidak menjadikan jenaka dan gurauan itu sebagai kebiasaan.

d) Isi jenaka adalah benar dan tidak dibuat- buat.
Sedarkah kita, ketika bergurau senda dengan rakan-rakan, kita mungkin dah berbohong? Berbohong bukan maksud saya betul-betul bercakap bohong. Tapi, hanya sekadar cakap main-main; atau kata orang sekadar mengacah saja.
 Soalnya, betul ke kita tak boleh menipu walaupun dengan hanya niat untuk bergurau? Nama pun gurauan, jadi kita bukan berniat untuk betul-betul menipu, hanya sekadar main-main dan tak memudharatkan sesiapa. Dan biasanya, last sekali, kita mesti akan cakap,
 “Aku main-main je la…”
 “Aku tipu engkau je tadi. Saja nak tengok macam mana reaksi engkau.”
 Kalau diikutkan logik akal pendek kita, mungkin pandangan tu nampak macam betul. Tapi, mari kita teliti sabda Rasulullah S.A.W. :

 “Hendaklah kamu jujur. Sesungguhnya kejujuran menunjuk kepada kebaikan. Dan kebaikan menunjuk kepada syurga. Seorang lelaki terus jujur dan mencari kejujuran sehinggalah dia dicatatkan di sisi Allah sebagai seorang yang sangat jujur. Berwaspadalah terhadap dusta. Sesungguhnya dusta menunjuk kepada kejahatan. Dan kejahatan menunjuk kepada neraka. Seorang lelaki terus berdusta dan mencari pendustaan sehingga dia dicatat di sisi Allah sebagai seorang yang sangat berdusta"

Apa pun tujuan kita, pendustaan sesekali tidak dibenarkan walaupun hanya untuk bergurau dan berjenaka. Islam mengharuskan gurau senda, keceriaan dan hiburan jiwa, tetapi tidak menjadikannya sebagai pembuka jalan kepada kita untuk berdusta.Jadi, kalau nak bergurau, pastikan gurauan kita tak ada unsur-unsur penipuan dan pendustaan. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W.:

 Maksudnya:
 “Sesungguhnya aku bersenda gurau dan aku tidak mengatakan, selain yang benar.” 
(Riwayat Ibnu Abid-Dun-ya dari Abu Hurairah)

e) Bersesuaian dengan masa, tempat dan orangnya kerana adalah tidak manis bergurau di waktu seseorang berada dalam kesedihan dan sebagainya.

f) Menjauhi jenaka yang membuatkan orang lain ketawa secara berlebihan (ketawa terbahak-bahak) kerana banyak ketawa akan memadamkan cahaya hati.
Rasulullah bersabda:
Maksudnya:
 “Janganlah kamu banyak ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa boleh mematikan hati.” 
(Hadis Riwayat Ahmad Tirmidzi)

            Pernahkah anda lihat orang yang ketawa terbahak-bahak, sampai katanya nak pecah perut dan sampai tak cukup udara nak bernafas? Apa yang kita fikir? Pastinya orang tu baru saja lihat atau dengar satu jenaka atau gurauan yang sangat menggelikan hati. Betul tak?
            Kita akan ketawa apabila ada sesuatu yang menggeletek hati. Ya, itu memang sesuatu yang normal. Tapi, hakikatnya, di situlah akan timbulnya masalah. Gurauan yang melampau-lampau akan menyebabkan kita banyak ketawa.Dalam Kitab Ihya’ Ulumiddin karangan Imam Ghazali, beliau menyenaraikan senda gurau sebagai salah satu unsur bahaya yang dibawa oleh lidah. Kata beliau,
 “Asalnya senda gurau itu tercela dan terlarang, kecuali sekadar sedikit yang dapat dikecualikan daripadanya.”
 Ini berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W.:

Maksudnya: 
“Jangan engkau berbantahan dan bergurau dengan saudaramu!” 

Maksudnya:  
“Sesungguhnya aku bersenda gurau dan aku tidak mengatakan, selain yang benar.”(Riwayat Ibnu Abid-Dun-ya dari Abu Hurairah)


            Hakikatnya begitulah keadaan orang yang ketawa berlebih-lebihan. Larut dalam dunia ketawanya. Sampai lupa dan tak sedar apa yang berlaku di sekelilingnya. Dan lebih parah lagi, ketawanya itu juga menunjukkan kelalaian dari mengingati akhirat.
 Nabi S.A.W. bersabda:

Maksudnya:  
“Jikalau kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya pasti kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim dari Anas dan 'Aisyah r.a.)

Menurut pandangan Islam, bergelak tertawa adalah tidak baik dan makruh hukumnya. Ibn Mas’ud meriwayatkan dari Auf bin Abdullah bahawa biasanya Rasulullah S.A.W. tidak tertawa melainkan senyum simpul dan tidak suka melerek, iaitu tidak menoleh, kecuali dengan semua wajahnya. Hadis itu menunjukkan bahawa senyum itu sunat dan tertawa berbahak- bahak adalah makruh.  Maka itu seseorang yang sihat akal dilarang bergelak tertawa kerana mereka banyak bergelak ketawa di dunia akan banyak menangis di akhirat. Orang yang banyak menangis di dunia mereka akan banyak tertawa di syurga. Menurut Yahya bin Muaadz Ar-razi, ada empat perkara yang menghilangkan tertawa seseorang Mukmin :-
(1) Kerana memikirkan akhirat
(2) Kesibukan mencari keperluan hidup
(3) Risau memikirkan dosa
(4) Apabila tibanya musibah dan bala.


Jika seseorang sibuk memikirkan perkara itu, maka dia tidak banyak tertawa kerana banyak tertawa bukan sifat seorang Mukmin. Seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas r.a. “Sesiapa yang tertawa ketika membuat dosa, maka dia akan menangis ketika akan masuk neraka.”

 Di sini SIM 5 membawakan contoh teladan yang boleh dipraktikkan in our daily life. Oleh itu, mari kita susuri sirah Nabi Muhammad S.A.W., bagaimana cara baginda bergurau senda dengan orang-orang di sekeliling baginda.

            Suatu hari, seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah S.A.W., meminta tunggangan daripada baginda kerana hendak pulang ke negerinya. Apabila Nabi mendengar permintaan lelaki itu, baginda bersabda: “Sesungguhnya aku akan menunggangkanmu di atas anak unta.” Padahal, pada waktu itu Nabi berkata demikian hanya dengan tujuan untuk bergurau.

 Apabila lelaki itu mendengar kata-kata Nabi, dia merasa susah hati kerana memikirkan bagaimana anak unta yang kecil dan lemah boleh ditunggang untuk perjalanan yang jauh. Lalu, lelaki itu berkata, “Apa yang boleh aku buat dengan seekor anak unta? Kalau kamu berikan pada aku, tentulah menjadi beban dan hanya menambahkan kesusahan saja, sebab ia masih kecil dan tidak boleh ditunggang.”
 Maka Rasulullah S.A.W. berkata, “Adakah yang melahirkan unta itu selain daripada unta betina? Maka itulah yang mahu aku berikan kepadamu iaitu unta besar yang asalnya dilahirkan oleh ibunya.”
 Lihat bagaimana cara Rasulullah S.A.W. menjaga adab-adab dalam bergurau senda. Baginda tidak sesekali menipu orang yang diajak bergurau, sebaliknya cara baginda ada ‘seninya’ yang tersendiri.
 Ha!! Kita pun kenalah berseni ye kalau nak bergurau..hehehehe

            Apa yang dapat kita perhatikan dalam kisah di atas dan beberapa kisah lain, Rasulullah menggunakan kaedah double meaning dalam gurauan baginda, iaitu satu kalimah tetapi mempunyai ataupun boleh difahami dalam dua maksud dan keadaan yang berbeza. Jadi, cara sebegitu akan mengelakkan kita daripada berbohong ketika bergurau.

 Sayyidina Umar r.a. pernah berkata:“Tahukah kamu mengapa dinamakan gurau senda (al-muzaah) dengan kata-kata al-muzaah?” (maksud asal al-muzaah: alih)

 Mereka itu menjawab: “Tidak!”

 Maka Umar r.a. menjawab:“Kerana senda gurau (al-muzaah) itu, mengalihkan orang yang bergurau daripada kebenaran.”
           
 Jadi, berwaspadalah kita dalam setiap gurauan dan kata-kata kita. Setiap apa yang dituturkan oleh kita akan dipertanggungjawabkan ke atas diri kita di akhirat kelak. Gurau senda mampu menghiburkan jiwa dan boleh mengeratkan hubungan sesama Muslim, tapi andai tidak kena caranya, gurau senda boleh melontarkan kita ke dalam azab neraka.. Na'uzubillahi min dzalik.

Oleh itu marilah sama-sama kita muhasabah diri dan kembali bertaubat kepada tuhan. Banyakkan menangis (kerana Allah) dari ketawa (yang sia-sia) itu adalah amalan yang lebih baik. 

Penulis : Srikandi Islam Mesir 5
MAJULAH SIM 5 UNTUK GEN II

*Pesanan khas : Ini adalah artikel yang diberikan kepada kami dan ada diantara hadis-hadis yang di atas tidak diketahui riwayat siapa dan tidak sempat kami mengesahkan semuanya. Terima kasih kepada penghantar dan kepada pembaca harap buat "double cek" status hadis itu. Apa-apa pon ambilah yang baik dan buang yang tidak baik berdasarkan apa yang kita belajar dalam PQS atau PAI cara-cara mengambil imrah hadis.

Sunday, March 04, 2012

Let's cover aurah!

Posted by GEN11US Sunday, March 04, 2012

           Aurat. Perkataan yang sangat ringkas namun seringkali diabaikan akhawat tatkala asyik berhias. Ya, aku mengaku, aku bukanlah orang yang selayaknya untuk bercakap mengenai hal ini kerana aku sendiri bukanlah seorang yang senantiasa menghiasi diri dengan busana muslimah, apatah lagi melazimi purdah. Namun, tidaklah itu menjadi musabab mahupun alasan untuk aku berdiam diri melihat reality pemakaian puteri pada hari ini terutamanya dalam perihal pemeliharaan mahkota diri, yang menjadi aib jika ia tidak ditutupi.
Dalil kewajipan menutup aurat yang perlu dirimu ketahui wahai puteri,
Allah Ta’ala berfirman :

وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
Maksudnya : Katakanlah kepada wanita yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangan mereka   dan memelihara kemaluan mereka, danjanganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya… (al-Nuur : 31)

Allah Ta’ala juga menyebut di dalam al-Quran :
وَالْقَوَاعِدُ مِنَ النِّسَاءِ اللَّاتِي لَا يَرْجُونَ نِكَاحًا فَلَيْسَ عَلَيْهِنَّ جُنَاحٌ أَنْ يَضَعْنَ ثِيَابَهُنَّ غَيْرَ مُتَبَرِّجَاتٍ بِزِينَةٍ وَأَنْ يَسْتَعْفِفْنَ خَيْرٌ لَهُنَّ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Maksudnya : Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haid dan mengandung) yang tidak ingin kahwin (lagi), tiadalah dosa atas mereka menanggalkan pakaian (pakaian luar yang kalau dibuka tidak menampakkan aurat) mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan, dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (al-Nuur : 60)

Seterusnya, Allah Ta’ala juga menyebut :
 يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
Maksudnya : Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin : “Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (al-Ahzab : 59)


=======================================


So let’s do a check list together, alright? Well, we’re all in this together….aiyuwah…. *wink wink*

Min Fuuq (dari atas)...

1.      Tudung
-          Tak jarang.
(Kalau jarang pakai inner tudung…. Takdak? Pinjamla.. Tak boleh pinjam? Beli kat Hussin ada, 5 genih satu. See, Allah gives us many solutions because He loves us.It’s either we realized it or not)
-          Cuba labuhkan dari masa ke semasa.
The important is that we cover up our chest. (Gotta say it to make us clear and aware whether have we cover them as what is told in the Quran? Yes, we might miss looked sometimes, that’s why it’s stated in Quran, to remind us the command of Allah. See, how much Allah cares about us. Alhamdulillah, so let’s appreciate it.)
-          Tak menampakkan sanggul yang  tinggi.
Berdasarkan beberapa sumber yang saya baca, hukum adalah haram sekiranya ia bertujuan untuk menunjuk-nunjuk dan berhias.




2.      Baju/ Jubah
-          Tak jarang (pakai inner/ t shirt)
-          Labuh bawah punggung.
Takdak? Pinjam kat ahli beit dulu, nanti balik Malaysia, beli buat stok, tapi berpada-pada la juga ye shopping tu. Hehe. Tak rugi berbelanja demi memelihara maruah diri, kan?
-          Longgar.
Tak menampakkan susuk tubuh kita yang “menarik” ni. Ingat, benda-benda menarik ni, kita kena pelihara elok-elok untuk mereka yang layak sahaja (hehehe).. Khuatir benda menarik ini tersalah tarik mereka yang tak sepatutnya. Kan bahaya.

But to be honest, it’s kinda disgusting if the shirt/pants is too tight.  Because, it’s like we’re suffering and craving for air to gasp and some space to move about. Why not let ourselves breath and move well while we’re still having the chance to do so. Loose clothes will definitely make us comfortable. Treat our body nicely, yagamaah..bas, nak masuk tandas pun susah, kan?? =) (hanya pandangan diri yang hina ini)

3.      Seluar / Kain
-          Tak jarang (pakai seluar + petty coat)
-          Tak ketat
Kat kedai ada jual dari size S till XXXL .Para pereka fashion tidak kejam ye, kawan-kawan. Sesungguhnya mereka sedar di dunia ini wujud manusia dengan pelbagai saiz badan. So, it’s our choice. Choose wisely for the sake of ALLAH and your OWN dignity.




4.      Jom pakai stokin. =)

Of course, it will take us some time in doing this. But, one thing for sure, it’s never too late to start it by now. Step by step, honey. Plus, Alhamdulillah, here, in Egypt, the atmosphere is a little bit different, if you realized it. We have seniors and friends who really care about us. So, grab this chance to build up our muslimah character.

There’s only one and only reason why I’m writing this.

LOVE.

 Yes. Those four letters have encouraged me to write thisalthough my inner self kept on saying that I don’t deserve to write this as there are many other akhawat who are better than me. Indeed, there are. But that does not mean I can’t write this either, right? And insyaAllah, I’ll try to improve too.Therefore, I would like to ask all of us to be aware of our clothing.

Come on, just for one second only, let us asksourselves, “Does Allah bless what I’m wearing right now? Have I really got it all covered?”  Deep inside, we know the truth.

By putting aside our ego for a moment, will InsyaAllah, lead us one step closer to the heaven.

But before that, maybe some of us may still see it unclearly and claimed that we have covered it up.  Ada bezanya tutup sekadar pakai seluar ketat dengan seluar longgar atau kain. It’s an obvious difference. Bukan nak kondem siapa-siapa, kerana diri yang menaip ini juga kadang-kala terpakai kaca mata buatan syaitan; yang menampakkan seluar ketat itulah seksi dan BERGAYA, baju untuk kanak-kanak ribena itulah yang BEST untuk dipakai keluar, tudung yang menampakkan sanggul tinggi itu (dengan niat menunjuk-nunjuk) dan singkat atas dada itulah yang menampakkan aku ala-ala selebriti gitu..
      
          Sahabat akhawatku sekalian, ketahuilah bahawa kita sememangnya cantik. Yang tertutup itulah cantik. Olehitu, peliharalah, lindungilah,  dan simpanlah kecantikan itu untuk mereka yang berhak melihatnya. Tak dinafikan, antara khazanah yang berharga bagi wanita adalah tubuh mereka. Mana taknya, kalau naik berat 2kg lepas makan, sumpah, tak makan dua hari lepas tu; atau bagi mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat sikit, terus mengenakan kasut Nike dan berjogging di jambatan Sungai Nil; tak pun ada yang sanggup pusing keliling stadium Nadi Zeinhom sampai muntah hijau kerana begitu semangat sekali ingin kekal ideal. Bagus, that’s the spirit. We’ll do whatever it takes to maintain the ideal weight and cutting of our body (huhu) .Itu lumrah dan fitrah seorang wanita yang mahu tampil cantik dan bergaya.

        Same goes to the aurat, dear. Protect it and keep it cover. Plus, it’s an order from our creator, Allah. He knows what’s best for us. And there gotta be reasons for every of His command. Lets together we take a good care of our aurat. Wokeyh? Yosh !


Jom buat ni sebelum keluar rumah.. =)

Langkah1. Tengokcermin, betulkan tudung, lihat penampilan kita dari atas hingga bawah sambil melontarkan senyuman semanis krismis. Rasa dah tutup aurat ?

Langkah2. Tanya ahli beit, khuatir ada yang terlepas pandang.

Langkah3. Tawakkal dan berdoa agar Allah S.W.T tutupkan segala aib dan aurat kita (sama ada sengaja atau tidak) sepanjang hari kita berada di luar rumah. Allah Maha Mendengar walau hatimu yang berkata2. ;)
insyaAllah…. Kita boleh!

Biarlah jatuh ego ini demi mencari redha Illahi, dari mendapat azab akibat nafsu yang inginkan diri seksi.

Choop!!

Sebelum aku terlupa dan lebih terleka,
Kita, sibuk-sibuk tutup aurat ini sebenarnya untuk siapa?

Hijab is not about covering your head only.
Neither covering your body.

Indeed, its about covering YOU, WHOLLY.
Sebab Dia yang suruh kau buat macam tu.
Sebab Dia nak muliakan kau daripada wanita-wanita yang lain.
Sebab Dia sayang kau. Dia nak lindungi kau.

Tapi, kenapa kau tak nak? Kau belot. Kau lari. Kau marah! Kau rasa ia kolot.

Istighfar.

*Sungguh, ini hanyalah kata hati dan coretan seorang insan yang juga lemah dan berusaha untuk perbaiki diri. Segala kekurangan atau terkasar bahasa, sejuta kemaafan ku pinta. Semoga yang baik itu dapat sama-sama kita praktikkan. Sungguh, segala yang baik itu adalah ilham dari Allah*

Akhir kalam,

LOVE ALL OF YOU, MY PRECIOUS AKHAWAT

NB: Sebelum terlupa, mari bersama aktifkan dirimu bersama KEMPEN JOM TUTUP AURAT, anjuran JAKSI PERUBATAN.  ^-^

NB dua: Klik  link ini  untuk baca sebuah komik tentang konsep hijab yang sebenarnya. 



  • RSS
  • Facebook
  • Youtube