Sunday, March 25, 2012

program "sirih pulang ke gagang"

Posted by GEN11US Sunday, March 25, 2012

19 Mac 2012 adalah tarikh yang pasti meninggalkan memori indah kepada semua pelajar Tahun 1 Perubatan Universiti Kaherah apabila perut-perut yang merindukan makanan tradisional Malaysia akhirnya tercapai jua. Kali ini Biro Sukan dan Aktiviti Luar telah mengadakan aktiviti bulanan iaitu bulan ‘Sirih Pulang ke Gagang’ bertempat di taman universiti Kaherah yang indah. Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk meperkenalkan kuih-muih rakyat Malaysia di perantauan serta mengasah bakat memasak dalam kalangan akhawat tahun 1 Universiti Kaherah. Pada masa yang sama aktiviti ini juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara pelajar selama berada di bumi perantauan. Pelbagai jenis juadah yang disediakan hasil air tangan pelajar akhawat Gen 11. Antaranya adalah seperti karipap, akok, kuih talam dan sebagainya.


Aktiviti ini dimulakan dengan memperkenalkan nama-nama kuih dan pembuatnya pada jam 1.00 p.m. Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Biro Sukan dan Aktiviti Luar. Setelah itu, doa makan telah dibaca oleh Dr. Zulaikha Zulkapri. Acara ini telah berlangsung selama lebih kurang satu jam.  Kuih-muih yang telah disediakan turut diperkenalkan kepada pelajar-pelajar Arab yang berada sekitar kawasan aktivit ini dijalankan. Seiring dengan tanggungjawab kita sebagai 'duta kecil' Malaysia. Sikap yang ditonjolkan ini harap dapat diteruskan dan diamalkan oleh semua pelajar kerana 'budi bahasa itu budaya kita.' 


Alhamdulillah, acara kali ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu menjayakan aktiviti ini sama ada secara langsung atau tidak. Diharap aktiviti yang akan datang dapat dijalankan dan mendapat sokongan padu daripada semua pihak.


BERKHIDMAT UNTUK SEMUA

DISEDIAKAN OLEH
(NOR AFIFAH BINTI JILANI)
AJK KECIL
BIRO SUKAN DAN AKTIVITI LUAR


0 comments:

Post a Comment

  • RSS
  • Facebook
  • Youtube