Wednesday, April 25, 2012

SPR : Lagi Kenyataan Rasmi Penarikan Diri

Posted by GEN11US Wednesday, April 25, 2012

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Firman Allah SWT 
"Dan ALLAH sebaik-baik Perancang(membalas tipu daya)” ( ali imran 3: 54)

Maka benarlah kalamullah, 
Kita merancang , Allah juga merancang, ternyata Dia sebaik-baik perancang..

Beberapa jam sebelum senarai nama calon - calon bertanding bagi pilihan raya GEN11US 2012 dikeluarkan, pihak SPR GEN11US telah menerima permohonan penarikan diri calon KETUA BATCH AKHAWAT,
RASYIDAH BT ANUAR MUSADDAD dalam pilihanraya yang akan datang.

Selepas perbincangan, pihak SPR MENERIMA permohonan beliau dengan menimbang hujah penarikan diri yang telah dikemukakan oleh beliau.

Pihak SPR ingin meminta maaf atas kecelaruan yang berlaku dan di atas kelambatan artikel berkenaan penarikan diri ini dikeluarkan serta kami di pihak SPR berharap agar semua pihak berlapang dada dalam keputusan ini

Dengan ini bermaksud hanya dua sahaja calon yang bertanding dalam jawatan KETUA BATCH AKHAWAT .

Sekian harap maklum, 
Disediakan oleh,
Pengarah SPR GEN11US 2012
·         Dengan ini dilampirkan sekali kenyataan rasmi penarikan calon daripada calon tersebut.



Bismillahirrahmanirrahim…
Saya Rasyidah Anuar Musaddad,calon Ketua Batch akhawat menarik diri daripada bertanding atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.
Saya telah meminta pendapat ibu saya dan beliau menasihati saya supaya lebih focus dalam study. Beliau merasakan jawatan ini berat untuk saya jika saya terpilih.
Saya sendiri rasa pencalonan saya sangat tidak wajar kerana lebih ramai calon yang layak bertanding.
Saya minta maaf kerana bersifat penakut dan menarik diri, kerana saya telah terdengar beberapa komen negatif tentang pencalonan saya .saya memang terlalu banyak kelemahan dan mungkin telah salah faham tentang komen tersebut. jadi , lebih baik saya menarik diri supaya tidak timbul fitnah lain.
Akhir sekali,saya mohon maaf daripada pencadang, Nor Syahida Syakira dan penyokong beliau atas penarikan ini.
Allahu a’lam. Yang baik itu daripada ALLAH ,yang buruk itu disandarkan kepada diri saya,hakikatnya kedua-duanya daripada ALLAH.




1 comment:

  1. takpe syidah, semangat syidah cukup buat batch kita ni membara!!!

    ReplyDelete

  • RSS
  • Facebook
  • Youtube