Saturday, June 30, 2012

Tunggu!!!

Posted by GEN11US Saturday, June 30, 2012

Bismillah wal hamdulillah.
Wa. Tinggal beberapa hari lagi sahaja untuk menghadapi kertas Biochemistry. 

Seronoknya :D

Meskipun ini mungkin seolah-olah kertas yang terakhir untuk dihadapi sebelum bermulanya cuti musim panas, ramai rakan-rakan seperjuangan mengadu kurangnya semangat.


“ Ish, malasnya nak buka buku Biochemistry ni” 
“Study ala kadar je lah. Tak ada mood lah.” 
“Semangat untuk ulangkaji biochemistry tak macam semangat masa belajar Anatomy dulu”



Tungguuuuuu!  Jangan biarkan semangat anda terus luntur dan futur.  Saya mungkin bukanlah orang terbaik untuk menaikkan motivasi para doktor GEN11US kerana saya yakin ramai lagi rakan-rakan yang jauh lebih cemerlang dan haibat daripada saya. Jadi, jum kita sama-sama cari penyelesaiannya nak? J


Langkah pertama : Cari motivasi daripada Al Quran / Hadis

Kita semua orang beriman kan? Maka dengan penuh keyakinan dan thiqah billah, kita mulakan dengan mencari obor semangat daripada kitab Allah. InsyaAllah, bi iznillah kita akan jumpa ayat-ayat cintaNya yang sememangnya Dia tujukan pada kita. Banyak ayat-ayat motivasi yang menggalakkan kita terus bekerja dan berusaha tanpa kira masa atau ketika.

“ Dan bahawa manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya. Dan sesungguhnya usahanya itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya). Kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna. Dan sesungguhnya kepada Tuhanmulah kesudahannya (segala sesuatu)” (Surah an Najm : 39-42)

  

“Untuk (kemenangan/ syurga) serupa ini, HENDAKLAH BERAMAL ORANG-ORANG YANG MAMPU BERAMAL.” (Surah as Saffat : 61)

“Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan) tetaplah bekerja keras untuk yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap” (Surah Asy-Syarhu : 6-8)
Rasulullah bersabda : “Sesungguhnya Allah suka kepada seseorang daripada kamu yang melakukan kerja dengan tekun dan bersungguh-sungguh, dan untuk memperoleh (kejayaan) seperti inilah hendaknya yang beramal itu melahirkan amal usahanya yang bersungguh-sungguh.”


Haaa. Kan banyak ayat-ayat yang merangsang semangat kita untuk terus berusaha ! ^^ Sifat malas ini tak layak untuk orang yang beriman tau kerana rehat bagi orang-orang yang beriman itu hanya di akhirat kelak. (muhasabah diri sendiri T.T)


Langkah 2 : Doa banyak-banyak




Seperti yang kita semua imani dan yakini, doa ialah senjata orang-orang beriman dan Allah tidak pernah,tidak akan dan tidak SESEKALI akan memungkiri janjinya.

Berdoalah kepada Allah agar terus diberi kekuatan untuk mengulangkaji pelajaran yang berbaki ini. Doalah kepada Allah untuk thabat, ikhlas dalam menuntut ilmu semata-mata kerana Dia.

Nabi kita ter-chenta pun ada ajarkan doa :



“Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan kikir, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.”
(HR Abu Dawud 4/353)

Alaa, ini doa yang kita hari-hari setiap pagi dan petang baca dalam ma’thurat tu. Tak berkesan?

Ehm, mungkin kerana hati kita yang tak bersungguh dalam berdoa. Atau mungkin kerana kita tidak menghayati makna doa. (muhasabah diri sendiri lagi T.T) Takpe, teruskan berdoa ! Dan berusaha. Jangan putus asa daripada rahmat Allah. RahmatNya lebih luas daripada apa-apa yang ada di langit dan di bumi.


Langkah 3 : Hubungi ibu-ayah / papa-mama / abi-ummi / etc.



Telefonlah mereka dan minta kata-kata semangat daripada mereka. Bayangkan wajah-wajah mereka yang menyandar segunung harapan kepada kita. Takkan kita nak futur dan berusaha sambil lewa? Mohonlah doa mereka.

Yeah ! Saya tahu kawan-kawan dah mula bersemangat untuk study Biochemistry dan English. Tapi, ada lagi langkah-langkah yang ingin saya kongsikan. Teruskan bersemangat untuk baca ya J



Langkah 4 : Hubungi rakan-rakan.

Selain menghubungi ibu ayah yang nun jauh di Malaysia terchenta, telefonlah juga rakan-rakan. Yelah, masing-masing terperap di rumah, khusyuk muraja3ah.

Telefonlah rakan-rakan untuk saling memberi kalam taujihat, kata-kata semangat. Kalau tak ada kredit (atau agakss kedekut untuk beli top-up), guna lah Skype, FB Chat, Video Call daripada Facebook, Smart Voip atau sebagainya. Dunia kan dah maju, tiada lagi sempadan biarpun berlainan imarah atau dipisahkan oleh stesen metro Sayyeda Zainab.


bukan lagi pemisah, bahkan medium pertemuan. 


A : Hello, Assalamualaikum Bro.
B : Waalaikumussalam Akh. Sihatka? Lama tak dengar berita naaa.
A: Sihat Alhamdulillah. Takde, ana nak minta kalam taujihat ni. Enta dah study sampai mana? Ana rasa  kurang semangatlah. Tolongla ana ni. Enta lah sumber inspirasi dan aspirasi ana. Ecehh.
B: Kalam taujihat? Ehm,ana pun lebih kurang je macam enta. Ana dah ulang 6-7 kali dah buku Biochemistry karya Staff Members of Faculty Medicine ni. Past Year Question pun ana dah habis buat. Sampai tak tahu nak buat apa lagi. Bla. Bla. Bla.
A: Huh? (Terus letak telefon)
B: Hello? Hello?

Tanya-tanya lah rakan anda,sampai mana mereka dah study. Kalau agak-agak kita terlambat tu, apa lagi, increase your velocity! It’s never too late!


Langkah 5  : Apa kesan kita malas?

Cuba koreksi  diri semula, apa kesannya kita malas dan tidak bersemangat?

Teringat kata-kata seorang senior – you know who-

“You are the asset of the Ummah!”

Kitalah penggerak ummah. Kecemerlangan kita mempengaruhi kecemerlangan ummah tanpa kita sedari.

Ambil lah semangat rakyat Mesir dan kemenangan Dr Mursi. Takkan selepas kemenangan Dr Mursi, kita masih ingin minum susu dan tidur secara bahagia. Kemenangan Dr Mursi merupakan satu titik permulaan untuk kita terus bersemangat dan menggembleng tenaga demi Islam ! Kerana kita sama-sama yakini juga bahawa study adalah medan untuk kita berjihad dan semoga Allah terima usaha-usaha kita walaupun sekecil-kecil usaha.

"Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarrah (atom), nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarrah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya." (Surah al Zalzalah : 7-8)



Langkah 6 : Mula study sekarang ! J 

Tinggal 1 hari berapa jam lagi untuk terus berusaha.

 Gambatte kudasai !
Syudda helak !
Chaiyook !

Secara kesimpulannya, para doktor GEN11US, M***S dan lemah semangat adalah satu jenis penyakit yang perlu dirawat segera sebelum ia disebarkan sama ada melalui Facebook, borak-borak kosong atau sebagainya. Semoga langkah-langkah ini bermanfaat.

Teruskanlah perjuangan. Teruskan lah bersemangat untuk sama-sama cemerlang, sama-sama MUMTAZ. Terus fokus pada agenda dan bergerak. Doakan rakan-rakan yang lain juga agar lebih berkat dan terasa manisnya berukhuwwah dalam berjuang. <3






Go GEN11US Doctors !

oleh,
Dr.SakuraMesir
Beit di hujung Mouniera

3 comments:

  1. cikhatirapuh pun kene sindrom mantap kosai? hakhak. btw, nice sharing.
    huuu, gather up spirit. boooom! daaa.

    ReplyDelete

  • RSS
  • Facebook
  • Youtube