Sunday, October 21, 2012

Glow with Flow GEN11US 2012/13

Posted by GEN11US Sunday, October 21, 2012
Laporan Glow with Flow GEN11US 2012/13

19 Oktober 2012 –Program Glow With Flow Batch GEN11US telah berlangsung dengan jayanya pada malam Jumaat lalu. Program tersebut merupakan sebuah program akademik untuk memberi pencerahan kepada mahasiswa-mahasiswi mengenai perjalanan akademik sepanjang tahun bagi sesi baru pengajian.


Program yang bermula pada jam 6.30 malam tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Biro Akademik Organisasi PERUBATAN Universiti (OPU) Kaherah, saudara Mohd Deenie Bin Mohd Radzhan. Beliau menjelaskan objektif diadakan program tersebut dan membentangkan analisis keputusan peperiksaan akhir tahun satu dan tahun dua Universiti Kaherah.

Program ini telah dikendalikan oleh saudari Nur Farzana Sahira Binti Ariffuddin selaku moderator. Tiga orang ahli panel yang dijemput khas merupakan pelajar Tahun 3 Universiti Kaherah iaitu Abdullah Fahmi Bin Rohime, Amirah Syakirah Binti Azmi dan Farah Hanin Binti Azmi.

Forum yang terdiri daripada tiga pusingan, membincangkan mengenai setiap subjek dan cara pembelajarannya pada pusingan pertama. Pada pusingan kedua, ahli panel merungkaikan masalah dan cabaran yang dihadapi semasa berada di tahun dua dan langkah penyelesaian bagi setiap permasalahan tersebut. Pusingan ketiga merupakan sesi soal jawab bersama audiens dan diakhiri dengan kata-kata semangat daripada ahli panel.

Selesai program, majlis diteruskan dengan aktiviti batch. Slot BPI diisi dengan tazkirah yang disampaikan oleh Mohd Heiqal Bin Kamaluddin. Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah kepada pelajar mumtaz oleh Ketua Batch Ikhwah GEN11US, Md Afiq Bin Md Rahim dan Ketua Batch Akhawat, Noha Nabila Binti Mohamad Akhir.


Acara seterusnya adalah Transisi Kepimpinan GEN11US yang dikendalikan oleh Ketua Batch sendiri iaitu saudara Md Afiq Bin Md Rahim. Setiap AJK Ikhwah memperkenalkan diri masing-masing serta pasangan AJK Akhawat seterusnya membentangkan portfolio dan skop tugasan masing-masing. Slot terakhir dibuka kepada ahli batch untuk mengemukakan sebarang cadangan dan komen bertujuan untuk penambahbaikan barisan kepimpinan baru Gen11us sesi 2012/2013.

Majlis berakhir pada jam 9.30 malam. Pelajar menikmati hidangan yang telah disediakan dan bersurai kira-kira jam 10.15 malam.

Semoga selepas berakhirnya program yang julung-julung kali diadakan ini, sinaran semangat atau glow ahli GEN11US tidak sirna, tidak pudar malah semakin bersinar-sinar dan berkobar-kobar untuk menjadi doktor yang competent untuk membangunkan ummah, agama dan negara khususnya. Jika glow anda hilang, cari semula!



GEN11US Towards Mumtaz.

Disediakan oleh,


..............................................
(Nabil Huda Binti Che Murad)
Setiausaha,
Glow with Flow GEN11US 2012/13

1 comment:

  1. Jom bersinar bersama aliran! Go go GEN11US!

    "Henshin!"

    *seronoknya sekarang boleh jadi pengomen :D*

    ReplyDelete

  • RSS
  • Facebook
  • Youtube