Thursday, November 08, 2012

Kelas Tutor Neuroanatomy (Akhawat)

Posted by GEN11US Thursday, November 08, 2012
LAPORAN KELAS TUTOR NEUROANATOMY GEN11US (AKHAWAT)

Pengenalan:

Kelas tutor merupakan salah satu aktiviti batch yang dikendalikan oleh Biro Akademik Batch GEN11US di bawah pemantauan Setiausaha dan Penolong Setiausaha Majlis Tertinggi Batch GEN11US 2012/2013. 

Program kelas tutor ini diadakan bertujuan untuk mengukuhkan lagi kefahaman seluruh ahli batch GEN11US dalam semua subjek yang dipelajari. Kelas ini diadakan atas permintaan daripada seluruh ahli batch untuk dibincangkan atau dibentangkan semula bagi topik-topik tertentu yang dirasakan perlu.
Sasaran program ini adalah seluruh ahli batch GEN11US dan kedatangan penuh pada setiap kelas tutor yang diadakan amatlah digalakkan. Cadangan daripada jawatankuasa serta ahli Biro Akademik GEN11US, program seperti ini akan dijalankan setiap 3 bulan sekali atau bergantung kepada permintaan daripada ahli batch GEN11US sendiri.

Sempena cuti Aidiladha baru-baru ini, satu kelas tutor bagi subjek Neuroanatomy telah dijalankan untuk pelajar akhowat yang terlepas kelas tutor pertama yang telah pun diadakan bersama-sama pelajar ikhwah di markaz Perubatan Abou Risy. 

Maklumat program adalah seperti berikut:

     Tarikh: 29 Oktober 2012

     Masa: 8.00 pagi-12.15 tengahari

     Tempat : Beit Sharqii, Mouniera

     Kehadiran : 70 orang

     Objektif utama: Penerangan topik-topik dalam subjek Neuroanatomy


Galeri:




Disediakan oleh,



...................................................
(NUR LIYANA BINTI AB AZIZ)
Ketua Kelas Tutor Akhawat,
Biro Akademik Gen11us 2012/13.

0 comments:

Post a Comment

  • RSS
  • Facebook
  • Youtube