Thursday, November 01, 2012

[Hadis 40] Ketandusan Hati- Salah Siapa?

Posted by GEN11US Thursday, November 01, 2012

‘Ketandusan hati umpama pohon yang reput menanti diri dibawa angin, hati yang tandus menanti masa dibawa bayu hedonisme’



Bismillah dan salam ukhuwah buat ikhwah akhawat GEN11US sekalian,

Andai peneroka itu pemula bandaraya, andai rempah ratus itu pemula aroma, maka dengan izinNya tulisan ini pemula sebuah fasa. Fasa baru pentarbiahan dari pihak Badan Pembangunan Insan (BPI) GEN11US 2012/13 melalui Program Hadis 40. Merujuk pada kepentingan hadis itu sendiri cukuplah saya lampirkan hadis baginda S.A.W

تَرَكْتُ فِيْكُمْ اَمْرَيْنِ مَا لَنْ تَضِلُّ بَعْدَهُ اِنْ اعْتَصَمْتُمْ بِهِ كَتَابَ اللهِ وَسُنَّةَ رَسُوْلِهِ

Kenapa hadis ini? Cukuplah pengalaman para GEN11US insyaAllah untuk mengaitkan kepentingan hadis dengan segala aspek kehidupan selari dengan kepentingan al-Quran yang jika dilihat lebih tinggi populariti serta lebih hebat praktikalnya.

Dan saya teringat kata-kata tipikal para bijak pandai:

“Jikalau badan tidak mampu berfungsi tanpa bantuan sel, masakan sesuatu pertubuhan mampu hidup tanpa sokongan ahli.”
Fahamkan ??

Justeru amat besarlah harapan pihak BPI agar ahli GEN11US mengambil cakna terhadap program ini untuk kecemerlangan di masa hadapan harapannya.

INGAT! Cemerlangnya seseorang individu itu dilihat dengan apa yang mereka boleh lakukan.

Jika dilempar ke laut mampu membina pulau, jika dijatuhkan dari kapal terbang ke padang pasir mampu mengubah menjadi hutan.

Berilah Nasihat atau Peringatan
Post ini juga mempunyai tujuan menengahkan betapa pentingnya sifat saling menasihati antara satu sama lain.

Tanpanya, maka akan mula lah fasa kekeringan jiwa dalam diri seseorang.

Ya! Tandus nya hati itu sendiri merupakan disease di mana perasaan gelisah dan tidak tenang akan menjangkiti diri selain lemah roh fizikal dan rohani sebagai simptomnya. Side effectnya benar –benar akan membuatkan anda berasa lemah untuk belajar. Lemah untuk berpersatuan malah tewas untuk beribadat!!

Jadi apa ubatnya?

Adakah dengan mencari pelbagai hiburan? Bagi kita di mesir mungkin berikut menjadi salah satu pilihan.

Mungkin dengan mengatur aktiviti bagi menenangkan jiwa seperti melepak di kedai2 kopi, Starbucks, Pottery, Kiwi dan sebagainya kononnya kemewahan dan aroma kemodenan itu menenangkan? Eh?

Atau mungkinkah juga dengan alunan muzik barat yang diuar-uarkan menjadi pemangkin motivasi hidup? Bila bosan mulalah bertukar selera kepada genre K-pop (err..gangnam style mungkin?), hindi dan sebagainya.?

Atau and bertekad menjadi movie maniac dengan mendownload segala bagai movie dan drama pelbagai bahasa seperti korea… yang jiwang itu?

Atau mungkin dengan mencari hiburan siber, laman sosial, Manga, Dota dan mungkin ukhuwahFifa? O.0

Dan bila aktiviti2 ini mula pudar keseronokannya, mula lah kita membebel keseorangan.

“serabuk ah idoop... bosang molep.. Mesir tak dak life langsung” dan sebagainya…



‘hiburan yang dipraktik sejak kecil tidak pernah memberi ketenangan tapi begitu susah ditinggalkan’

Persoalannya mampu kah hiburan badan ini mengubati ketandusan hati dengan memberi semangat dan sinaran ketawa yang berkekalan sedangkan punca ketandusan hati itu sendiri berunsur rohani?

You don’t say? Semestinya ia akan gagal seperti gagalnya lawak-lawak hambar dalam mengukir sekuntum senyuman.

So mungkin ada yang tertanya-tanya apakah konklusi sindrom kemarau rohani ini...

Jawapannya... kembali kepada fitrah beragama.



Memetik kata -kata seorang muslim

“dalam pencarianku yang panjang, akhirnya aku menemukan Islam yang didalamnya aku bisa menemukan ketenangan pikiran dan jiwa. Ini benar-benar karunia yang besar dari Allah.”
-muallaf Russia-

So, kalau mereka mampu kenapa kita tidak..?

Oh, memang la diorang tu islam kerana mendapat hidayah, kita ni islam baka, lahir –lahir dah Islam.. feeling lain-lain bhai~ (=.= ye dop mung?)



Ah, manusia sentiasa beralasan. Sukar benar mahu berdepan dengan kesilapan sendiri.

Astaghfirullah.



Well then, sebenarnya keringnya jiwa kita adalah salah semua. Haha, you know what? coz kita tak pernah tegur antara kita. Tak pernah nasihat kawan2 kita. Sedangkan Allah berfirman dalam hadis Qudsi (riwayat Ahmad, sanadnya dhaif.

“Ibadah hambaku kepadaKu yg paling Ku cintai adalah memberi nasihat kepada Ku”

Jadi kenapa tidak? Kenapa tidak kita mula praktik amalan nasihat menasihati dari sekarang... skema? look weird?

Nasihat… tidak semestinya perlu formal seperti dalam ceramah2.

Sebagai contoh time lepak2 di kedai kopi, bukan kah elok jika diselitkan dengan nasihat/peringatan ringkas daripada diisi dari awal hingga akhir dengan jenaka2 murahan, mengumpat member, mengutuk sana, tidak kah soleh jika ditambah sesi nasihat.. setidak-tidaknya boleh menambahkan iman di samping mengeratkan ukhuwah gitu, kan? Ewahh~

Jadi mari kita lihat hadis kali ini, merupakan hadis ke-7 daripada hadis 40 imam Nawawi rahimahullah.



Menurut Imam Muhammad bin Ismail ash-Shan’ani rahimahullah berkaitan hadis 7 ini :

Hadis ini sangat agung dan para ulama menyatakan bahawa hadis ini adalah salah satu daripada empat hadis yang menjadi prinsip agama Islam.

Ayat al-quran juga turut menyebut kepentingan nasihat dalam ayat–ayat seperti:

"Peringatkanlah, kerana peringatan itu berguna bagi orang–orang mukmin" (az –Zariyat: 55)
"Dan sesunggunya orang–orang kafir itu sama sahaja, engkau beri peringatan atau tidak engkau beri peringatan mereka tidak akan beriman" (al-Baqarah: 6)

Oleh itu, para GEN11US wajar menyedari hakikat bahawa serangkap nasihat ringkas itu sudah mampu membasahi hati–hati orang mukmin dengan cahaya petunjuk dan kesedaran. Berdasarkan hadis ke-7 ini kaum muslimin diseru menyeru kepada Allah dan rasul, menasihati pemimpin dan masyarakat Islam secara amnya.

Konklusinya jom rakan–rakan GEN11US kita budayakan budaya berpesan–pesan moga ia menyumbang ke tahap threshold dalam membentuk hati–hati yang hidup. Insya-Allah!!!



-Program Hadis 40
-Dibawakan khas oleh BPI GEN11US 2012/13

3 comments:

  1. perbahasan y matang... ana sgt suka !

    ReplyDelete
  2. "Peringatkanlah, kerana peringatan itu berguna bagi orang–orang mukmin" (az –Zariyat: 55)" -berguna bagi orang2 mukmin.tidak ditulis MUSLIM tapi ditulis MUKMIN.

    Ust sekolah ana penah cakap, Allah tidak menjadikan kalimahNya sia-sia dan bersahaja.Quran itu diturunkan dengan bersebab dan dengan penuh kebijaksanaanNya.

    moga kita dalam kalangan mukminin.sudi dinasihati dan menasihati.iA

    ReplyDelete

  • RSS
  • Facebook
  • Youtube