Bismillahirrahmanirrahim.
“Dari
Abdullah bin 'Amr RA berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda; sampaikanlah
daripada aku walaupun satu ayat.”
(HR
Bukhari)
Memilih untuk mencintai Allah, kita telah
memiliki segala-galanya. Nikmat apa lagi yang hendak didambakan melainkan
syurga Allah yang tidak ternilai darjatnya dan syafaat baginda Rasulullah SAW
di mahsyar kelak.
Bagaimana mungkin untuk mendapatkan syurga
Allah andai tidak mematuhi peraturan dan
syarat yang telah ditetapkan?
Bagaimana mungkin untuk melaksanakan perintah
dan suruhan-Nya dengan hati yang ikhlas tanpa hadirnya cinta yang pertama dan
selamanya- cinta kepada Allah.
Ayuh! Kita berusaha untuk mendapatkan cinta
Allah– cinta yang tidak pernah luntur dan mengecewakan.
Tiada mahabbah tanpa ma’rifah – kenali Allah
dan cintai Allah sepenuhnya- Ya Rabb!!
Kisah Sahabat:
Saad Bin Muaz adalah salah seorang sahabat
Rasulullah SAW yang berkulit hitam pada
masa itu malah dikatakan jauh lebih hitam daripada Bilal. Saad memeluk Islam
pada usia 31 tahun dan syahid pada usia 37 tahun, seorang yang tinggi iman dan
cintanya kepada Allah.
Ketika berhijrah ke Madinah, beliau ingin
mendirikan rumah tangga lalu dipinangnya seorang perempuan di Madinah. Disebabkan kulitnya yang hitam, pinangannya
ditolak berkali-kali. Rasa kecewa menyelebungi lalu mendatangi Rasulullah untuk
mengadu, “Wahai Rasulullah, adakah hinanya aku ini kerana berkulit hitam
sehingga pinanganku ditolak berkali-kali?".
Lalu, Rasulullah berkata, “Jangan bimbang Saad, engkau adalah orang yang aku
jamin”.
Lalu, Saad dibawa oleh sahabat-sahabat ke
rumah wanita yang cantik di Madinah itu. Mereka dilayan dengan baik oleh bapa
wanita tersebut. Di saat hajat mereka disampaikan untuk meminang anaknya, si
bapa sangatlah gembira kerana menyangka anaknya dipinang oleh Rasulullah. Kejujuran Saad menyatakan bahawa
beliaulah yang ingin meminang anaknya itu. Si bapa menjadi marah dan menghina
Saad yang berkulit hitam ingin berkahwin dengan anaknya yang cantik.
Perempuan tersebut menegur bapanya kerana
menolak pinangan Saad Bin Muaz yang merupakan seorang yang dijamin oleh
Rasulullah. Lalu, si bapa pergi mengejar
Saad dan meminta maaf serta menerima pinangan Saad di depan Rasulullah.
Dan Rasulullah menyuruh Saad membeli
kelengkapan perkahwinannya. Ketika sedang membeli keperluan perkahwinan, Saad
terdengar seruan jihad daripada Rasulullah, “Wahai pemuda2 Islam, bersiap
siaga segera kerana musuh sedang datang untuk menyerang kita." Lalu, Saad menukar
fikiran dengan membeli kelengkapan perang, baju perisai dan kuda.
Saad segera pergi berbaris paling hadapan
dengan sahabat-sahabat yang lain . Disebabkan baju perisai yang lengkap, Saad tidak
dikenali . Takdir Allah, Saad
syahid dalam peperangan tersebut.
Berita syahidnya Saad disampaikan kepada Rasulullah.
Rasulullah berkata, “Di saat kematian Saad
bergegar Arasy Allah dan menangis para malaikat di langit dan di bumi”. Saad
Bin Muaz dimuliakan oleh Allah di saat kematiannya walaupun hanya 6 tahun
jangka hayatnya dalam Islam.
Allahu Akbar!
Betapa tingginya nilai Islam dan kecintaan
beliau kepada Allah dan Rasulnya sehingga dimuliakan oleh Allah sebegitu. Apakah kita sama sepertinya?
Jika cinta kepada Allah yang pertama, jadilah cinta itu cinta yang ‘high class’.
Segalanya bercinta dan berkasih sayang kerana Allah.
Secangkir kata setulus hati buat
sahabat-sahabat :
Jika ada sesiapa pinta CINTAMU, katakana ianya hanya pada Allah
Jika ada sesiapa pinta RINDUMU, katakana ianya hanya pada Rasulullah
Jika ada sesiapa pinta KASIHMU, katakana ianya hanya pada IbuBapa-mu
Jika ada sesiapa pinta SAYANGMU, katakana kau menyayangi saudara Muslimmu
Jika ada sesiapa pinta KEIKHLASANMU, maka berilah ia pada yang benar-benar menghargainya
~Jadikanlah Cinta Allah dan Rasulullah
melebihi segala-galanya~
“Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;
Sesiapa yang berkehendakkan dunia maka hendaklah dia berilmu, sesiapa yang
berkehendakkan akhirat maka hendaklah dia berilmu dan sesiapa yang
berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah dia berilmu."
(Imam As Syafie)
[H.H]
Fustateleven ®
0 comments:
Post a Comment