Wednesday, December 12, 2012

JADUAL PENGISIAN CERKON DI BLOG BAGI SETIAP RUMAH

Posted by GEN11US Wednesday, December 12, 2012

JADUAL PENGISIAN CERKON DI BLOG BAGI SETIAP RUMAH

BIL
RUMAH
TARIKH
CATATAN
1
AIZAT
15/12

2
AFIFAH BT MOHAMAD HANAPIAH
22/12

3
AIDA FARHANA BT MOHAMED KAMAL
29/12

4
HAZAZI
6/1

5
AIDA NASUHA BT ZAINI
13/1

6
NURUL ASYIQIN IBRAHIM
20/1

7
NAQIB
27/1

8
AIMI ASRINA BT NOH
3/2

9
AINA NAZURAH BT AB RAHMAN
10/2

10
FIRDAUS
17/2

11
AISYAH SYAHIRA  BT ABDUL HAMID
24/2

12
FAIRUZ NABILAH BT BORHANUDIN
2/3

13
RIDZUAN
9/3

14
FATHINAH BT HARUN
16/3

15
FATIAH 'AISYAH BT IZANI
23/3

16
AZAM
30/3

17
HAFIZATI BT ISHAK
6/4

18
SITI NUR AISYAH BT HASSAN
13/4

19
SYUKRI
20/4

20
NABIL HUDA BT CHE MURAD
27/4

21
NABILAH BT ZAINOL AZMI
4/5

22
IQMAL
11/5

23
NOHA NABILA BT MOHAMAD AKHIR
18/5

24
NOR AFIFAH BT JILANI
25/5

25
EMIR
3/8

26
NUR ADILAH BT SODDRI
10/8

27
NUR FAUZIAHANIM BT PAUZI           
17/8

28
IZZAT HAFIZI
24/8

29
NUR HADHIRAH BT AHMADMUSTAFA
31/8

30
NUR HAMIZAH AB RAZAK
7/9

31
IHSAN
14/9

32
NUR LIYANA BT AB. AZIZ
21/9

33
NURFATIN AFIQAH BT MOHD BADRONDIN
28/9

34
NURUL SHEFAA BT AYOB
5/10

35
SHARIFAH NAHIDHAH BT SYED ALI ALMORTADHA AL-TAHIR
12/10

36
NUR AMIZA ZULAIKHA BT ZAWAWI
19/10

37
SITI ZULAIKHA BT ZULKAPRI
26/10

38
NOR SHAZREEN BT JAMIL
2/11

39
NOR SYAHIDA SYAKIRA BT MD NOR
9/11


Take Note:

1. Bebas menulis apa sahaja cerita pendek, tetapi haruslah mempunyai mesej yang hendak disampaikan dan bersambung dengan cerita sebelumnya.
2. MINIMUM : 1 perenggan yang mengandungi 5 baris

Tuesday, December 11, 2012

Bukan Akhawat

Posted by GEN11US Tuesday, December 11, 2012

BUKAN AKHAWAT
PENA: PERINDU

            “Ya Allah, penatnya mendaki tangga rumah ni.” itulah keluhan harianku tatkala baru pulang dari kelas. Keluhan aku tetap sama saban hari seolah-olah aku sangat menyesal membeli rumah di Helwan Street, Mounirah ini. Sepahan debu di depan pintu masuk rumah selalu dan sering mengingatkan aku pada 27 Mac, tarikh di mana aku bersama ahli beit yang lain bersama-sama membuat akad dengan tuan rumah.


            “Argh, malasnya aku nak ikut.” Bentak nafsuku pada mulanya dengan sebentak-bentaknya kerana enggan bersama-bersama untuk berurusan dengan tuan rumah. Malas aku bukanlah bererti aku ini tidak rajin tapi malas aku adalah malas nak berurusan dengan orang Arab. Sungguhku sanjung baginda junjungan Nabi Muhammad S.A.W kerana punyai kesabaran yang tinggi dalam mengadakan urusan harian apatah lagi ingin membawa pembaharuan, kerja dakwah kepada golongan Arab ini.” Andai diberi pilihan, aku rela gembala kambing daripada berurusan dengan orang arab ini.” Selorohku sendirian.

            Namun bentakan aku hanyalah sekadar menepuk sebelah tangan dan sia-sia sahaja kerana tiada siapapun yang ingin mengahayati luahan hatiku ini. Namun bingkasku menepuk dada dan bertanyakan selera nafsuku ini. Refleksi sendirian membuatkan rasional aku makin matang. “Apakah aku harus sentiasa lari dari masalah dengan membiarkan ahli beit aku sahaja yang menyelesaikannya ataupun cuba untuk menggagahkan diri?” Persoalan ini sahajalah  yang bisa membawa aku semakin berani dan tetap berani membina plot hidup di middle east ini.

Saturday, December 08, 2012

[Hadis 40] Silaturrahim- Akses Ke Syurga

Posted by GEN11US Saturday, December 08, 2012
Assalamualaikum semua ahli GEN11US.
Semoga berada dalam keadaan sejahtera hendaknya.

Pada edisi kali ini, penulis ingin berkongsi dengan ahli-ahli semua mengenai silaturrahim.


Adakah semua pernah dengar pasal perkataan ni? Perkataan ini memang sinonim dalam kalangan umat islam.

Nak dipendekkan cerita, silaturahim bermakna hubungan sesama manusia dengan manusia yang lain dalam keadaaan berkasih sayang keranaNya.

Thursday, December 06, 2012

Posted by GEN11US Thursday, December 06, 2012

Glow with Flow- 2nd Year
Lesson’s Notes and Assessments for 1st Week of Disember 2012 (2/12-6/12)

Anatomy

·      Assessment:

Histology

·      Notes:
2.    Urinary

·      Assessment:

Rintihan dan Tangisan Dari Gaza

Posted by GEN11US Thursday, December 06, 2012



Antara rumusan yang boleh diambil daripada program tersebut : 

-Perang di Gaza dinamakan حجارة من سجيل (hijaratum min sijjil) yang bermaksud batu-batu dari api neraka. Dipetik daripada surah al fil.
-Perang di Gaza berakhir dengan termeterainya genjatan senjata antara Palestin dan Israel baru-baru ini. Antara persetujuan mereka ialah,

*1/5 tanah haram kepada rakyat Palestin kini sudah dapat di masuki.
*Nelayan
Gaza telah dibenarkan memasuki ke laut Gaza sehingga jarak 6 batu nautika, tidak sebagaimana sebelum ini yang hanya dibenarkan memburu ikan sejauh 3 batu nautika.
- 15 Mei 1948 : Nakbah Palestin di mana Negara Yahudi secara rasminya di bentuk dan rakyat Palestin dihalau secara beramai-ramai.

Kenapa Gaza seringkali diserang Zionis??
Kerana:
- tempat pertama tentera Tartar dikalahkan
- sampai sekarang Zionistidak berjaya merampas Gaza
-tempat lahirnya Imam Syafie

Kenapa Zionis membuat gencatan senjata sedangkan mereka mempunyai kekuatan tentera ke 4 terbesar dunia serta mempunyai 400 buah senjata M16 yang berharga 200-400USD sebuah, 5ribu buah kereta kebal, apacher. Sedangkan Gaza hanya negeri yang kecil, mempunyai kekuatan tentera seramai 25 ribu orang???
- kerana mereka gerun akan semangat Hamas
-Israel telah kerugian hampir 1 billion

Antara yang musnah di Gaza baru-baru ini:
-7155 rumah musnah
-10 pusat kesihatan
-2 universiti
-30 masjid
-92 kawasan inustri
-5 bank
-3 kelab belia
-3 tanah kubur
-8 bangunan pejabat Hamas
-14 balai polis musnah

Antara yang terkorban :
-175 syahid
-61 kanak-kanak
-13 wanita
-18 orang tua
- ramai tentera yang cedera

Kenapa masjid di bom??
-kerana masjid tempat umat Palestin berkumpul, bermasyarakat untuk menaikkan semangat jihad antara mereka.

Antara masjid yang di bom Zionis :
1) Masjid An-Nasr : antara masjid pertama dibina, di bom pada Jan 2006
2) Masjid Abdul Aziz : dibom pada Jan 2002, dimusnahkan oleh 11 buah roket yang mana berat sebuah roket bersamaan 1tan. 
-Alhamdulillah kedua-dua masjid ini telah dibina semula dengan bantuan daripada MAPIM.

Usaha MAPIM untuk pelajar PERUBATAN: 
-membina projek berkembar  antara pelajar PERUBATAN di Mesir dengan salah sebuah masjid di Gaza, (Masjid Qu’qu’ kalau tidak salah) melalui AQSA PERUBATAN. Di bawah masjid ini akan dibina sebuah kelas tahfiz.  Projek ini dibuat oleh Ir. Mohd Yusouf Hasnaf.

Antara serangan Israel terhadap Palestin:
- 1313 serangan
-1170 air strike

Antara serangan balas oleh mujahidin Palestin :
-sebuah roket ke utara Tel Aviv
-7 ke Bandar Tel Aviv
-3 ke Jerusalam

(satu kejayaan buat mujahidin Palestin kerana roket yang ke Utara Tel Aviv ini dilancarkan dari bawah tanah, selepas roket dilancarkan ditutup semula pintu pelepasan roket tersebut. Cara ini dapat mengelakkan daripada dikesan oleh Israel. Sebelum ini, roket dilancarkan di atas tanah, yang mana dapat dikesan oleh Israel, seterusnya Israel dapat terus membalas ke tempat roket tersebut dilancarkan, menyebabkan ramai mujahidin yang syahid)

Nabi S.A.W. bersabda yang maksudnya : "Tiap mata pasti akan menangis pada hari kiamat, kecuali mata yang dipejamkan dari segala yang haram dan mata yang berjaga malam dalam jihad fisabilillah dan mata yang mentitiskan air mata walaupun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah." (Hadis Riwayat Abu Naim)
**pejuang palestin tidak tidur malam. Mereka berjaga pada waktu tengah malam kerana menjalankan kerja-kerja Islam. Inilah yang mereka pegang sehingga mereka sanggup mengorbankan seluruh harta, jiwa mereka demi Islam. Bagi mereka, masjidil Aqsa lebih bernilai berbanding jiwa mereka sendiri. Kita pula bagaimana? Adakah MAsjidil Aqsa hanya milik rakyat Palestin?



Pada malam tersebut juga,  terdapat 2 buah poster Syeikh Ahmad Yasin yang mendapat tandatangan daripada anak beliau sendiri, telah dilelong. Poster tersebut telah dibeli oleh seorang ikhwah dengan harga LE2500 dan oleh seorang akhawat dengan harga LE3000. (gambar diatas hanya hiasan)

Sunday, December 02, 2012

Rutin Zambri Si Pemuda Kacuk

Posted by GEN11US Sunday, December 02, 2012

RUTIN ZAMBRI SI PEMUDA KACUK
PENA : ABE HIJAU

KHAMIS, 6.15 a.m. – “Aaaahhhh!!!” menguap panjang, menggeliat sakan Zambri Haikal, 20, si pemuda kacuk Melayu Pattani, berusaha untuk bangun dari tilam empuknya. Bergegas untuk bangun subuh.Bagus Zambri Haikal ni, setiap hari dia akan set alarm 15 minit sebelum syuruk. Menggeliat 1 minit. Masuk bilik air 5 minit. Solat laju-laju dua rakaat 1 minit (tanpa qunut). Kemudian berdoa selama 8 minit agar dikurniakan anak yang soleh, isteri solehah, murah rezeki, ampun dosa, jauh neraka, masuk syurga dan berjaya dunia akhirat. Selesai 15 minit. Nice timing, bukan?

            6.31 a.m. – Tanpa membazir masa, Zambri Haikal terus ‘bummmm’ atas tilam empuknya. “Kelas pukul 10, lambat lagi nih, proceed proceed.” monolog Zambri. Di sudut lain bilik itu, kelihatan Izzat Hafizul Rahman, 20, sedang ralit membaca Al-Quran. Izzat seorang anak muda yang kuat membaca Al-Quran. Selain itu, beliau juga suka baca Al-Quran kuat-kuat. Sumpah tak sedap mana pun dia baca, tarannum lintang pukang, suara pula dah macam ibu biri-biri. Namun, baginya cukuplah bertajwid sempurna dan kesungguhannya untuk mengimarahkan beit dengan ayat suci. Semoga malaikat rahmat sudi hadir mengunjungi beit mereka. Jauh di benak hati Zambri yang nyenyak tidur berharap begitu juga. Berharap sahaja. Benak sungguh Zambri ni. Alarm dikunci jam 9.45 pagi. Power Timing!

Saturday, November 24, 2012

Notes & Assesment 17/11-20-11

Posted by GEN11US Saturday, November 24, 2012




assesment biochemistry=https://www.box.com/s/epm26ikcmdu21t026bq4



assesment physiology=https://www.box.com/s/ey0c42wvzo6k44txwcpq

Monday, November 19, 2012

Perpustakaan Alam Maya Gen11US (PALM)

Posted by GEN11US Monday, November 19, 2012
Assalamualaikum w.r.t...

Apa khabar anda?





Di bawah Biro Akademik GenIIus, kami telah menubuhkan Perpustakaan Alam Maya (PALM) untuk ahli2 GenIIus. Ia merupakan sebuah perpustakaan atas talian di mana pelajar-pelajar batch Gen XI mampu berkongsi bahan bacaan sesama mereka, yang sebenarnya, milik mereka juga. Permohonan pinjaman buku boleh dilakukan bila-bila masa, namun permohonan anda hanya akan disemak pada hari kami beroperasi. Hari kami beroperasi adalah pada setiap minggu dari hari Ahad hingga Rabu. Khamis, Jumaat dan Sabtu adalah hari kami memperkemas permohonan pinjaman. Kami akan bekukan operasi secara automatik 2 minggu sebelum peperiksaan, dan juga cuti-cuti umum Pihak AJK PALM tidak memegang hak milik ke atas buku-buku yang disenaraikan. Justeru kami tidak akan bertanggu
ngjawab di atas mana-mana kondisi buku tersebut.


Wallahu A'lam

Link borang pinjaman:

Link list buku:


~Ilmu Yang Bermanfaat elok dikongsi Bersama~
::Mumtaz Unuk Ummah::

Saturday, November 17, 2012

[Academic] Notes and Assessments from 4/11 to 16/11

Posted by GEN11US Saturday, November 17, 2012
Lesson’s Notes and Assessments for 1st Week of  November 2012 (4/11-16/11) 

Physiology
·     Notes:
1. 


Biochemistry

·     Notes:

Anatomy

·     Notes:

Histology




Glow with Flow 2nd Year
~Gen11us Towards Mumtaz~

Thursday, November 15, 2012

[Hadis ke-9] Nikmat itu Suatu Ujian

Posted by GEN11US Thursday, November 15, 2012
...Bismillahirrahmanirrahim...

Sebelum tangan ini lebih banyak menekan, saya ingin sahabat semua menyatakan rasa syukur.
Alhamdulillah atas segala kurniaan dari Ilahi. Kalau bukan keranaNya, kita tidak mungkin masih berada di alam yg sementara ini,bukan?

Tahun baru di dunia medic kaherah dan tahun baru hijrah pun sudah menjengah.
anda excited? Saya jugak excited.
lagi banyak ilmu medic yang menanti kita.
lagi banyak kebesaran serta kebijaksanaan Allah yang akan kita nampak.
lagi banyak nikmat yang Allah bagi kat kita.
namun adakah kita bersyukur?
sama–sama kita renungkan.


maka telah berlaku perbualan dua sahabat pada dua situasi yang berbeza...

Tuesday, November 13, 2012

MedFacts For Today

Posted by GEN11US Tuesday, November 13, 2012
1. Facial hair grows faster than any other hair on the body.


2. 
Yawning often promotes yawning in others nearby.   
3. The three things pregnant women dream most of during their first trimester are frogs, worms and potted plants.

4. After eating too much, your hearing is less sharp.

5. By 60 years of age, 60-percent of men and 40-percent of women will snore. 

Smile! Because you can.

6. It takes 17 muscles to smile and 43 to frown. 

7. Your ears secrete more earwax when you are afraid than when you aren’t. 

8. It is not possible to tickle yourself.

9. Your thumb is the same length as your nose. 

10. A mans testicles manufacture 10 million new sperm cells each day– enough that he could repopulate the entire planet in only 6 months!

11. The female ovaries contain nearly half-a-million egg cells, yet only 400 or so will ever get the opportunity to create a new life.

12. The acid in your stomach is strong enough to dissolve razor blades.


13. The first woman admitted to Harvard Medical School wasn't even from the U.S.


by: Myolokolo

Friday, November 09, 2012

F4KT4 BUK4N 4UT4

Posted by GEN11US Friday, November 09, 2012

10 FAKTA MENARIK TENTANG OTAK




1. Untuk menyamai kemampuan otak, kita harus membuat komputer yang besarnya sehingga 5 kali ukuran padang bolasepak, sedangkan otak kita mampu melakukan fungsi luar biasanya hanya dengan tenaga elektrik 23 watt.


2. Semua emosi/perasaan kita, adalah dihasilkan oleh otak kita. Tepatnya di sebuah bahagian yang disebut dengan Amygdala.

Thursday, November 08, 2012

Kelas Tutor Neuroanatomy (Akhawat)

Posted by GEN11US Thursday, November 08, 2012
LAPORAN KELAS TUTOR NEUROANATOMY GEN11US (AKHAWAT)

Pengenalan:

Kelas tutor merupakan salah satu aktiviti batch yang dikendalikan oleh Biro Akademik Batch GEN11US di bawah pemantauan Setiausaha dan Penolong Setiausaha Majlis Tertinggi Batch GEN11US 2012/2013. 

Program kelas tutor ini diadakan bertujuan untuk mengukuhkan lagi kefahaman seluruh ahli batch GEN11US dalam semua subjek yang dipelajari. Kelas ini diadakan atas permintaan daripada seluruh ahli batch untuk dibincangkan atau dibentangkan semula bagi topik-topik tertentu yang dirasakan perlu.

Friday, November 02, 2012

Janji Zakamarol

Posted by GEN11US Friday, November 02, 2012

21 sept 2012, 7 petang- Zakamarol tiba di Cairo Airport, jiwa penuh bersemangat turun dari Etihad Airlines, bahagia melihat burung2 berkicau menyanyi lagu Maher Zain secara berjemaah. Walaupun kicauan itu tak sedap, tapi cukup untuk menghadirkan rasa syukur. Syukur dah sampai ke Mesir.

In... out... ahh....” puas dia menghembus udara Mesir yg dicintai.

Terbatuk sedikit, biasalah udara berdebu. Zakamarol mahu mula azam baru bagi tahun keduanya di Mesir.

“Ijazah terbaik datangnya dari jalanan… dari pengalaman bercakar dan bersalaman... konflik motivasi cuba dimeditasi..”monolognya seorang diri. Perasannya sedap.

Thursday, November 01, 2012

[Hadis 40] Ketandusan Hati- Salah Siapa?

Posted by GEN11US Thursday, November 01, 2012

‘Ketandusan hati umpama pohon yang reput menanti diri dibawa angin, hati yang tandus menanti masa dibawa bayu hedonisme’

  • RSS
  • Facebook
  • Youtube