Tuesday, December 13, 2011

Repost : Amanat Mas'ul Batch

Posted by GEN11US Tuesday, December 13, 2011
Tujuan repost amanat ini bagi mengingatkan kita yang sering lupa akan sesuatu yang mana jika dipandang hanyalah sekadar perkara remeh sahaja, namun ialah satu perkara yang perlu dititik beratkan oleh semua orang.
Bagi yang malas membaca..

aku just nak bagitahu, asas perpecahan jemaah (aku refer jemaah di sini batch kita) ialah KEJAHILAN,dan bermulanya kejahilan kerana sifat MALAS dan SOMBONG sebab rasa diri dah tahu segalanya..

yang aku tulis ni bukan kerana sesiapa,insyaAllah kerana Allah semata..

JADI DIHARAP SEMUA LUANGKAN SEKADAR 5 MINIT UNTUK BACA

kita serumpun,kita seakidah dan kita sama-sama berjuang menuntut ilmu..kita nk hidup sama-sama 6 tahun lg (insyaAllah kalau dipanjangkan umur)..tempoh yang sgt lama..

jd sekarang, apa point aku?

point aku kt sini aku takut..

takut apa?

aku takut dalam tempoh ni disebabkan seorang xsealiran pemikiran dengan kita, kita kan pulau dia..

aku takut dalam tempoh ni kita gagal bina ukhuwwah antara kita sampai ke tahap berlanggar bahu pun x bertegur atau senyum..

aku takut sampai ke tahap sahabat kita melarat kat hospital kita langsung xkisah..

aku takut sebarang aktiviti batch nanti dipandang sebagai sesuatu yang membuang masa..

aku takut kita akan benci dengan sahabat satu batch yg berniat baik nak tegur kita..

Aku takut diterapkan dalam pemikiran kita kita datang ke sini semata-mata nk dapat mumtaz,jadi doktor,kahwin,kerja dan kemudian mati..

banyak lagi aku yang aku takut tp tangan ini tak larat nak menulis panjang..dan aku tahu orang pun xlarat nak baca penulisan aku yang melarut panjang..

saja nak berkongsi apa yang aku baca kt korang semua :

"hanya orang muda yang berani mengubah sejarah..setiap hari, setiap dekad, setiap kurun rakyat menunggu apakah yang akan dilakukan oleh anak muda. Terpulang kepada anak-anak muda. Dalam hidup ini hanya ada dua pilihan. Hidup sekadar bernafas ataupun hidup bagi mengukir sejarah"

jadi sekarang pilihan di tangan kita..apakah kita hanya nak tunggu batch kita ataupun perubatan buat sesuatu untuk kebajikan kita, untuk kepentingan kita atau untuk kesatuan kita..?

jangan tanya apa yang kesatuan kita (batch) kita boleh beri kat kita, tapi tanya diri apa kita boleh sumbang untuk kesatuan kita..

kalau semua nak menerima maka siapakah bertanggungjawab nak memberi?

tapi kalau semua sanggup memberi insyaAllah semua akan dapat berkongsi nikmat menerima..

kalau ada sebarang cadangan, idea, rasa tak puas hati atau kelemahan dalam batch kita atau kat aku luahkanlah..takkan terluah kata yang tersimpan, melainkan akan busuk terperam menjadi rasa benci dan dengki..

demi kebaikan kita semua, dan demi harapan rakyat yang menunggu kita membawa sesuatu kpd mereka..sama-sama kita cari apa yang kita boleh buat, apa yang kita boleh sumbang..masyarakat menunggu kita mengubah sejarah..



persoalan sekarang

adakah kita akan hidup sekadar untuk bernafas atau hidup untuk melakar sejarah kerana Allah?

fikir-fikirkanlah..dan kalau benar mahu mengubah sejarah, mari kita gerak sama-sama..mula dari diri..dan kemudian jadikan kesatuan batch kita bukan sekadar bertujuan untuk kebajikan semata, tapi untuk kita bergerak bersama dalam satu langkah ke arah kejayaan semua..pastikan kita balik 6 tahun nanti akan ada sesuatu yang boleh kita 'beri' pada semua rakyat yang menunggu perubahan dari kita..

masa kita sangatlah singkat, tanggunggjawab kita dan taklifan kita pun semakin berat..jadi janganlah buang masa dengan pertengkaran kosong yang langsung x beri apa-apa manfaat..kalau DIA tanya nanti ke mana perginya masa kita habiskan?nak jawab apa nanti??

p/s : sungguh aku xda niat nk point bnda ni kat sesiapa dan aku tulis ni semata-mata untuk ingatkan agar kita bergerak di jalan Allah bersama..kita lakar sejarah bersama..jangan tunggu sejarah berubah,tapi ubahlah sejarah..kalau ada nak tegur kelemahan aku,sila..tp janganlah aibkan aku depan orang yang ramai ataupun di belakang aku..selayaknya aku hanya mas'ul batch,bukannya ketua batch..malu dengan semua sahabat-sahabat yang jauh lebih hebat.

0 comments:

Post a Comment

  • RSS
  • Facebook
  • Youtube