Tuesday, February 12, 2013

Love is Cinta?

Posted by GEN11US Tuesday, February 12, 2013

Bismillahirrahmanirrahim.

“Dari Abdullah bin 'Amr RA berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda; sampaikanlah daripada aku walaupun satu ayat.”
(HR Bukhari)

Love is cinta?
Cinta?

Bercakap tentang cinta, mesti kau nak kata macam ni kan?

‘Alah, mesti budak ni nak cakap pasal cinta Allah bla bla blaa…cliché sangat..’

Tak payah tipulah. Aku dah biasa buat macam tu. Hukhuk.

Tapi apa yang aku rasa, kalau bercakap pasal cinta ni, memang tak boleh lari dari bercakap pasal cinta Allah.

Kenapa?

Haa, biar aku explain dulu.
Okay, macam ni.. Kau check balik tujuan hidup kau. Eh, maksud aku, kita.

‘Hmm mestilah untuk capai redha Allah..’ 
‘Haaaa, ada dua yang dapat masa AHLAN dulu..Aku ingat, aku ingat!’ 
‘Ala, senang je..ibadah dan khalifah..’

Betullah semua jawapan tu dan kalau tengok balik kesemua jawapan tu, semuanya berkait dengan Allah kan?

Errr kecualilah ada yang jawab selain daripada tu (hidup untuk makan, hidup untuk enjoy, dsb..)

Tapi tujuan hidup yang sebenar memang dah tertera terang-terangan dalam al-quran tu.
Takkanlah kita nak jadi orang yang buta, bisu, dan pekak sampai tak nak mengaku tujuan hidup kita yang hakiki?

‘Ahh, banyak cakaplah kau ni. Apa kena mengena tujuan hidup dengan cinta pulak?’

Eh, mestilah ada.

Sekarang ni, kalau kau..eh maksud aku, kita..memang dah set hidup kita ni untuk Allah je, untuk beribadah dan menjadi khalifah, maka seluruh hidup kita ni memang berpaksikan pada Allah.

Hmm..cinta.

Cinta tu kan sebahagian dari fitrah kita semua sebagai manusia.
Jadinya, cinta pun tak boleh lari dari berpaksikan pada Allah.
‘Maksudnya?’

Okay, bertenang. Macam ni, kita selalu dengar kan, orang cerita pasal cinta Allah. Kebanyakan orang akan mentafsir cinta pada Allah ni melalui solat, puasa, dan ibadah-ibadah khusus yang lain.
Tapi kadang-kadang kita terlupa, cinta-cinta kita pada manusia juga boleh dijadikan sebagai cinta kita kepada Allah.

Contohnya, cinta kita kepada ibu dan ayah. Kalaulah kita niatkan cinta dan sayang kita kepada ibu dan ayah sebagai manifestasi cinta kita pada Allah, bukan ke itu pun dikira sebagai cinta pada Allah?

Simple kan?

Haa..tapi kita jarang sedar tentang perkara ni. Selalunya kita sayang pada ibu ayah kita kerana mereka menjaga dan membesarkan kita. Kerana mereka memberi duit belanja untuk kita. Kerana mereka pun sayang kita. Ahh, senang cerita, kerana mereka ibu ayah kita.

Tak salah pun kalau kita nak sayang ibu ayah kita kerana alasan-alasan tadi.

Tapi, rugilah kalau kita tak niatkan on the first place untuk sayang ibu dan ayah kita kerana Allah yang suruh kita sayang pada mereka.

Maksudnya, kita sayang ibu dan ayah kerana kita cinta pada Allah, kerana kita nak taat perintah Allah, kerana kita takut Allah murka pada kita, kerana Allah yang menciptakan ibu dan ayah kita, dan sebagainya.

The same goes to cinta sesama manusia yang lain.
Kalau kita sayang dan cinta pada seseorang, tanya diri kita, sama ada kita sayang pada orang itu kerana kita cinta pada Allah ataupun kerana orang itu semata-mata?

Contohnya, kalau orang yang nak berkahwin. Adakah dia memilih calon isterinya atas dasar aspek luaran wanita itu atau atas dasar wanita itu dapat mendekatkan dirinya pada Allah?

Kalaulah dia memilih kerana wanita itu dapat mendekatkan dirinya pada Allah, maka cinta pada calon isterinya itu adalah cintanya pada Allah.

Walaubagaimanapun, nak dapatkan cinta manusia yang berpaksikan cinta pada Allah, tidak boleh tidak untuk kita cinta pada Allah 100%, tiada kurang walau sedikit.

Pastikan hati kita cukup besar untuk mengisinya dengan cinta yang paling agung, cinta Allah agar segala tindak tanduk kehidupan kita, segalanya disandarkan pada cinta Allah.

Senang? Tak! Seriously tak.

Mana boleh senang-senang nak dapat cinta termahal, cinta teragung. (Err adakah maksudnya cinta yang senang-senang dapat tu cinta murahan? Jawab sendiri)

Bermujahadahlah untuk mendapat cinta teragung itu.

Allah tak jadikan kesusahan itu dengan sia-sia, Dia menyediakan pahala-pahala yang sangat banyak untuk mujahadah itu, dan pasti kemanisan cinta itu akan dirasai setelah kita melepasi darjat-darjat mujahadah yang berat itu.

Selamat bercinta dengan ibu ayah sebagai cinta pada Allah,
Selamat bercinta dengan boyfriend/girlfriend suami/isteri sebagai cinta pada Allah,
Selamat bercinta dengan sahabat-sahabat sebagai cinta pada Allah,
Selamat bercinta dengan makhluk-makhluk Allah sebagai cinta pada Allah,
Tak lupa, selamat bercinta dengan Rasulullah sebagai cinta pada Allah,

Selamat bercinta dengan Allah :)

P/s: couple tu dikira sebagai cinta pada Allah tak? Ada akal, fikir sendiri.

-Make your love worth!-


“Sesiapa yang berkehendakkan dunia maka hendaklah dia berilmu, sesiapa yang berkehendakkan akhirat maka hendaklah dia berilmu dan sesiapa yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah dia berilmu."
(Imam As-Syafie)



[AlFateh]
Fustateleven®

20 comments:

  1. nice!
    cintailah yang selayaknya selagi masih blh mencintai agar diri jua dicintai oleh YANG MAHA AGUNG~

    ReplyDelete
  2. what about cinta dalam diam?

    ReplyDelete
  3. cinta dlm diam?

    cinta pd seseorg? itu adlh lumrah hidup insani.. tapi biarlah diri itu yg pndai menguasainya bukn cinta itu yg menguasai dirinya~ begitu kah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu macam definisi cinta dalam diam saja.

      Delete
  4. kenapa cinta dalam diam?? taqdim la terus...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiada kekuatan untuk taqdim.belum istikharah.

      Delete
    2. good move.

      istikharah memberi kamu kekuatan.

      Delete
    3. kalau tak ade kekuatan lg, lupakan dulu..byk lg benda boleh buat selain cinta dalam diam nie..

      Delete
  5. definisi la yg mnggambrkn apa itu sesuatu. betul ?

    Allah~maka istikharah la anda !

    ReplyDelete
  6. fitrah manusia suka mencintai dan dicintai.
    jadi tidaklah salah untuk mencintai dalam diam..
    bukankah semua akan merasai sedemikian sebelum aku terima nikahnya?
    namun mencintalah dalam diam berpaksikan cinta pada Allah Yang MAHA segala CINTA.
    sebetulnya Allahlah yang MESTI dicintai sepenuhnya terlebih..
    100% kata penulis..

    ReplyDelete
  7. action speaks louder than words.. cinta dalam diam dibuktikan melalui perbuatan, bukti kasih sayang kita sebagai saudara seIslam, doa itu juga 'romantik' tahu.

    Lets seek love from the Creator, insyaAllah He'll put us among those of His beautiful creations. n Rasulullah is the most beautiful creation of Allah you know. ;) Spread this super duper delicious love!! ^^

    nak bercinta, kena baca surat2 cinta kan, baru rasa 'hot and cold' nya bercinta..

    p/s: jom GEN11US, sentiasa ingatkan hati dengan bait-bait cinta, kalamullah yang agung, AlQuran

    ^_^

    ReplyDelete
  8. tersangat like!!!

    benar sekali.. andai masih belum ada kekuatan utk "aku terima nikahnya" teruslah mencari cinta pada Allah sepenuhnya..
    biarlah cinta pd seseorg itu berpaksikn cinta pda Allah..
    mohonlah pd Allah agar dpt menjagai hati
    ~carilah sama ada mencintai seseorg itu kerana kita cinta pda Allah atau mncintai org itu semata-mata~

    ReplyDelete
  9. nah, bed time story sikit
    http://www.facebook.com/

    satu satu saya sayang Allah, dua dua sayang Rasulullah, tiga2 sayang ibu ayah, satu dua tiga sayang semuanya!!

    ^_^

    ReplyDelete
  10. ok, nih link nya http://www.facebook.com/ustaztitm/posts/535913409782337

    ^_^

    senyum *smbung nyanyi balik*

    ReplyDelete
  11. wah2.. comelnya ^_^

    jom! saling mengingati sesama GEN11US!!

    ReplyDelete
  12. Banyak nye anonymous.

    ReplyDelete
  13. kalau dah wajib kahwin kumpul kekuatan cepat2.. dah tahu wajib jangan buang kekuatan untuk tengok movie + drama + main game je.. carik jalan dan tawakkal,, nanti Allah bukak jalan dari arah yg tak sangka2. cepat2 la taqdim! bincang sama2 cemane nak kumpul duit same2.. hehehe..

    (apesal aku sembang kahwin pulak ni? tak sabar tunggu next mister/madam GEN11US.............)

    ReplyDelete
  14. cinta adalah fitrah, dan Islam hadir utk mengurus fitrah.. tanpa Islam, fitrah manusia dioyak rabak..dinilai fitrah brlndskan nafsu, cinta ditagih tidak bersifat hakiki..rosak mnusia krn fitrahnya yang tidak terurus!

    manakala jika fitrah brlndskan Aq dan As-Sunnah, fitrah insani dirai penuh kasih syg.. kasih yg brsift hakiki, mendapat bimbingn Allah utk ke syurga.. insyaAlah..

    pengisian yg mntp,, syukrn :)

    ReplyDelete
  15. baru baca (erk).. Menarik. Ramai orang kata uhibbuka/uhibbuki fillah tapi uhibbuka dengan game, keluar jalan2 dan bergembira. Bila soal nasihat, solat dan perkara ibadah sendiri2. Ukhuwah fillahkah itu?

    ReplyDelete

  • RSS
  • Facebook
  • Youtube