Ayat-ayat cintaNya menjadi pilihan untuk kubaca sementara menunggu waktu solat Zohor. Biarpun mataku terpaku di tulisan Al Quran, aku dapat merasakan ada sepasang mata sedang memerhati.
Tenungan sahabatku ini membuat aku berasa tidak selesa. Seperti ingin diucapkan sesuatu. Tetapi tidak terlontar pun butir bicara daripada lidahnya.
Yang kedengaran suara-suara orang berbual dan suara Mak Cik Arab yang menjaga tandas surau menjerit-jerit agar tidak membuat bising di dalam tandas.
“Kenapa awak berpurdah ya? Saya teringin nak tahu.” Akhirnya si dia bersuara.
Aku terdiam mencari jawapan yang sesuai.
“Saya malu.”
“Malu? Malu dengan apa? Wajah awak kan lawa.”
“Ish.. Awak ni. Awak pun lawa. Setiap wanita Allah ciptakan sememangya lawa.cantik-cantik belaka.”
“Tak fahamlaaaa. Berpurdah ni wajib ke? Apa hukum berpurdah sebenarnya? Saya tengok kawan-kawan kita makin ramai berpurdah”
Aku tersenyum dengan pertanyaan sahabat solehah ku ni. Persoalan-persoalan ini juga seringkali menerpa hatiku sebelum ini. Aku tidak berminat untuk membincangkan tentang khilaf ulama’ mengenainya. Aku cuba sebaiknya untuk memberi jawapan yang ringkas dan mudah dihadam.
“Berpurdah tak wajib. Hukumnya boleh berubah-ubah, tetapi secara amnya sunat. Berpurdah juga pakaian isteri-isteri Nabi Muhammad S.A.W. tau. Pemakaiannya lebih untuk menjaga hati yang melihat dan juga yang dilihat. Yang dilihat itu,si pemakailah. Jadi saya memakai purdah lebih untuk menjaga hati saya. Awak tahu tak, entah mengapa, sejak di Mesir ni, hati saya semakin malu bila berhadapan dengan ikhwah Melayu dan pakcik –pak cik Arab. Kalau boleh jadi Miss Invisible, saya akan jadi !”
"Katakanlah kepada lelaki yang BERIMAN, agar mereka menjaga pandangannya dan kemaluan (maruah diri) nya..."
"Dan katakanlah kepada para perempuan yang BERIMAN, agar menjaga pandangannya dan kemaluan (maruah diri) nya..."
Sahabatku masih tidak berputus asa mengajukan soalan. Aku terima sahaja, mungkin ini lah yang menyebabkan dia menenungku setiap kali bersua.
“Hmm.. Saya terasa nak pakai purdah. Tapi saya risau kalau orang kata saya ni ikut-ikut orang je nak pakai purdah. Lagipun saya rasa akhlak saya ni tak adalah bagus sangat. Macam mana ek awak?” dia bertanya dengan semangat.
“Hehe. Kalau awak asyik berfikir apa yang orang lain katakan, sampai bila-bila pun awak tidak akan memakai purdah. Hatta nak buat apa-apa pun,kalau asyik memikirkan pandangan orang, hati tidak akan senang. Ikhlaskan lah kerana Allah. saya teringat salah satu post dalam blog batch kita. Awak dah baca?(klik sini) Semoga dengan berpurdah ni, hati semakin dekat dengan Dia. Lagipun, andai benar sekali pun awak ikut-ikut orang, awak mengikut benda yang baik. Bukannya membuat sesuatu yang menyalahi syara’. Kalau awak ikut fesyen Korea, budaya barat barulah awak kena fikir pandangan orang, lagi-lagilah pandangan Allah. Bagus juga kalau berpurdah ni jadi trend masa kini.hehe."
Ku memegang erat tangan comel kawanku sebelum menyambung kata.
"Pasal akhlak tu,sama-sama lah perbaiki akhlak dari masa ke masa. Bukanlah bermakna orang yang berpurdah ni sempurna akhlaknya. Akhlak mulia tu berhak menjadi milik semuaaaaa orang. Awak, saya, dia dan dia. Kan? Awak, janganlah malu untuk berpurdah.”
Dia terdiam. Matanya tunduk. Aku dapat merasakan otaknya ligat mencari soalan.
“Takpe ke kalau kita pakai kat Mesir je. Kat Malaysia nanti kita tak pakai???”
“Kan saya dah cakap tadi. Berpurdah bukan wajib pun seperti tudung. Pakailah mengikut waqi’ (kawasan) dan situasi. Bergantung juga pada adat dan penerimaan sesuatu masyarakat. Kalau di Mesir, saya berasa kurang selesa dengan pak cik-pak cik dan remaja Arab yang kadangkala mengganggu. Lagipun kita berjauhan dengan keluarga. Kalau di Malaysia,insyaAllah keadaan selamat. Ada seorang ustaz menganalogikan purdah ini umpama serban bagi laki-laki. Mereka boleh menanggalkan serban ketika mereka mahu. Wanita yang berpurdah juga boleh memakai dan menanggalkannya pada waktu-waktu tertentu. Tetapi kalau nak teruskan pun tiada masalah.”
Azan Zohor berkumandang.
“Awak, dah Zohorla. Jom solat. Nanti kita borak-borak lagi ya =)”
Wanita itu perhiasan dunia. Dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah. Yang tertutup dan terjaga. Berpurdah atau tidak itu bukan persoalannya. Tetapi perihal AURAT dan AKHLAK itulah yang harus diambil ihtimam. Berbanggalah anda menjadi wanita mu’minah !
P/S : Aku berusaha sedaya-upaya untuk menjaga hati sendiri dan hati dia kerana aku tahu AKU dan DIA sama-sama takutkan Allah.
0 comments:
Post a Comment