Assalamualaikum..
Aku bukanlah seorang yang pandai bermadah kata mahupun menulis ayat puitis apatah lagi untuk mengeluarkan kata-kata yang mampu mencairkan hati semua orang. Namun tujuan aku menulis artikel ini adalah untuk menyampaikan ilmu, insyaallah bermanfaat untuk semua orang apatah lagi untuk pelajar atau dalam erti kata lain penuntut ilmu.
Bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.-nasihat LUQMAN HAKIM-
Tidak kiralah penuntut ilmu itu berada jauh di perantaun mahupun di tanah kelahiran yang tercinta,asalkan masih mempunyai keinginan untuk belajar, insyaallah masih lagi dikira sebagai penuntut ilmu. Apabila menyentuh tentang ilmu, banyak yang mampu kita tafsirkan. Ilmu merupakan satu aspek yang sangat luas untuk kita terokai,malah terdapat pelbagai cabang ilmu yang mampu kita pelajari, contohnya ilmu sains, ilmu agama, ilmu perubatan, ilmu kejuruteraan dan ilmu memasak. Janganlah kita memandang ilmu itu sebagai bahan tawa kerana ilmu itu sangat berharga, malah masih ada ramai yang ingin menuntut ilmu namun tidak mendapat peluang seperti kita hari ini, kita masih lagi diberi nafas oleh Allah swt untuk menuntut ilmu di bumi ciptaan Allah swt yang serba indah ini.
Namun, cuba kita fikir sejenak, masih ramai lagi di luar sana yang tidak berpeluang untuk belajar contohnya kerana kesempitan hidup yang menimpa mereka, mereka tidak mempunyai wang untuk membeli makanan apatah lagi untuk membayar duit yuran sekolah namun kita?...kita bukan sahaja mampu untuk membeli pakaian sekolah yang berjenama, malah kita mampu membayar duit tuisyen yang mahal, semata mata untuk berjaya dalam peperikasaan. Ibu bapa sanggup menghantar anak anak mereka ke sekolah dan tunggu anak anak mereka selepas habis kerja walaupun kepenatan kerana ingin memberi keselesaan kepada anak anak mereka untuk menuntut ilmu. Namun, saying seribu kali saying jika anak anak mereka mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh ibu bapa mereka dengan menghadiakan air mata kesedihan di atas kegagalan yang kita lakukan.
Hmmm..sebenarnya minggu ni minggu yang agak kritikal la jugak bagi uni aku…minggu ni result exam mid year keluar..waaahhh….semua cuak..ada yang lepas tengok result selepas tunggu punya tunggu dia loading…jeng jeng…ada yang senyum lepas tengok result, ada yang muka dari senyum terus masam,ada yang tak habis habis mengucapkan Alhamdullilah selepas tengok result, ada yang terus bukak facebook nak update status kat facebook…hahaha..semua ragam ada..tapi ada satu benda yang aku tertarik..Kalau dulu, kat sekolah aku jarang la nak ada perangai yang macam ni..tapi once aku dah menjejakkan kaki aku kat bumi anbiya ni,Mesir,satu sikap aku yang suka tengok,ialah…….
Even result tak gempak, tapi diaorang suka sebut alhamdullilah…And yang aku suka ialah, dieorang akan wish congrats kat semua orang, even markah kami tidaklah tinggi…wahhh…suka kan..dulu, kat sekolah aku,yang dapat wish congrats tu of course la yang tinggi,ranking top punyer, tapi kat sini tak..and Alhamdullilah tu selalu disebut..satu perkara yang positif bagi aku..ucapan Alhamdullilah tu bukan hanya waktu senang je patut kita sebut, tapi waktu susah pun kita kene sebut…Alhamdullilah….Allah sayangkan kita semua,sebab tu ada ujian untuk menguji hambanya,supaya kita lebih mendekatkan diri kepadaNYA…
Back to the main point, okeh…”minah…aku rase macam nak mati je…”ada la kawan aku ni,lepas dapat result,rase down gilerrrrrr…hmmm…ak pun rase down…benda basic jika kita rase rendah diri bila kawan kita dapat lebih tggi dari kita…manusia…nama pun manusia kan..hehehe…tp kita sepatutnya melihat sesuatu ujian itu dari sudut yang positif,bukan vice versa…hmmm…aku bukanlah dapat yang gempak kan,tp aku cuba belajar dari apa yang aku dapat..maybe ak dapat result yang sepatutnya berpadanan dengan usaha aku..masa time orang study leave,aku buat apa..????tgk movie..????facebook memanjang..???baca,tapi mengelamun..???hmmm…semua aku buat..hahahhaa…tapi once kita tau kita silap,then you should wake up…!!!
Wahh..k la,ak xpandai nak karang karang ni..hahhaa…dh lama x buat karangan bm..last mase spm la..hahahaha..hmm..k la,ni ak nk bg tips..tips ni bukanlah dari aku…eeee xberani nk bg tips2 ni,sebab aku ukur baju di badan sendri..bukan di badan kawan aku..hahahahaa…
Ni ak ambik dari sebuah web ni…J
Thomas Alva Edison dalam usahanya mencipta lampu dengan 999 kali percubaan. Dalam hidup ini tak semestinya kita berjaya saja.. ada masa kita gagal dan sepatutnya dengan kegagalan itu diambil iktibar dan pengajaran darinya. Sehingga pada suatu saat Thomas Alva Edison, pencipta lampu itu mengatakan : “Saya tidak pernah menemui kegagalan dalam 10000x percubaan saya mencipta lampu, yang saya temui adalah 10000 bahan itu tidak sesuai untuk dijadikan lampu” disini dari kegagalan kita belajar sesuatu.
Beliau juga pernah ditanya “Anda sudah mengalami ratusan kegagalan, apakah anda tidak bosan dengan kegagalan-kegagalan yang anda alami?” Thomas pun memberikan jawaban dengan lantang, “Justru dengan kegagalan-kegagalan itu, saya akan mengetahui ribuan cara agar lampu tidak menyala.”
Kegagalan..hmmmm..semua takut dengan kegagalan..tapi tanpa kita sedar, kegagalan lah yang mengajar kita menjadi seorang manusia yang Berjaya..kan..???tapi even kita gagal, janganlah hanya menunggu kejayaan itu datang bergolek,seharusnya kita belajar dari kegagalan tu..hmm..contoh, okeh, anda dapat rendah dalam subjek add math, then buatlah latihan banyak2..janganlah,ok fine ak rndah add math, ti nk exam baru nk struggle..hmm..aku tau orang kata,belajar medic ni memang xde masa…hmm…ntah,ak pun xtau..aku tengok kak senior ak ilek je..die siap ckp lagi, enjoy je…ok,dah tau bnyk kene bace,then bace la dr awal..ingat bce sikit2,tp istiqamah lbh baik dari belajar bnyk tapi sekali je.,,time tu je bce..gler ah nk bce semua..bnyk kott..hehehe…ni pesan kak senior ak la,
“there is 5 minutes for work, and 5 minutes for leisure”
Mknenya,kita kenelah pandai budget mase..kan..???janganlah setiap saat,setiap minit, setiap jam even masa makan pun nak pegang buku..adoi…stressss…mak ak pesan,time makan,makan sggh2,mase main,main btol2, mase blaja,blaja btol2..btol x..???jgnlah sampai kita ni jadi xterurus n jadi katak di bawak tempurung je…hayyaaaa…xmau2..blaja untuk urus masa…Allah bagi kita waktu yang sama untuk setiap orang..24Jam…so,xde alasan la…semua atas kita….nak2 yang blja kat uni,lagi la…xde orang nk jge kita,xmcm kat sekolah,warden kejut subuh,sruh makan..kat rumah mak masak,ayah suruh study…kat u,wahhh..bebas,,,tp sebenarnya yang makan diri..kan..??so kita kene blja untuk berdikari la..semua atas diri sendiri..kita kene berdiri atas kaki sendiri,bukan harapkan orang lain…okehhh…???
"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya." - Surah Al-'Ankabuut 29 : 69
k la,sampai di sini saja..moge selepas ni kita lebih kuat untuk berjuang dalam bidangv ilmu yang kita ceburi..
wassalam..:)
Penulis/Penghantar :
Wan nur aina najihah bt wan abd rahim
Wan nur aima nabila bt wan mohd zuferi
0 comments:
Post a Comment