Pengorbanan. Susah untuk diterjemahkan dalam diri. Kerana, ia seolah-olah dianggap parasitism. The others get benefit from you, and you get suffered. Mindset kita amnya meletakkan pengorbanan itu sebagai sesuatu yang merugikan dan menyakitkan. Kata mereka, pengorbanan itu perit. Tapi, terkadang, dengan pengorbanan itulah kita dapat membahagiakan dan merasa bahagia! Sudah tentu, cara kita menilai dan memandang erti pengorbanan itulah yang akan memberikan rasa. Rasa yang berbeza.
Satu analogi perbandingan yang cukup mudah untuk direnungkan. Pengorbanan rela dan paksa rela. Ibu ayah berjurai keringat untuk membesarkan kita. Bergadai harta pusaka agar keperluan kita tercapai. Tidak terkira lagi masa dan tenaga. Berhadapan pula dengan masyarakat dan kerenahnya. Letih. Tapi, letih itu pada fizikal, tidak sama dengan apa yang dirasakan hati. Dibandingkan dengan seseorang yang ‘terpaksa’ mengutamakan haknya kepada seseorang. Konfem, sakit kot hati.heh~
Satu yang terungkai, pengorbanan itu mudah andai pengorbanan itu untuk yang tersayang. Maka, kasihkanlah orang-orang disekelilingmu~ :D
Jika ditelusuri sirah nabi, yakni kekuatan ukhwah Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar RA, sesungguhnya saya sangat cemburu. Ye!Sangat! Bagaimana sahabat yang diikatkan dengan rantai ukhwah dan akidah, sanggup mengorbankan bukan hanya pada harta tapi nyawa! Bukankah pengorbanan jiwa itu amat menyakitkan? Bagaimana mereka merelakan diri disakiti untuk mereka yang lain? Terfikir, mungkin hanya hati yang dipenuhi cinta dan kasih sayang yang dapat merasakan indahnya suatu pengorbanan!
Pengorbanan hakikatnya bukan hanya pada mereka. Bukan hanya pada insan sekeliling kita. Bukan hanya pada manusia. Pengorbanan itu luas. Bukan hanya berkorban untuk kebahagiaan yang lain. Bukan hanya berkorban fizikal dan tenaga. Saya memandangnya berbeza. Dari perspektif hamba dan khalifah. Berkorban diri. Berkorban diri untuk diri. Bunyinya agak selfish kan? Sebentar.
Pernahkah kita terasa dan tersangatlah marah? Atau pernahkah kita terasa tersangatlah malas? Malas untuk solat. Study. Masak. Kemas rumah. Atau pernahkah kita rasa seolah-olah yang lain wajib mengikut telunjuk kita? Tanpa ingin bertoleransi. Maka sekarang, dimanakah kita campakkan kemarahan, kemalasan dan keegoan kita?
Daripada Abu Hurairah r.a.:
Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berikan daku wasiat. Baginda bersabda: Janganlah engkau marah. Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: Janganlah engkau marah.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari.
Nabi mengajar untuk bersabar dan melontarkan kemarahan itu pada syara’nya. Islam mengajar untuk menjadi mukmin yang professional. Tidak bertangguh dan tidak gelojoh. Allah pula mengajar dalam bersahabat, agar berlapang dada dan itsar. Bukan hanya mengikut telunjuk diri.
Tapi, berpraktiskah kita dengan panduan tersebut. Peringatan untuk diri jugak~huhu.
Erti pengorbanan.
Maka dalam situasi ini, mampukah kita mengorbankan kemarahan dan kemalasan kita? Mampukah kita untuk mengorbankan kepentingan peribadi kita? Dengan berlapang dada dan waras. Mengetepikan emosi.
DIA yang mensyariatkan ikhtilat antara ikhwah dan akhowat. Maka, ketika mana kita dalam situasi yang asyik dan masyuk dalam ikhtilat yang ‘terlajak’, tegarkah kita mengorbankan keinginan kita. Sanggupkah kita untuk melakukan pengorbanan. Yakni mengorbankan tipu daya duniawi untuk sekeping hati suci,. sekeping hati suci yang bakal menemuiNya.Allah~
‘Ye lah,kalu sekarang kita sanggup berkorban, nanti-nanti kita dapat ‘berbangga’. Ya Allah, saksikanlah,.! Aku tinggalkan apa yang aku suka untuk penuhi apa yang Kau suka!’
Tak semua yang mampu dan sanggup untuk berkorban bila mana pengorbanan itu berkisarkan nafsu dan keinginan diri. Iblis yang gugur dek kerana keegoannya. Andai keegoan itu dikorbankan dan andai pengorbanan itu mudah. Pengorbanan yang membawa erti dan rasa yang berbeza. Andai pengorbanan itu dihadafkan untuk membina fardhul muslim yang hebat jiwa raganya. Andai~
Alhamdulillah. Dengan pengorbanan Rasulullah dan sahabat-sahabatlah aku mengenali Islam. Dengan pengorbananlah, Islam itu tertanam. Maka teruskanlah pengorbananmu wahai sahabat. Walau lemah, kerana lumrah, pengorbanan itu menguji. Dan dalam ujian itu, yakinlah! Dia tetap di sisi~
Hati Allah pegang. Semoga Dia menjaga hati kita. Meletakkan di jalan yang lurus |
"Berangkatlah kamu dengan rasa ringan mahupun rasa berat dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah.Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui"
9:41
salam..siapakah yang menulis entri ni?
ReplyDeletecadangannya,,letak la nama penulis..senang nak detect karya siapa..
nanti ad orang plagiat susah pulop.. :)
Maaf...
ReplyDeleteSaya rasa artikel ini tidak disediakan siapa penulisnya....
Bagus cadangan anda... nanti kami akan perkemaskan lagi sistem kami..
Terima kasih