بسم الله الرحمن الرحيم
Apakah..? penulis ni sudah makin ekstrimis pulak. sebelum ni hanya tentang pemikiran dia yang pelik2 dan sekarang nak jadi ekstrimis pula..? betul ke ni..?
Tunggu dulu. sebenarnya saya sedang berbicara tentang kebenaran dan hakikat yang sedang berlaku di dunia hari ini. kenapa saya kata bahawa 'Kitab Jihad Sudah Berhabuk'..? mana tidaknya. jika kita perhatikan sendiri di sekeliling kita, sangat banyak pengajian kitab-kitab agama itu dan ini. kitab-kitab fiqh itu dan ini *especially kat Mesir ni sehinggakan bermacam-macam kitab kita boleh khatamkan dengan bergaya sekali. tapi apabila pulang ke rumah, anda seperti manusia biasa jika anda dibisukan. eh..? mana tidaknya, jika anda tidak boleh berkata-kata, tiada siapa pun menyedari tentang ilmu anda yang banyak itu. amalan anda tak cukup untuk menunjukkan diri anda berilmu. bila anda berkata-kata dengan hebat maka barulah manusia di sekeliling anda tahu bahawa anda pernah mengkhatamkan kitab tersebut.
Apakah sebenarnya yang kita ingin capai..? adakah ilmu-ilmu yang banyak atau manusia yang mampu berjuang dan bermujahadah untuk islam itu sendiri..? jika kita kata cukup dengan kita mengkhatamkan berbagai kitab-kitab yang tebal daripada buku medic dan itu dapat menjadikan kita seorang yang hebat. heh..? bayangkan jika orang sebegini hebat mensyarahkan perlbagai hadis dan ayat al-Quran, bila tiba masa untuk berjihad maka mereka berpusing. cukuplah kita ambil contoh solat subuh. berapa ramai sahaja manusia yang mampu bengun subuh berjemaah di masjid..? adakah seramai orang yang menghadiri kelas pengajian agama..? atau pun hanya separuh, satu per empat. atau lebih parah lagi tiada langsung. huh..? mengapakah jadi begitu..? sedangkan mereka mempunyai ilmu yang sangat banyak dan jika ditanyakan tentang hukum itu dan ini pastinya mereka lah yang paling 'arif sekali menjawab beserta hujah yang sangat keras. wahh.
Inilah penyakit yang sangat parah. perkara yang sama juga berlaku pada ummat islam pada zaman 'Abassiyah. orang sibuk berbicara tentang perkara-perkara furu'(cabang) dalam agama sehingga hilang semangat jihad. datang je orang Mongol yang tanpa tamadun, ramai ulama' dibunuh dengan mudah. kene penggal kepala sorang-sorang tanpa melawan sedikit pun. jika ingin dikira 'ilmu pada masa itu memang sangat meluas sehinggakan penubuhan Darul Hikmah menghimpunkan pelbagai jenis buku. tapi semuanya tak mampu untuk berjihad.
Jadi apa sepatutnya saya lakukan..?
Seharusnya apa yang ingin dilahirkan sendiri oleh tarbiyah islam itu adalah seorang manusia atau rijal yang mampu berjuang dan berjihad untuk agama dengan harta dan diri mereka. berperang..? bukan saya ingin suruh anda pergi berperang untuk membuktikan semangat jihad anda. tapi cukup lah lihat pada amalan-amalan yang memerlukan mujahadah yang kuat. contoh yang paling mudah adalah seperti subuh di pagi hari musim sejuk yang sangat dingin diselangi dengan angin yang kuat serta diselaputi oleh selimut yang tebal. huh. pastinya sangat sukar dan memerlukan tenaga dan ATP yang banyak untuk bangun. bukan..? kita tak akan dapat bangun tanpa mujahadah yang kuat. dan bukan dengan hanya kita mempelajari macam-macam kitab fiqh dapat membolehkan kita bangun subuh dalam keadaan tadi. buktinya lihat pada sejarah zaman 'Abassiyah tadi.
Bukan 'ilmu yang menguatkan mujahadah kita. ya memang benar tanpa 'ilmu maka tiada kefahaman tentang islam itu sendiri. tapi 'ilmu bagaimana yang boleh menguatkan mujahadah kita..? kalau 'ilmu-'ilmu furu' yang banyak tidak mampu menguatkan jihad kita, maka jawapannya adalah tarbiyah. kan..?
menguatkan asas dalam diri dan mengetahui prioriti kita dalam keadaan semasa. kalau ummat semakin tenat memerlukan tenaga manusia bagi melahirkan rijal yang kuat mujahadahnya tapi kita pula mengabaikan perkara tersebut, maka kita sebenarnya menuju ke jalan yang kurang tepat. sama juga seperti ada seorang miskin yang sudah berminggu tidak makan dan hampir menuju maut dan kita pula bersedekah pada orang lain yang baru beberapa minit lepas makan sepiggan nasi lemak. heh..? kedua-duanya mungkin 'amalan yang sama tapi di mana kah prioritinya. anda boleh memberi sedekah pada lelaki yang sudah makan tadi jika anda mendahulukan orang yang kebuluran tersebut.
Jangan sampai kita tak jumpe kitab jihad sebab habuk yang tebal menyelubunginya. huh~
pada waktu itu kita yang ber'ilmu banyak ni pun tak mampu nak melakukan apa-apa jika musuh datang menyerang.
Tterkesan melihat keadaan manusia sekeliling terutamanya di Mesir sendiri yang rajin ke kelas agama tetapi tak meningkat mujahadahnya. uhuk3~
peace ^-^
Jzk~
Di petik di blog :
http://merpati-putih93.blogspot.com/2012/03/kitab-jihad-sudah-berhabuk.html
Bendahari Gen XI
Firdaus Rahim
gulp.. tersedar dari lamunan yang jauh...
ReplyDeletesyukran