Wednesday, September 26, 2012

Selamat Berniat!

Posted by GEN11US Wednesday, September 26, 2012
Hampir dua minggu sudah perjalanan kita sebagai seorang musafir ilmu di bumi berdebu ini. Bermusafir merentasi lautan, berterbangan di angkasa dan akhirnya, bumi berpasir ini dijejak jua. ‘Officially as a second year student!’ Tak sangka eh, sudah setahun ianya berlalu.


Maka, pastinya kematangan semakin menjengah, ilmu semakin up, iman semakin terisi dengan kefahaman dan moga ianya seiring dengan darjat kita disisiNya.



Dan kalau dahulu, jejaknya kita di bumi ini dengan diraikan dijemput para senior, kini kita telah berdikari. Dilaluinya AHLAN dengan keletihan bagai kini ianya berbayar pengalaman. Dan pada masa itu jugalah, jurang antara kita cuba dihakis. Dengan sehakis-hakisnya. Yang mana sebelum ini kita langsung tidak terperasaan kewujudannya di INTEC, kini bersua muka.

"Oh. INTEC ek? MEG mana ya? Macam pernah tengok je," Padahal mungkin ianya hanya satu dialog rekaan. Yang sebenar-benarnya kita langsung tak pernah melihat mereka sebelumnya! Heh.

Hanya dialog untuk membina sebuah ukhwah. Ukhwah yang bukan hanya 6 tahun, bahkan dibawa hingga cucu cicit. Hingga kita mampu untuk bertegur sapa lagi di syurga sana! insha Allah.

Datangnya kita dengan ketidakmatangan, kini mampu tersenyum dengan segala pahit manis masa lalu. Pengalaman benar-benar mengajar diri ini. Masih berbaki 5 tahun setengah untuk kita mencedok kematangan dan pengalaman. Moga Allah permudahkan!

Dulunya aku yang tidak pernah terambil tahu akan masyaikh, kini sibuk meng-google wajah masyaikh. Ianya cuma satu bentuk ketenangan dengan memandang nur pada wajah mereka! 
Dulunya aku yang sedikit ego, kini belajar untuk letak ke tepi ego itu. Hanya untuk menjaga erti sebuah ukhwah!

Dulunya jugak aku yang hanya kenegerian, kini semakin ke-Malaysiaan! 
Dan dulunya aku yang begitu begitu, kini semakin begini!

Dan semestinya, aku yang semakin kenal dengan dapur! ^_^

Satu tahun yang bukan hanya mendatangkan kemanisan. Bahkan kemasinan dan kepahitan.

Sepertinya analogi sebuah masakan. Andai kamu hanya meletakkan gula, maka ianya akan menjadi kurang umphh. Tiada asam keping, tiada garam, tiada cili, dan tiada kicap! Hanya manis tanpa rasa-rasa lain. Maka rugi-seruginya lah kita dek kerana ‘tidak sudi’ untuk merasai erti kehidupan yang pelbagai rasa. 


Bukankah keterbukaan pada ujian dan cabaran itu akan menguntungkan?

Dari masalah kita belajar untuk bijak menyelesaikan.

Dari sebuah pergaduhan kita belajar untuk memaafkan.

Dari sebuah kesilapan pula kita belajar untuk memperbaiki. Bukan untuk mengulangi!

Dan dari situlah, kita belajar untuk membina diri.

Dan moga Allah kuatkan kita!

Untuk terus memahami hakikat sebuah dunia dan ujiannya.


Jika Jatuh, Jangan Lupa Bangun!
Hakikatnya, kita pernah merasai sebuah kejatuhan. Kita merasa sakitnya kerana terjatuh. Dan kadang-kadang, Allah sengaja mentakdirkan kita jatuh. Kerana barangkali, dengan jatuh itulah kita mampu untuk duduk sebentar. Duduk dan berfikir segala bagai. Dengan keyakinan, Allah tak pernah kejam.

Moga duduknya kita itu, adalah duduk dengan duduk keimanan.

Terpanggil untuk berkongsikan kisah.
Dulu, saya mengagumi seorang tokoh ini. Diikutinya blog beliau, saifulislam. Saya yang hanya mengenali beliau sebagai seorang ustaz. Jujurnya, saya kagum dengan penulisan beliau. Matang dan gaya pemikiran beliau hebat. Banyak artikel beliau yang tidak saya fahami ketika itu. Penulisannya yang sangat membuka minda.

Dan kini, semakin besar, saya semakin mengenali ‘sejarah’ beliau. Mengenali beliau dan pengalaman beliau dengan lebih dekat.

Cukup untuk diringkaskan, pengajian beliau di bumi Urdun yang hanya 4 tahun itu, beranjak hingga 8 tahun! Bukan kerana tersangkut madah, tetapi ‘disangkutkan’ daripada mengambil madah. Begitu berseni ujianNya. Boleh mendapatkan buku Di Hamparan Shamrock untuk lebih lanjut!

Dan kenalkah anda pada isteri beliau, Dr Muna? Graduan Ireland. Beliau pernah gagal dalam peperiksaan akhir tahun dua, subjek biochemistry. Terpaksa memendekkan cuti untuk mengambil semula subjek tersebut. Dan kini, beliau bergelar pakar Perubatan Kecemasan dan Pensyarah di Pusat Perubatan UKM (UKMMC). 

Nyata, jatuhnya beliau suatu masa dulu, tidak menjatuhkan beliau sampai sekarang. Untung, kerana beliau tidak pernah menjatuhkan sebuah semangat, yang tersemat dalam diri beliau.
Terkesan ketika menghadam buku tersebut. Ya! kita layak untuk kejayaan, jika yakin berusaha.


Failure only comes when you stop trying!
Bergelar sebagai pelajar jurusan perubatan yang kini menginjak kepada tahun dua yang semakin dan semakin mencabar. Mungkin saja dibalik setiap cabaran kita akan lemah, maka letak keyakinan, Allah takkan pernah kejam. Sedangkan anjing yang diharamkan itu punya rezekinya, maka takkanlah kita yang berjuang dan berilmu untuk agama, akan disia-siakanNya. Ujian adalah satu momentum untuk menggagahkan seorang hamba, maka kuatlah!


The Miracle of the Chinese Bamboo Tree

“After the seed for this amazing tree is planted, you see nothing, absolutely nothing for four years except for a tiny shoot coming out of bulb. During these four years, all the growth is underground in a massive, fibrous root structure that spreads deep and wide in the earth. But then in the fifth year the Chinese bamboo tree grows up to eighty feet! "
-Taken from the 7 Habits of Highly Effective Families by Stephen R. Covey.

Kita yang bakal bergelar graduan Mesir, maka moga kepulangan kita bukanlah sebagai kepulangan yang biasa-biasa.

Sekurang-kurangnya, dengan pulangnya graduan Mesir, ia akan lebih merancakkan Islamic values di bumi Malaysia! 5 tahun yang masih berbaki untuk kita menguatkan dan mem-pasak-kan ‘sesuatu’ dalam diri masing-masing. Semoga kita tidak kerugian!

Maka,
Selamat bermatlamat! Kerana matlamat itu akan lebih memfokuskan.
Selamat berniat! Kerana niat itu akan lebih mendatangkan *nusrah.
Dan Selamat Berilmu! Bukan untuk membinasakan diri!



Ana tinggalkan dengan sepotong hadith yang pernah dikongsikan oleh arwah murabbi ana suatu masa dulu,

"Orang yang berilmu akan binasa kecuali orang yang 
beramal, 

Orang beramal akan binasa kecuali orang yang 

ikhlas"

Selamat berniat! =)




Dibawakan khas oleh Biro Pembangunan Insan (BPI) GEN11US.
*Nusrah= Pertolongan.

2 comments:

  • RSS
  • Facebook
  • Youtube