Monday, March 05, 2012

Islamisasikan Gurauanmu!

Posted by GEN11US Monday, March 05, 2012
Hidup kita memang selalu dipenuhi dengan gurau senda dengan orang di sekeliling, biasanya kawan-kawan. Mana ada orang yang bergurau dengan dirinya sendiri, betul tak? Gila namanya tu. Maknanya, bila kita bergurau senda, secara tak langsung ia akan melibatkan perasaan orang lain yang mendengar gurauan kita. Biasanya, orang bergurau untuk menceriakan suasana. Takkan nak buat muka serius sepanjang masa. Macam kebanyakan orang mengatakan, “DON’T WORRY BE HAPPY”

            Tapi, mari kita teliti, apa yang selalu ada dalam sesebuah gurauan? Lawak yang direka-reka, cerita yang dibuat-buat, perli memerli dan kata mengata antara satu sama lain. Itu antara yang biasa kita temui. Jarang sekali orang bergurau tapi dalam masa yang sama dia tak menipu. Tak sah kalau bergurau, dia tak mengata-ngata (secara bergurau) kat orang lain. Tapi sebenarnya dalam gurauan ada batasannya. Sebagai umat Islam kita seharusnya berpegang kepada prinsip “Ar-Rasul Qudwatuna” dalam kehidupan kita.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, maksudnya: 
“Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah!”. 
(Riwayat Abu Daud)


            Kebanyakan kita menganggap gurauan adalah perkara biasa. Ada juga yang menyangka menipu dibolehkan ketika bergurau sebab tak membahayakan orang di sekeliling kita dan merasakan apa yang kita guraukan hanya mainan semata-mata, bukan betul-betul, dan bukan niat untuk betul-betul berbohong.

 Betulkah persepsi macam ni?
Perunding motivasi, Human Touch Consultant, Datuk Mohd Zawawi Yusoh, berkata bergurau adalah sebahagian daripada fitrah manusia yang perlu dipenuhi.Bergurau bertujuan untuk mendapat kerehatan dan menghilangkan rasa kelesuan. Ia adalah keperluan hati bagi meringankan tekanan yang dihadapi seseorang.

Rasulullah turut bergurau dengan sahabat dan isterinya, namun cara baginda bergurau penuh dengan hikmah dan memberi kesan. Maka bergurau perlu kepada batasan tertentu yang tidak sampai menyakiti hati orang lain. Allah murka dan merendahkan martabat golongan yang gemar bergurau secara keterlaluan selain mereka turut tidak disukai orang lain

Bergurau ada adabnya ye! (baco deh….jangan x baco)
a) Tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka seperti mempersendakan sunnah Rasulullah s.a..w .

b) Gurauan tersebut bukan merupakan cacian atau cemuhan seperti memperlekehkan orang lain dengan menyebut kekurangannya dan ia juga bukan ghibah (mengumpat) seperti memburukkan seseorang individu dengan niat hendak merendah-rendahkannya.
 Ketawa memang seronok. Tapi menjadi bahan ketawa sangat menyakitkan hati. Hakikatnya, itulah yang selalu ada dalam sesebuah gurauan - mentertawakan orang lain.
 Kita mungkin sekadar main-main, kata orang menyakat. Tapi, siapa tahu apa yang dirasai ‘watak utama’ kisah gurauan tersebut? Mungkin tak kisah, mungkin marah, mungkin kecil hati dan mungkin terus tak bertegur sapa.

Gurauan yang dianggap sekadar main-main boleh menjadi bibit kepada pergaduhan, pertengkaran, tak bertegur sapa dan permusuhan yang berpanjangan antara sesama Muslim. Begitu murahkah nilai persaudaraan dalam Islam sehingga kita sanggup menggadaikannya dengan kata-kata gurauan dan mainan yang langsung tiada nilai di sisi Allah?
 Rasulullah S.A.W. sendiri telah memberi amaran dalam sabda baginda:
“Sesungguhnya orang yang berkata-kata dengan suatu perkataan untuk mentertawakan teman-teman duduknya, akan jatuh dalam api neraka, lebih jauh dari bintang surayya.”

c) Tidak menjadikan jenaka dan gurauan itu sebagai kebiasaan.

d) Isi jenaka adalah benar dan tidak dibuat- buat.
Sedarkah kita, ketika bergurau senda dengan rakan-rakan, kita mungkin dah berbohong? Berbohong bukan maksud saya betul-betul bercakap bohong. Tapi, hanya sekadar cakap main-main; atau kata orang sekadar mengacah saja.
 Soalnya, betul ke kita tak boleh menipu walaupun dengan hanya niat untuk bergurau? Nama pun gurauan, jadi kita bukan berniat untuk betul-betul menipu, hanya sekadar main-main dan tak memudharatkan sesiapa. Dan biasanya, last sekali, kita mesti akan cakap,
 “Aku main-main je la…”
 “Aku tipu engkau je tadi. Saja nak tengok macam mana reaksi engkau.”
 Kalau diikutkan logik akal pendek kita, mungkin pandangan tu nampak macam betul. Tapi, mari kita teliti sabda Rasulullah S.A.W. :

 “Hendaklah kamu jujur. Sesungguhnya kejujuran menunjuk kepada kebaikan. Dan kebaikan menunjuk kepada syurga. Seorang lelaki terus jujur dan mencari kejujuran sehinggalah dia dicatatkan di sisi Allah sebagai seorang yang sangat jujur. Berwaspadalah terhadap dusta. Sesungguhnya dusta menunjuk kepada kejahatan. Dan kejahatan menunjuk kepada neraka. Seorang lelaki terus berdusta dan mencari pendustaan sehingga dia dicatat di sisi Allah sebagai seorang yang sangat berdusta"

Apa pun tujuan kita, pendustaan sesekali tidak dibenarkan walaupun hanya untuk bergurau dan berjenaka. Islam mengharuskan gurau senda, keceriaan dan hiburan jiwa, tetapi tidak menjadikannya sebagai pembuka jalan kepada kita untuk berdusta.Jadi, kalau nak bergurau, pastikan gurauan kita tak ada unsur-unsur penipuan dan pendustaan. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W.:

 Maksudnya:
 “Sesungguhnya aku bersenda gurau dan aku tidak mengatakan, selain yang benar.” 
(Riwayat Ibnu Abid-Dun-ya dari Abu Hurairah)

e) Bersesuaian dengan masa, tempat dan orangnya kerana adalah tidak manis bergurau di waktu seseorang berada dalam kesedihan dan sebagainya.

f) Menjauhi jenaka yang membuatkan orang lain ketawa secara berlebihan (ketawa terbahak-bahak) kerana banyak ketawa akan memadamkan cahaya hati.
Rasulullah bersabda:
Maksudnya:
 “Janganlah kamu banyak ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa boleh mematikan hati.” 
(Hadis Riwayat Ahmad Tirmidzi)

            Pernahkah anda lihat orang yang ketawa terbahak-bahak, sampai katanya nak pecah perut dan sampai tak cukup udara nak bernafas? Apa yang kita fikir? Pastinya orang tu baru saja lihat atau dengar satu jenaka atau gurauan yang sangat menggelikan hati. Betul tak?
            Kita akan ketawa apabila ada sesuatu yang menggeletek hati. Ya, itu memang sesuatu yang normal. Tapi, hakikatnya, di situlah akan timbulnya masalah. Gurauan yang melampau-lampau akan menyebabkan kita banyak ketawa.Dalam Kitab Ihya’ Ulumiddin karangan Imam Ghazali, beliau menyenaraikan senda gurau sebagai salah satu unsur bahaya yang dibawa oleh lidah. Kata beliau,
 “Asalnya senda gurau itu tercela dan terlarang, kecuali sekadar sedikit yang dapat dikecualikan daripadanya.”
 Ini berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W.:

Maksudnya: 
“Jangan engkau berbantahan dan bergurau dengan saudaramu!” 

Maksudnya:  
“Sesungguhnya aku bersenda gurau dan aku tidak mengatakan, selain yang benar.”(Riwayat Ibnu Abid-Dun-ya dari Abu Hurairah)


            Hakikatnya begitulah keadaan orang yang ketawa berlebih-lebihan. Larut dalam dunia ketawanya. Sampai lupa dan tak sedar apa yang berlaku di sekelilingnya. Dan lebih parah lagi, ketawanya itu juga menunjukkan kelalaian dari mengingati akhirat.
 Nabi S.A.W. bersabda:

Maksudnya:  
“Jikalau kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya pasti kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim dari Anas dan 'Aisyah r.a.)

Menurut pandangan Islam, bergelak tertawa adalah tidak baik dan makruh hukumnya. Ibn Mas’ud meriwayatkan dari Auf bin Abdullah bahawa biasanya Rasulullah S.A.W. tidak tertawa melainkan senyum simpul dan tidak suka melerek, iaitu tidak menoleh, kecuali dengan semua wajahnya. Hadis itu menunjukkan bahawa senyum itu sunat dan tertawa berbahak- bahak adalah makruh.  Maka itu seseorang yang sihat akal dilarang bergelak tertawa kerana mereka banyak bergelak ketawa di dunia akan banyak menangis di akhirat. Orang yang banyak menangis di dunia mereka akan banyak tertawa di syurga. Menurut Yahya bin Muaadz Ar-razi, ada empat perkara yang menghilangkan tertawa seseorang Mukmin :-
(1) Kerana memikirkan akhirat
(2) Kesibukan mencari keperluan hidup
(3) Risau memikirkan dosa
(4) Apabila tibanya musibah dan bala.


Jika seseorang sibuk memikirkan perkara itu, maka dia tidak banyak tertawa kerana banyak tertawa bukan sifat seorang Mukmin. Seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas r.a. “Sesiapa yang tertawa ketika membuat dosa, maka dia akan menangis ketika akan masuk neraka.”

 Di sini SIM 5 membawakan contoh teladan yang boleh dipraktikkan in our daily life. Oleh itu, mari kita susuri sirah Nabi Muhammad S.A.W., bagaimana cara baginda bergurau senda dengan orang-orang di sekeliling baginda.

            Suatu hari, seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah S.A.W., meminta tunggangan daripada baginda kerana hendak pulang ke negerinya. Apabila Nabi mendengar permintaan lelaki itu, baginda bersabda: “Sesungguhnya aku akan menunggangkanmu di atas anak unta.” Padahal, pada waktu itu Nabi berkata demikian hanya dengan tujuan untuk bergurau.

 Apabila lelaki itu mendengar kata-kata Nabi, dia merasa susah hati kerana memikirkan bagaimana anak unta yang kecil dan lemah boleh ditunggang untuk perjalanan yang jauh. Lalu, lelaki itu berkata, “Apa yang boleh aku buat dengan seekor anak unta? Kalau kamu berikan pada aku, tentulah menjadi beban dan hanya menambahkan kesusahan saja, sebab ia masih kecil dan tidak boleh ditunggang.”
 Maka Rasulullah S.A.W. berkata, “Adakah yang melahirkan unta itu selain daripada unta betina? Maka itulah yang mahu aku berikan kepadamu iaitu unta besar yang asalnya dilahirkan oleh ibunya.”
 Lihat bagaimana cara Rasulullah S.A.W. menjaga adab-adab dalam bergurau senda. Baginda tidak sesekali menipu orang yang diajak bergurau, sebaliknya cara baginda ada ‘seninya’ yang tersendiri.
 Ha!! Kita pun kenalah berseni ye kalau nak bergurau..hehehehe

            Apa yang dapat kita perhatikan dalam kisah di atas dan beberapa kisah lain, Rasulullah menggunakan kaedah double meaning dalam gurauan baginda, iaitu satu kalimah tetapi mempunyai ataupun boleh difahami dalam dua maksud dan keadaan yang berbeza. Jadi, cara sebegitu akan mengelakkan kita daripada berbohong ketika bergurau.

 Sayyidina Umar r.a. pernah berkata:“Tahukah kamu mengapa dinamakan gurau senda (al-muzaah) dengan kata-kata al-muzaah?” (maksud asal al-muzaah: alih)

 Mereka itu menjawab: “Tidak!”

 Maka Umar r.a. menjawab:“Kerana senda gurau (al-muzaah) itu, mengalihkan orang yang bergurau daripada kebenaran.”
           
 Jadi, berwaspadalah kita dalam setiap gurauan dan kata-kata kita. Setiap apa yang dituturkan oleh kita akan dipertanggungjawabkan ke atas diri kita di akhirat kelak. Gurau senda mampu menghiburkan jiwa dan boleh mengeratkan hubungan sesama Muslim, tapi andai tidak kena caranya, gurau senda boleh melontarkan kita ke dalam azab neraka.. Na'uzubillahi min dzalik.

Oleh itu marilah sama-sama kita muhasabah diri dan kembali bertaubat kepada tuhan. Banyakkan menangis (kerana Allah) dari ketawa (yang sia-sia) itu adalah amalan yang lebih baik. 

Penulis : Srikandi Islam Mesir 5
MAJULAH SIM 5 UNTUK GEN II

*Pesanan khas : Ini adalah artikel yang diberikan kepada kami dan ada diantara hadis-hadis yang di atas tidak diketahui riwayat siapa dan tidak sempat kami mengesahkan semuanya. Terima kasih kepada penghantar dan kepada pembaca harap buat "double cek" status hadis itu. Apa-apa pon ambilah yang baik dan buang yang tidak baik berdasarkan apa yang kita belajar dalam PQS atau PAI cara-cara mengambil imrah hadis.

Sunday, March 04, 2012

Let's cover aurah!

Posted by GEN11US Sunday, March 04, 2012

           Aurat. Perkataan yang sangat ringkas namun seringkali diabaikan akhawat tatkala asyik berhias. Ya, aku mengaku, aku bukanlah orang yang selayaknya untuk bercakap mengenai hal ini kerana aku sendiri bukanlah seorang yang senantiasa menghiasi diri dengan busana muslimah, apatah lagi melazimi purdah. Namun, tidaklah itu menjadi musabab mahupun alasan untuk aku berdiam diri melihat reality pemakaian puteri pada hari ini terutamanya dalam perihal pemeliharaan mahkota diri, yang menjadi aib jika ia tidak ditutupi.
Dalil kewajipan menutup aurat yang perlu dirimu ketahui wahai puteri,
Allah Ta’ala berfirman :

وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
Maksudnya : Katakanlah kepada wanita yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangan mereka   dan memelihara kemaluan mereka, danjanganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya… (al-Nuur : 31)

Allah Ta’ala juga menyebut di dalam al-Quran :
وَالْقَوَاعِدُ مِنَ النِّسَاءِ اللَّاتِي لَا يَرْجُونَ نِكَاحًا فَلَيْسَ عَلَيْهِنَّ جُنَاحٌ أَنْ يَضَعْنَ ثِيَابَهُنَّ غَيْرَ مُتَبَرِّجَاتٍ بِزِينَةٍ وَأَنْ يَسْتَعْفِفْنَ خَيْرٌ لَهُنَّ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Maksudnya : Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haid dan mengandung) yang tidak ingin kahwin (lagi), tiadalah dosa atas mereka menanggalkan pakaian (pakaian luar yang kalau dibuka tidak menampakkan aurat) mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan, dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (al-Nuur : 60)

Seterusnya, Allah Ta’ala juga menyebut :
 يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
Maksudnya : Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin : “Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (al-Ahzab : 59)


=======================================


So let’s do a check list together, alright? Well, we’re all in this together….aiyuwah…. *wink wink*

Min Fuuq (dari atas)...

1.      Tudung
-          Tak jarang.
(Kalau jarang pakai inner tudung…. Takdak? Pinjamla.. Tak boleh pinjam? Beli kat Hussin ada, 5 genih satu. See, Allah gives us many solutions because He loves us.It’s either we realized it or not)
-          Cuba labuhkan dari masa ke semasa.
The important is that we cover up our chest. (Gotta say it to make us clear and aware whether have we cover them as what is told in the Quran? Yes, we might miss looked sometimes, that’s why it’s stated in Quran, to remind us the command of Allah. See, how much Allah cares about us. Alhamdulillah, so let’s appreciate it.)
-          Tak menampakkan sanggul yang  tinggi.
Berdasarkan beberapa sumber yang saya baca, hukum adalah haram sekiranya ia bertujuan untuk menunjuk-nunjuk dan berhias.




2.      Baju/ Jubah
-          Tak jarang (pakai inner/ t shirt)
-          Labuh bawah punggung.
Takdak? Pinjam kat ahli beit dulu, nanti balik Malaysia, beli buat stok, tapi berpada-pada la juga ye shopping tu. Hehe. Tak rugi berbelanja demi memelihara maruah diri, kan?
-          Longgar.
Tak menampakkan susuk tubuh kita yang “menarik” ni. Ingat, benda-benda menarik ni, kita kena pelihara elok-elok untuk mereka yang layak sahaja (hehehe).. Khuatir benda menarik ini tersalah tarik mereka yang tak sepatutnya. Kan bahaya.

But to be honest, it’s kinda disgusting if the shirt/pants is too tight.  Because, it’s like we’re suffering and craving for air to gasp and some space to move about. Why not let ourselves breath and move well while we’re still having the chance to do so. Loose clothes will definitely make us comfortable. Treat our body nicely, yagamaah..bas, nak masuk tandas pun susah, kan?? =) (hanya pandangan diri yang hina ini)

3.      Seluar / Kain
-          Tak jarang (pakai seluar + petty coat)
-          Tak ketat
Kat kedai ada jual dari size S till XXXL .Para pereka fashion tidak kejam ye, kawan-kawan. Sesungguhnya mereka sedar di dunia ini wujud manusia dengan pelbagai saiz badan. So, it’s our choice. Choose wisely for the sake of ALLAH and your OWN dignity.




4.      Jom pakai stokin. =)

Of course, it will take us some time in doing this. But, one thing for sure, it’s never too late to start it by now. Step by step, honey. Plus, Alhamdulillah, here, in Egypt, the atmosphere is a little bit different, if you realized it. We have seniors and friends who really care about us. So, grab this chance to build up our muslimah character.

There’s only one and only reason why I’m writing this.

LOVE.

 Yes. Those four letters have encouraged me to write thisalthough my inner self kept on saying that I don’t deserve to write this as there are many other akhawat who are better than me. Indeed, there are. But that does not mean I can’t write this either, right? And insyaAllah, I’ll try to improve too.Therefore, I would like to ask all of us to be aware of our clothing.

Come on, just for one second only, let us asksourselves, “Does Allah bless what I’m wearing right now? Have I really got it all covered?”  Deep inside, we know the truth.

By putting aside our ego for a moment, will InsyaAllah, lead us one step closer to the heaven.

But before that, maybe some of us may still see it unclearly and claimed that we have covered it up.  Ada bezanya tutup sekadar pakai seluar ketat dengan seluar longgar atau kain. It’s an obvious difference. Bukan nak kondem siapa-siapa, kerana diri yang menaip ini juga kadang-kala terpakai kaca mata buatan syaitan; yang menampakkan seluar ketat itulah seksi dan BERGAYA, baju untuk kanak-kanak ribena itulah yang BEST untuk dipakai keluar, tudung yang menampakkan sanggul tinggi itu (dengan niat menunjuk-nunjuk) dan singkat atas dada itulah yang menampakkan aku ala-ala selebriti gitu..
      
          Sahabat akhawatku sekalian, ketahuilah bahawa kita sememangnya cantik. Yang tertutup itulah cantik. Olehitu, peliharalah, lindungilah,  dan simpanlah kecantikan itu untuk mereka yang berhak melihatnya. Tak dinafikan, antara khazanah yang berharga bagi wanita adalah tubuh mereka. Mana taknya, kalau naik berat 2kg lepas makan, sumpah, tak makan dua hari lepas tu; atau bagi mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat sikit, terus mengenakan kasut Nike dan berjogging di jambatan Sungai Nil; tak pun ada yang sanggup pusing keliling stadium Nadi Zeinhom sampai muntah hijau kerana begitu semangat sekali ingin kekal ideal. Bagus, that’s the spirit. We’ll do whatever it takes to maintain the ideal weight and cutting of our body (huhu) .Itu lumrah dan fitrah seorang wanita yang mahu tampil cantik dan bergaya.

        Same goes to the aurat, dear. Protect it and keep it cover. Plus, it’s an order from our creator, Allah. He knows what’s best for us. And there gotta be reasons for every of His command. Lets together we take a good care of our aurat. Wokeyh? Yosh !


Jom buat ni sebelum keluar rumah.. =)

Langkah1. Tengokcermin, betulkan tudung, lihat penampilan kita dari atas hingga bawah sambil melontarkan senyuman semanis krismis. Rasa dah tutup aurat ?

Langkah2. Tanya ahli beit, khuatir ada yang terlepas pandang.

Langkah3. Tawakkal dan berdoa agar Allah S.W.T tutupkan segala aib dan aurat kita (sama ada sengaja atau tidak) sepanjang hari kita berada di luar rumah. Allah Maha Mendengar walau hatimu yang berkata2. ;)
insyaAllah…. Kita boleh!

Biarlah jatuh ego ini demi mencari redha Illahi, dari mendapat azab akibat nafsu yang inginkan diri seksi.

Choop!!

Sebelum aku terlupa dan lebih terleka,
Kita, sibuk-sibuk tutup aurat ini sebenarnya untuk siapa?

Hijab is not about covering your head only.
Neither covering your body.

Indeed, its about covering YOU, WHOLLY.
Sebab Dia yang suruh kau buat macam tu.
Sebab Dia nak muliakan kau daripada wanita-wanita yang lain.
Sebab Dia sayang kau. Dia nak lindungi kau.

Tapi, kenapa kau tak nak? Kau belot. Kau lari. Kau marah! Kau rasa ia kolot.

Istighfar.

*Sungguh, ini hanyalah kata hati dan coretan seorang insan yang juga lemah dan berusaha untuk perbaiki diri. Segala kekurangan atau terkasar bahasa, sejuta kemaafan ku pinta. Semoga yang baik itu dapat sama-sama kita praktikkan. Sungguh, segala yang baik itu adalah ilham dari Allah*

Akhir kalam,

LOVE ALL OF YOU, MY PRECIOUS AKHAWAT

NB: Sebelum terlupa, mari bersama aktifkan dirimu bersama KEMPEN JOM TUTUP AURAT, anjuran JAKSI PERUBATAN.  ^-^

NB dua: Klik  link ini  untuk baca sebuah komik tentang konsep hijab yang sebenarnya. 



Saturday, March 03, 2012

Histology Mid Year Exam [Q&A]

Posted by GEN11US Saturday, March 03, 2012
Dr. Eman sudah mengupload soalan mid year exam untuk histology berserta jawapan untuk para sahabat mengulangkaji semula soalan tersebut.










credit to : Dr. Eman


Friday, March 02, 2012

Quiz Biochemistry & Physiology

Posted by GEN11US Friday, March 02, 2012


Biochemistry Quiz
  • Date   : 13 March 2012 [in practical class ]
  • Topic : From protein extracellular matrix until enzyme







Physiology Quiz
  • Date   : 18 March 2012 [in practical class]
  • Topic : Respiration [Page 1-64] & Cardiovascular [Page 1-46]









p/s : tertakluk kepada perubahan. sila confirmkan dengan ketua subject sekiranya terdapat kekeliruan

Test Histology

Posted by GEN11US Friday, March 02, 2012

Data Show Test I
  • Date   : 3 March 2013
  • Topic : Blood and Epithelium

MCQ, matching and True & False Test
  • Date   : 17 March 2012
  • Topic : Connective tissue, cartilage and bone according to what have been taken in lectures 


Data Show II
  • Date : 7 April 2012
  • Topic : Muscular tissue, Nervous tissue, Connective Tissue and cartilage






p/s : tertakluk kepada perubahan.. sila confirmkan dengan ketua subject histology sekiranya ada kekeliruan
credit to : Muhamad Hanafi

Jarak Itu Menjaga Aku dan Dia

Posted by GEN11US Friday, March 02, 2012

Semua insan dalam dunia ini pasti pernah merasai perasaan itu. Perasaan yang tidak asing lagi dalam jiwa kita sebagai manusia. Perasaan yang kadangkala hadirnya tanpa kita duga atau kita paksa.
Memang sudah menjadi fitrah kita sebagai manusia untuk merasai perasaan itu. Cuma mungkin bagaimana perasaan itu hadir dalam diri kita berbeza bagi setiap individu.

"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)."
[Ali 'Imran, 3:14]

Dalam diam, perasaan itu hadir di hatiku
Seperti insan lain, aku jua merasai perasaan itu. Perasaan yang bukan baru semalam berputik, tetapi telah hampir 5 tahun aku pendam. Aku sering tertanya-tanya salahkah untuk aku mempunyai perasaan yang bukan aku reka atau cipta, perasaan yang hadirnya tak pernah aku paksa, perasaan yang tak berubah sedikit pun walau banyak dugaan menimpa. Namun dalam aku melangkah menyusuri perasaan itu, aku sering dilanda rasa khuatir. Aku khuatir andainya rasa cinta ini melebihi rasa cintaku pada-Nya. Aku khuatir andai rindu yang aku pendam melebihi rinduku pada-Nya. Diri ku dan dia diikat dengan satu ikatan di dalam hati. Ikatan yang tak perlu aku dan dia lafaz melalui bicara kata.
Cukuplah rasa ini aku pendam dan dia juga memendam rasa yang sama. Jasad aku dan dia beribu batu terpisah. Hati aku dan dia juga beribu batu menjauh. Kini, wajahnya pun mungkin telah menjadi samar-samar di ingatanku. Suaranya seperti ku ingat-ingat lupa di telingaku. Rinduku padanya yang tidak menentu telah menjadi rindu yang ada hala tuju. 


Saat aku dan dia menjauh
Pernah satu ketika dulu, aku kecewa dengan keadaan ini. Aku rasa seperti tidak sempurna dengan ketidakhadiran dia disisi. Namun kini, aku mengerti mengapa dia makin menjauh dari aku. Aku hormat keputusannya kerana aku tahu semua ini dia lakukan demi kebaikan aku dan dia.Teringat aku bicaranya tentang kisah kami. Kami dipertemukan dalam keadaan yang aneh sekali. Dalam keadaan saling tidak mengenali, perasaan yang tidak disangka-sangka hadir dalam diri kami. Sehingga kini, aku masih tidak mengerti bagaimana perasaan itu hadir dan bercambah sehingga ke saat ini.
Oleh itu, aku megerti mungkin pertemuan yang aneh ini harus jua dilalui dengan jalan yang aneh. Biarlah 'JARAK' ini menjadi penjaga bagi aku dan dia. Biarlah ingatanku tentang dia yang makin samar-samar di dalam hatiku menjadi penguat hubungan aku dengan ya-Rabb. Aku yakin dengan rencana yang telah tertulis untukku. Aku yakin jika tertulis jodoh antara kami, sejauh mana aku dan dia berlari menjauh, kami akan dipertemukan jua di garisan takdir antara kami nanti.

Jarak ini menjaga aku dan dia
Kini aku semakin mengerti, 'JARAK' ini bukan untuk menghukumku. Tetapi 'JARAK' ini untuk menjaga aku dan dia. Dengan 'JARAK' ini aku dan dia berjanji untuk berubah menjadi yang lebih baik. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk memperbaiki cinta kepada Illahi.Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk mencintai Pencipta kami lebih dari segalanya. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk mendalami Islam hingga ke akar umbi. Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan lebih bersedia untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai.
Terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang kepadaku melalui jalan-Mu ini. Terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia.

"Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"
(Ar-Ra'd 13:28 )

Aku sedar, aku insan yang masih rapuh. Kadangkala hatiku goyah melihat keadaan sekeliling yang menekanku. Jika tidak kerana JARAK ini,mungkin aku akan mencari pelbagai alasan untuk bersama dia. Iman ku akan goyah saat terpandang wajahnya. Hatiku akan bertambah rindu saat mendengar suaranya. Moga hidayah yang diberi ini akan terus membajai hatiku. Aku yakin semua ini rencana Mu Ya Allah. Moga di akhir JARAK ini, Kau memberi kesudahan yang baik untuk aku dan dia

- Artikel iluvislam.com

Karya Asal oleh penulis di :

http://antisipasielmyra.blogspot.com.


Smile as Krismis

Posted by GEN11US Friday, March 02, 2012
The patient in wad 3 lay comatose over the blue sheet of a gurney. I flung open the door and left it swinging behind me. Nothing was up in my mind, not even the recent event that had rather seemingly change the tale of my life, yet only relentless emotions were piling up in every piece of me. I couldn’t have a glance at my future for a moment. It was bleak, nothing to kindle a spark of light, as if the first glare of the morning Mount Sinai sun couldn’t  reach the earth through any of the crevices of two rocks that somewhat overlapped one another.
My eyes were pinned to the face of the woman lying still in front of me. If only she could feel my presence brushing her not-really supple skin of her arm. At least, If only the wind could send my love to her. Profanities threatened to make themselves heard, but because of the immense frustration, tears began welling up in my glassy eyes.

                                                                         ****

            ‘Krismiss time!’ mom signaled her one and only lifelong companion at the top of her tender voice that breakfast was ready. Nevertheless, I pretended like I didn’t hear her call and continued playing toys in my own wonderland. Unless I eat, mom will eat.
            ‘Mom, where’s dad? Dad has gone out of town for a business trip.’ I knew that was a lie for that matter. Dad left home when I was younger. Mom would purse her lips with a nicely carved ostensible smile on her face, and a sense of tense would overwhelm us, whenever I asked her about dad. Yet, she constantly spoke highly of his virtues and bragged about his Brad Pitt-like appearance and as always, reminding me not to stop loving him as how I love her despite what he had done.
            Life was difficult as if it wasn’t before, but now mom had to work alone. Sadly, the burden of making ends meet lied upon her solely. Nevertheless, neither did she sigh nor lament on life circumstance. Never mind what the odds seemed like, she handled it calmly, day in day out, hour after hour and second by second, she struggled; raising up her asset in the most delicate of manner and ever aspiring to bear a doctor out of her own seed. 

            Expenses in medical school were demanding. ‘I’m quitting medical school, for God sake. Where on earth are you gonna dig for money when you yourself have nothing but only a dull, worn out and a meagerly patched turquoise dress to clad on?’, I fumed unreasonably to the old lady who was knitting her torn headscarf silently. Mom didn’t respond and she wasn’t resented either. She had three jobs now. Before, she sold samosas every morning but now she was a gardener by afternoon and not to mention a mom by night. By and large, mother and housewives are the only workers who do not have time off. They are the great vacation-less class.
            Mom wanted everything to be perfect for me. She never allowed me into any life decisions, which couldn’t guarantee me any future. In fact, at the ripe old age of 27, a point in life when I had the urged to commit a whole lot of share of love to a soul called-woman- who is much accustomed to the terms compassion, gentle, and beauty and anything akin to it; yet she insisted on looking one for me.
           
            It was A big no no for me. Mom knew nothing regarding my type. She was the old, hackneyed, stereotypical religious type of woman. Occasionally we had skirmishes and our disagreements would escalate which kept us on not speaking terms for two or three days. Eventually she gave up on my persistence in walking down the aisle with the person of my choice; however I realized it was without her blessings and prayers.
            Alas, our relationship didn’t work perfectly well. Not until she walked out of our three years marriage, which was built purely on not more than lust, desire and voracious passion for sex.
            Indeed if a woman is sought after her wealth, family status, and beauty, none of these will avail you but being a loser; and the otherwise if she is sought after her religion. And I understood that the essence of beauty is piety which is not skin deep yet what lies in within.
                                                                            ****
            ‘Beep. Beep. Beep.’ Mom’s heart rate on the ECG machine began to falter. I walked up closed to her. As I tucked the lines of hair behind her left ear, I planted a final kiss-a kiss of thousand words, thousand memories and infinite love-on her pale wrinkled haggard cheek before whispering in her ear ‘Sorry..and thanks for everything.’, tears rolled down my cheeks.
            I heard the blubbering of a child who dropped his Krismiss biscuits from a corner. ‘Don’t be sad honey, smile, we will get new one.’ a woman in her late 20’s replied.
‘Krismiss!’. I SMILED ‘Semanis Krismiss’.
           

            Prophet Muhammad(peace be upon him) said ‘Charity is prescribed for each descendant of Adam every day the sun rises." He was then asked: "From what do we give charity every day?" The Prophet answered: "The doors of goodness are many...enjoining good, forbidding evil, removing harm from the road, listening to the deaf, leading the blind, guiding one to the object of his need, hurrying with the strength of one's legs to one in sorrow who is asking for help, and supporting the feeble with the strength of one's arms--all of these are charity prescribed for you." He also said: "Your smile for your brother is charity." - Fiqh-us-Sunnah, Volume 3, Number 98   


Penulis : Senyuman Semanis Krismis

Thursday, March 01, 2012

Jadual Presentation Biochemistry

Posted by GEN11US Thursday, March 01, 2012

IKHWAH


Minggu Pertama : 20 Mac 2012
  • Acidosis
  • Diabetic Acidosis
  • Sickle Cell Anaemia

Minggu Kedua : 27 Mac 2012
  • Thalasemia
  • Transport across cell membrane
  • Cholesterol in health and disease


Minggu Ketiga : 3 April 2012
  • Steroid
  • Collagen
  • Isoenzyme
  • Forensic applications of molecular biology

AKHAWAT


Minggu Pertama : 20 Mac 2012
  • Apoptosis
  • Tumor markers
  • Tumor suppressor gene
  • Development of cancer
  • Gene mutation

    Minggu Kedua : 27 Mac 2012
    • Telomerase
    • GAGS
    • Clinical application of immunoglobulins
    • Proto-oncngenes & oncogenes
    • Prostaglandin in health and disease

    Minggu Ketiga : 3 April 2012
    • PCR
    • Gene theraphy
    • Hemochromatosis
    • Iron deficiency anaemia
    • Alkalosis
    • Function of eicosanoids
    • RSS
    • Facebook
    • Youtube