Bismillah dan Alhamdulillah ke atas ilahi di atas segala
kurnian nikmat kepada kita yang tidak pernah henti selama ini. Sesungguh allah
itu maha penyayang lagi maha bijaksana.
Selawat dan salam ke hadrat nabi kita nabi Muhammad, atas
jasanya islam tersebar luas di dunia ini dan atas segala ajarannya kita berada
di jalan islam yang tepat.
إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا
أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا(56)
“Sesungguhnya Allah dan para
malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman,
berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.”
(Surah al-Ahzaab,
33: 56)
Di dalam ayat di atas menyatakan allah dan para malaikat
berselawat ke atas baginda dan mengandungi arahan untuk berselawat ke atas nabi
kepada kita semua. Bukan susah pun hendak berselawat ke atas baginda dan
kelebihan selawat amatlah banyak jika ingin dinyatakan dan sudah makruf rasa
nya sahabat dengan kelebihan selawat ini.
Seorang ustaz di azhar menceritakan sebuah kisah, dan aku bukanlah
ingat sebiji cerita yang ustaz cerita namun cerita dia lebih kurang begini:
Bahawa ada seorang ulama(xigt nama) apabila dibacakan atau dia
membaca ayat di atas dia akan berselawat tiga kali, satu kali sbb allah
beselawat keatas nabi, dan kali kedua kerana malaikat berselawat ke atas nabi
dan kali ketiga kerana suruhan yang ada pada ayat itu.
Dimanakah tempat kita, jika Allah dan malaikat berselawat ke
baginda tapi kita sebagai umat baginda jarang sekali berselawat kepadanya. Bukan
payah hendak selawat ke atas nabi, berbanding jasa nabi kepada kita semua,
kalau malas pun sehari sekali, dan ditinggkatkan dari hari ke hari.
Sekarang kita sudah berada di fatrah exam dan semua orang pun busy
dengan studynya. Kagum juga aku tengok semua orang sudah menghadap buku, kalau
yang dulu main-main, sekarang sudah serius, kalau yang dulu jarang je buka
buku, sekarang ni sudah buku di tangan tiap-tiap masa, Alhamdulillah semua
berubah menjadi lebih baik. Semangat tu tiba-tiba je berkocak.
Aku juga lebih kagum dengan orang yang penting-penting dalam
setiap organisasi yang ada kat sini, busy dengan kerja lagi busy dengan study
lagi.. hurmm.. aku angkat tabik dengan korang. How u’all manage ur time?...
moga allah memudahkan urusan korang. Insya allah jika ikhlas besar balasannya
dan pengorbanan korang akan dibalas dengan setimpal. Tahniah aku ucapkan kepada
mereka, jika tiada mereka, tiada kita disini, tiadalah program-program yang
bermanfaat untuk kita semua.
Cuma pesananku kepada diri ku dan juga ingin aku kongsi kepada
sahabat-sahabat semua, melalui fatrah exam ini, bersungguh-sungguh lah kita
dalam amalan seharian kita dan dalam study kita. Sudah menjadi tanggungjawab
bagi kita untuk berlajar dengan baik dan mengusai bidang ilmu ini.
Bahkan
menjadi fardhu ain bagi kita untuk menjadi seorang pelajar perubatan yang
cemerlang dan mengusai ilmu perubatan ini setelah menceburi bidang ini.
Kepada sesiapa yang berada
di bidang ini, sama ada melalui ikthikarah atau tidak, sama ada terpaksa atau
rela, sama ada mengikut kehendak ibu bapa atau mengejar cita-cita,
bersungguh-sungguh lah kita dalam mengusai ilmu ini dan percayalah kita boleh
melakukkan nya. Sudah Allah tentukan kepada kita, yang kita berada dalam
lapangan ilmu ini, maka terima lah dengan apa yang ditakdir-Nya. Allahlah
sebaik-baik perancang dan Allah mengetahui apa yang terbaik buat kita.
Lagipun
kita sudah separuh jalan dalam bidang ini, kenapa mahu berhenti?
Jadikan fatrah exam ini, sebagai medan mujahadah nafsu dan medan
menjadikan diri berubah menjadi lebih baik. Bukalah buku dan study smart! Yang
jarang buka buku, yang selalu bermalas-malas, yang selalu main game, yang
selalu tidur, kurangkan dan banyakkan study. Pastikan hidup ini seimbang dan
ingat matlamat kita di sini.
Jadikan exam ini jambatan
kita untuk mengakrabkan diri kita kepada Allah.
Orang kata :
“Alah… exam baru nak ingat Allah”
“ko solat nh ikhlas atau tidak? Sebab allah atau sebab exam?”
Dulu masa tsunami nak dtg.. beribu update status facebook dan
twitter..
“tsunami datang, taubatlah”
“doa banyak2 woi.. tsunami datang”
Walaupun tsunami itu hanya amaran, berjuta orang cuak… selepas itu
ada sahaja status begini
“bila tsunami datang baru nak ingat Allah”
“ohh dulu berfoya-foya, sekarang bila amaran tsunami baru nak
tersungkur atas sejadah”
Hurmm… bagi pendapat aku yang hina lagi kerdil ini, bukankah ujian
yang Allah datangkan itu supaya manusia itu kembali kepada Allah, kembali ke
arah jalan yang benar? Kenapa hendak melekehkan orang yang hendak bertaubat?
Hebat sangat kah kita? Sesungguh nya manusia sentiasa lupa dan lakukan
kesalahan, sebab itu Allah datangkan balasan dan ujian agar manusia kembali
ingat kepada-Nya.
Kembali kepada topik kita, jadikan exam ini sebagai jambatan untuk
mendekatkan diri kepada Allah walaupun exam ini bukanlah musibah yang Allah
turunkan namun ia adalah ujian bagi kita untuk mengukur di mana tahap pengusaan
ilmu kita dan membuktikan kita ini manusia yang lemah dan hanya bergantung pada
Ilahi kerana tiada siapa yang tahu masa hadapan kita kecuali Allah maha yang
mengatahui.
Namun jangan jadikan exam
ini sahaja sebagai musim mengingati Allah, lepas exam sudah lupa.
Celakalah
orang yang begini. Apabila susah baru hendak ingat kepada Tuhan, apabila senang
lupakan Tuhan. Biar lepas exam ini, segala amalan yang kita lakukan berterusan
hingga akhir hayat.
Boleh relate ker dengan citer tsunami dengan exam td??.. Harap
faham sebab aku pon nak relatekan citer itu dengan citer tsunami susah. Hehe..
Tapi ini yang aku ingin sampaikan kepada semua, jangan
rendah-rendahkan sahabat-sahabat kita yang baru nak mendekatkan diri kepada
Allah. Sekurang-kurangnya dia sedar siapa dia, dan sedar bahawa hidup ini perlu
bergantung kepada Allah sahaja kerana kejayaan itu bukan hanya membaca buku
sahaja namun tawakal itu perlu. Allah yang menentukan segalanya.
Selain itu, untuk berjaya, solat tiang agama jangan sekali-kali
ditinggalkan. Ini adalah pesanan ayah aku waktu kecil dulu. Bukanlah aku ingin
katakan bahawa solat untuk berjaya. Bukan ini. Kita semua solat kerana Allah.
Cuma Allah ada berfirman dalam al-Quran :
(2) ٱلَّذِينَ هُمْ فِي
صَلاَتِهِمْ خَاشِعُونَ
(1) قَدْ
أَفْلَحَ ٱلْمُؤْمِنُونَ
“Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya”
[Surah Al-Mukminun, 23:1-2)
Ini adalah balasan yang Allah bagi yang solat dan khusyuk. Solat adalah
perkara utama dalam hidup seorang muslim dan amalan pertama yang dihitung Allah
di akhirat kelak. Jika ikhlas dan khusyuk, Insya Allah berjaya dunia dan
AKHIRAT seperti yang allah janjikan dalam ayat quran di atas.
Bukanlah aku
ahlinya untuk menerangkan tafsir ayat ini cuma inilah apa yang aku dapat ambil
pengajaran dari ayat ini. Untuk penerangan lanjut sila tanya ustaz-ustaz apa
maksud yang lebih dalam melalui ayat ini.
Solatlah kita dengan solat yang sebenar dan sah serta solatlah
dengan khusyuk. Jangan sekadar tunduk dan bangun sahaja, biar solat kita sah
dan mengikut syarat-syaratnya. Berlajar bagaimana ingin solat dengan sempurna
dan sah. Jika tidak tahu, tanya! Bagaimana mahu khusyuk, solatlah dahulu baru
tahu bagaimana hendak khusyuk, jika tidak solat bagaimana hendak khusyuk.
Selepas itu jangan lupa berdoa kepada Allah dan doakan kami semua
sekali. Kalau boleh sebutlah nama kami satu-satu. Doalah dengan penuh adab dan
penuh pengharapan kepada Allah. Bukankah allah telah berfirman,
وَقَالَ رَبُّكُـمُ
ٱدْعُونِيۤ أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي
سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ(60)
Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahannam dalam keadaan hina.
(Surah al-ghofir, 40:60)
Ummu ad-Darda’ telah berkata dari Abu ad-Darda’: Sesungguhnya Nabi
Shollallaahu ‘Alaihi wa Sallaam telah bersabda: “Doa seorang muslim kepada
saudara (seislamnya) semasa ketiadaannya adalah mustajab. Terdapat malaikat
yang mendampinginya. Setiap kali dia mendoakan saudaranya dengan kebaikan maka
malaikat tersebut akan berkata: amin, dan bagi kamu sepertinya.“
(Riwayat Imam Muslim)
Sungguh makbul doa sahabat ke atas sahabtnya yang lain. Bukan kita
tidak tahu cuma kita lupa akan hadis ini.
Tambahan lagi, rajin-rajin selak dan baca al-quran itu, cari
hikmah yang di dalamnya. Banyak lagi formula yang Allah gariskan dalam al-quran
itu jika ingin berjaya dunia dan akhirat.
Tawakal-tawakal juga, usaha jangan dilupa. Tinggi mana pon kita
mengharap, kalau rendah juga kita baling batu, tidak tinggi juga batu itu pergi
secara analoginya begini. Usaha mesti gempak sama rata macam tawakal kita.
Maafkan aku sebab panjang sangat tulisan aku kali ini. Harap dapat
ambil yang baik dan tapis mana yang tidak baik sebab aku pun tidak sempurna.
Ikhlas dari aku,
Pipit jalanan.
Kita
manusia biasa,
Hanya
menagih jasa,
Bukan
Allah memerlukan kita,
Bahkan
kita yang memerlukan-Nya.
0 comments:
Post a Comment