Tuesday, April 24, 2012

Muhasabah Cinta

Posted by GEN11US Tuesday, April 24, 2012

               Aku rindu padamu, ampunilah dosa dan kesalahanku , begitu indah kasihmu, luas mekar meliputi  tiap-tiap sesuatu, berulang kali ku ucapkan kata cinta padamu ya Allah....  cintakan rasulullah...... 



Tapi.... 

        kerapku ulangi dosa dan noda yang menjanjikan azab sengsara illahi, puasku cuba menjauhi, tapi banyak dugaan menghampiri, hingga aku tersungkur beberapa kali, hingga kini , akhirnya aku sedari....

HIDUP INI..........
        umpama  seorang  perantauan, mencari bekalan , sebelum  meneruskan   perjalanan  ke destinasi  untuk bertemumu tuhan.

        sayup-sayup bunyi kedengaran,  suara latar  kicauan burung yang mengasyikkan, ku dengari tatkali sinar mentari  bertempiaran,  tiupan angin yang  menghempas pantai  dan batuan,  tunduk patuh  penuh tawaduk  kepada tuhan.....
       
        MANUSIA .... sebaik-baik kejadian, khalifah  di muka bumi  yang penuh dengan ujian , hidup ni memang indah , andai di sinari dengan cahaya akidah, di sirami  suluhan  iman dan taqwa

sejauh mana sinar taqwa menyinari diri?

        tatkala umur semakin pendek, dedaun  di luh mahfuz semakin hapir digugurkan, buat  manusia  yang  berpijak di bumi  ciptaan tuhan.

        malaikat maut menunggu detik dan ketika, menyahut    seruan tuhan yang diperintahkan..:
1. 1 hari ,malaikat maut menjenguk manusia 70 kali.
2. setiap 20 minit muka kita di tatap malaikat maut...
3. malaikat pelik melihat gelagat manusia yang bergelak ketawa, tatkala nyawa di hujung tanduk...

        Gelumang dosa dan noda yang meninggi, sudah pasti mengundang  murka illahi... jikalau tidak kembali , takut nanti  tidak  suci sebelum mati....

        seharian sibuk mencari rezeki, mencari erti kehidupan duniawi, hingga kadang kala leka untuk  kehidupan hakiki...tempat di syurga belum pasti, atau tiket ke neraka sangat di takuti,

        tak kala jarak matahari  dari kepala tak sampai seinci, manusia  tidak tertanggung lagi, minta nabi muhammad  memohon kepada illahi, agar dipercepat hitungan amalan sendiri, inikan pula api neraka yang menyala tinggi.... ALLAH HU AKHBAR ampunilah dosa hambamu ini..........tahukah anda:
1.Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2.Setiap tingkat mempunyai
70,000 daerah
3.Setiap daerah mempunyai
70,000 kampung
4.Setiap kampung mempunyai
70,000 rumah
5.Setiap rumah mempunyai
70,000 bilik
6.Setiap bilik mempunyai
70,000 kotak
7.Setiap kotak mempunyai
70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai
70,000 ekorular
9.Di dalam mulut setiap ular yang panjang
70       hastamengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10.Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai
70,000 rantai
11.Setiap rantai diseret oleh
70,000 malaikat
12.apa sahaja yang jatuh kedalamnya hancur  bukan jadi debu, tapi  lagi halus daripada itu.....

mahukah kita menempah tiket ke tempat sebegitu....?
ketahuilah......orang yang di syurga itu terlalu dan teramat sibuk , terlalu sibuk  menikmati keindahan dan  kenikmatan  yang tidak terbayang kenikmatannya...

Cinta kepada Allah...
MOGA IA..Mekar menghiasi taman kasih kita, menjadi visa ke syurga firdausi, insyaAllah , kita bertemu di syurga, tika itu senyuman mekar terukir semanis kismis, kurma, halawiyat, gula-gula loli pop, gula melaka, madu, kek coklat, asob dan ais cream, hehehe....... indahnya saat itu..., untuk kecapi keindahan itu...

MULALAH  DARI  SEKARANG,

YEE! SEKARANG.........carilah  cinta illahi...lakukan suruhan , tinggalkan larangan, banyakkan zikrullah, tingkatkan amalan, melazimi  selawat, ingat tuhan agar sentiasa dalam rahmatnya dunia akhirat, insyaAllah...

4 comments:

  • RSS
  • Facebook
  • Youtube