Jam 2.30pagi.
Masing-masing masih setia di meja study, cuba mencerna sebaik mungkin setiap ilmu yang tercatat dalam buku anatomy Dr. Sameh.
Al-maklumlah, imtihan praktikal anatomy tinggal dua tiga hari sahaja lagi.
Semua tekun dengan perihal sendiri, menelaah sehigga dingin pagi dan bertemankan nescafe panas bagi mengaktifkan sistem saraf utama mungkin untuk memberi sepenuh fokus agaknya..
atau mungkin juga khuatir terlena dek tewas dengan pujukan mata sendiri.
'MUMTAZ!'. Masing-masing dengan harapan yang sama meletakkan usaha sehabis daya agar harapan menjadi nyata.
Namun, sudahkah usaha diniatkan agar memperoleh redhaNya sekali.?
--------------------------------------------------------------
Kata orang bercinta dengan buku lagi parah dari bercinta dengan manusia.
Mandi basah belum sempat kering sudah tidak sabar bertemu buku semula, usahkan tak lena ada juga sanggup korbankan malamnya setia di meja study, biar tak kenyang cukup sekadar fino mengalas perut dikala berbunyi.
Realiti fenomena dalam fatrah imtihan. Terasa panas bahang imtihan lagi mengatasi bahangnya bumi pasir ini. Fuh., begitu hebatnya
Penangan ujian dunia.
Seketika terimbau saat kali pertama bertemu para senior tika menjejakkan kaki di ardhu kinanah ini, disambut mesra dan;
satu bait kata yang sering diulang: " tajdid kan niat adik-adik datang belajar ke sini "
Ayat yang cukup cliche didengari. Namun terpahat di hati kecil ini.
'Belajar bukan untuk exam'. Masing-masing sudah pun memasang niat yang murni.
Thus, action should be proportional to its mission. Seharusnya tindakan berkadar terus dengan cita-cita yang dihasratkan namun fitrah manusia terleka dengan nikmat duniawi, usaha sekadar cuma di awal persiapan lantas memaksa diri berhempas pulas di saat akhir menjelang peperangan sebenar.
'Alah, baca mane yg penting untuk exam jelah'..tanpa sedar hati bermonolog, tersasar niat murni tujuan utama ilmu dicari.
Buku-buku yang tidak terkira menanti untuk ditelaah tetapi kesuntukan masa menjadi alasan tidak sempat mempersiapkan diri untuk
berjuang di medan imtihan.
Jangan salahkan masa tidak mencukupi, reflek diri kemana masa yg lepas berlalu pergi.
Bukan niat mengundang rasa kesal, sekadar mengajak bersama-sama kita muhasabah diri. kesempatan masih ada, tajdidkan niat kembali.
Salam imtihan buat sahabat2 GEN11us. selamat study keranaNya.
Semoga MUMTAZ yang dicari diiringi keberkatan dan rahmatNya. insyaallah.AMIN~
oleh : akubudakmedik
post baru ^_^ jzkk penulis
ReplyDeletemabruk. :) teruskan usaha GEN11US doctors.
ReplyDeletepenulis ni mesti akhowat..
ReplyDeletehumm...takboleh ke bubuh nama sndiri ..btw thanks for the post
ReplyDelete