CINTA TERLARANGKU TAK DAPAT DILARANG
PENDAHULUAN:
Ramai dalam kalangan masyarakat yang keliru tentang ikhtilat.
Ramai juga yang menyangka, menjaga ikhtilat itu untuk golongan ‘agama’ sahaja.
Adapun golongan ‘biasa-biasa’, soal ikhtilat atau percampuran antara lelaki dan
wanita tidak perlu ditekankan sangat. Apa yang penting, jangan sampai terjebak
dengan zina. Kalau setakat bercouple berdua-duaan, berpegangan tangan atau bertepuk
tampar, itu dianggap perkara biasa. Sedangkan hakikatnya, syariat Islam itu
sama sahaja untuk semua. Dari situ kita melihat, isu ikhtilat tidak pernah
selesai.
Sekiranya seseorang itu mempunyai kekasih, dan setiap malam dia
membiarkan dirinya leka dengan ingatan kepada kekasihnya sehingga cenderung
untuk berkhayal dan berimaginasi, maka jelas sekali dia terjebak dengan apa
yang dikatakan sebagai zina hati. Namun demikian, teringat akan seseorang pula tidaklah
sampai menjadi haram. Umpamanya, seorang lelaki tiba-tiba teringat kepada
seorang wanita yang dikagumi dan diminatinya, namun dia sedaya-upaya mengawal
dirinya supaya tidak terus berangan, berimaginasi, berkhayal dan dia
lekas-lekas beristighfar kepada Allah. Itu bukannya zina hati. Manusia tidak
mampu menyekat hatinya daripada mengingati orang lain. Di sana ada perbezaan
antara ‘teringat’ dan ‘mengingat’. Teringat adalah di luar
usaha kita, manakala mengingat adalah usaha kita sendiri.
COUPLE & ZINA:
Ada satu contoh antara seorang lelaki dan
wanita. Mereka keluar berdua, makan-makan dan bersiar-siar. Ambil angin
katanya. Apabila ditanya, mereka menjawab: “Kami hanya kawan biasa. Kebetulan
dia ada masalah, nak cari tempat meluah. Jadi saya pun luangkanlah masa.
Lagipun kami masing-masing dah berpunya”. Pokoknya, bercouple itu
menjadi haram bukan kerana namanya couple atau
semata-semata kerana isu ‘aku cinta kau, kau cinta aku’. Couple menjadi haram
dek kerana wujudnya gejala berdua-duaan, bercakap dari hati ke hati tanpa had
batasan dan sebagainya. Namun nanti ada pula yang berhujah balas dengan
berkata, “Kata-kata itu seperti terlalu prejudis kepada anak muda. Ramai
kawan-kawan kami yang bergaul tanpa menitikberatkan sangat batas pergaulan,
tetapi tidak pun berlaku perkara-perkara yang terlarang". Mungkin pada mereka ,
yang ‘terlarang’ cuma zina. Selainnya, tidak.
Lelaki dan wanita berbeza ciptaannya.
Bersentuh tangan atau duduk dekat-dekat sesama jantina, tidak sama dengan
bersentuh tangan atau duduk rapat-rapat dengan beza jantina. Ada ‘cas’ tertentu
yang akan mengalir. Oleh itu, Islam sama sekali mengharamkan sentuh-menyentuh,
pegang-memegang, tepuk-menepuk, dakap-mendakap dan yang sewaktu dengannya oleh
manusia yang berbeza jantina kecuali setelah berkahwin. Daripada saling
berpandangan, akan timbulnya perasaan. Daripada percakapan, akan menjadi
berpegangan. Daripada bersentuhan, akhirnya mencari kemaluan. Lelaki dan
perempuan ibarat kucing peliharaan dan ikan ternakan. Si kucing sentiasa
mengintai ikan yang berenang di kolam. Apabila ada peluang didekatinya dan cuba
dicapai. Dek kerana terleka dengan kecantikan dan gerakan badannya, si ikan
akhirnya ditawan. Akhirnya si kucing makan dengan kepuasan, sisa yang tinggal
tiada belas-kasihan.
KENAPA
PERLU MENJAUHI ZINA:
Mafhum:
Lelaki dan perempuan,
bukan sebarang lelaki dan perempuan. Mereka adalah lelaki dan perempuan yang
beriman. IMAN itu adalah asas pergaulan dan interaksi mereka. Mereka saling
bantu membantu dalam urusan amar makruf nahi munkar, menegakkan solat dan
melunaskan Zakat, serta seluruh agenda yang berada di dalam lingkungan mentaati
Allah dan Rasul.
Lazimnya, kebanyakan
maksiat adalah kombinasi ‘sakit dan seronok’ antara mangsa dan pemangsa. Jika
berlaku kecurian, mangsa berasa sakit, pemangsa pula beroleh keseronokan. Namun
berbeza dengan ZINA. Ia adalah maksiat yang sedap. Sama ada pelaku atau yang
diperlakukan, kedua-duanya mendapat keseronokan. Itulah hikmah mengapa Allah
bukan sekadar mengharamkan ZINA, malah memerintahkan kita agar MENJAUHINYA.
“Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya ia adalah suatu kecelaan dan seburuk-buruk jalan pilihan manusia” [al-Israa' 17: 32]
Allah tahu, zina itu
sedap dan nikmat. Menolaknya jika sekadar menolaknya, terlalu sukar. Justeru
sama seperti maksiat-maksiat yang lain, Allah bantu kita untuk mengelaknya
dengan menutup pintu-pintu kepada zina. Sesungguhnya menolak zina hanya menjadi
realiti apabila MUQADDIMAH ZINA dilihat sebagai muqaddimah zina yang mesti
dihindari.
Daripada Abu Hurairah R.A., beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W.
telah bersabda :
Dua golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut. Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang-lenggok dan sanggul rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta. Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini.[Hadith riwayat Muslim no. 2128]
BERBEZAKAH 'ADA HUBUNGAN' DENGAN 'BERHUBUNGAN'..?
Situasinya jelas, tetapi ramai yang
keliru. Ada hubungan merujuk kepada antara kamu dan dia, saling mengenali,
sampai ke pengetahuan keluarga, saling mengiktiraf cinta, perasaan dan kasih
sayang, hubungan yang dianggap lebih daripada kawan biasa. Walau bagaimanapun
hubungan tersebut hanya kekal sebagai status. Tidak perlu diwar-warkan kepada
semua orang, tidak perlu dibuktikan dengan keluar bersama siang dan malam,
tidak perlu diambil kesempatan dengan bergayut, bersms dan ber’ym’ pantang ada
peluang. Ada hubungan, tetapi terjaga. Dijaga oleh keluarga. Diperisai dengan
sifat amanah sang teruna. Dipagari oleh sifat malu si anak dara. Itu tidak ada
masalah sama sekali.
Tetapi berhubungan, keadaannya amat
ketara. Berhubungan merujuk kepada perbuatan, tindakan yang menjurus kepada maksiat
dan pelanggaran hukum Allah. Samada di alam zahir mahupun di alam maya,
semuanya membawa kepada maksud yang sama; memenuhi kehendak hati, yang
sebenarnya adalah desakan hawa nafsu dan bisikan para syaitan. Keluar bersama,
study bersama, mengadu masalah, meluahkan isi hati, saling kejut qiamullail,
mesej ayat-ayat tazkirah, kata-kata hikmah, bergayut di telefon dan pelbagai
lagi tindakan yang bisa disimpulkan dalam maksud BERHUBUNGAN.
Justeru kita kena faham,
ada hubungan bukan masalah. Hendak jatuh hati, siapa boleh sekat. Hendak terasa
rindu, siapa boleh halang. Tetapi berhubung, kita boleh ikhtiar untuk sekat,
boleh usaha untuk halang. Maka solusi bagi mereka yang bercouple, tetapi mahu
berubah dan tidak ingin digelar sebagai ahli couple; biarkan status anda dan
dia kekal sebagai ada hubungan, tetapi anda dan dia tidak melazimi berhubung, melainkan
hal-hal yang bersifat sangat penting dan terikat dengan disiplin-disiplin berhubungan
yang digariskan syarak.
PERANAN PENDAKWAH:
Adakah anda mengetahui bahawa isu couple,
cabarannya adalah untuk ahli couple, bukan orang yang tidak bercouple. Orang
bercouple, bercinta, berpasangan, ujiannya besar dan mujahadah yang perlu dia
buat amat berat. Orang yang tidak pernah bercouple, cakapnya kadang-kadang cukup
lebat, hentam sana-sini. Namun dia mungkin tidak pernah diuji. Hakikatnya,
orang yang berada dalam situasi bercouple dan berpasang-pasangan ini memang
sukar.
Bukanlah mereka tidak mengerti tazkirah, ceramah dan pelbagai
jenis nasihat. Bukan juga semua itu masuk telinga kanan dan keluar telinga
kiri. Kalau kita adalah salah seorang pembenci couple dan penghentam golongan
couple dalam setiap tazkirah yang kita sampaikan, serta dalam masa yang sama
mendakwa mereka ‘kebal’ dengan tazkirah, tidak mahu berubah dan sebagainya,
ketahuilah bahawa kita mungkin salah seorang daripada golongan penghukum yang
banyak merugikan dakwah.
Tidak dapat dinafikan terdapat sejumlah
besar orang yang terlibat dalam gejala bercouple sedang cuba untuk keluar
daripada gejala tersebut. Namun dalam kesukaran memanjat tebing untuk naik ke
atas, orang di atas bukan menghulur tangan sebaliknya memijak-mijak tangan yang
sedang memaut tebing.
pimpin dan bantu, bukan injak mereka
Ramai antara mereka yang
sedar couple itu jelik, rosak, negatif, tidak molek, mendekati zina dan seribu
satu keburukan yang lain, tetapi untuk bertindak, mereka naïf, lemah dan tidak
mampu. Adakalanya memerlukan masa untuk mengumpul kekuatan dan berubah.Justeru,
kita selaku pendakwah hendaklah memberi dorongan, bukan hanya tahu menghentam.
PENUTUP:
Soal anda suka siapa, sayang siapa, siapa sayang anda dan suka
anda, biarlah rahsia antara anda dan dia. Maksudnya, anda dan dia ada hubungan
atau perjanjian. Lebih baik, perhubungan dan perjanjian ini dikawal oleh
keluarga. Kemudian anda hidup dengan cara anda, begitu juga dengan dia.
Sekiranya ada perkara penting yang memerlukan perbincangan, maka anda dan dia
boleh berbincang. Sekiranya tiada, maka cukuplah anda mengetahui yang dia masih
hidup, tidak sakit dan dia juga begitu.
Hakikatnya, perhubungan antara lelaki dan perempuan, jika tidak
dijaga, jika dilanggar batas2 agama, pasti dan pasti akan terjatuh ke kancah
zina mahupun mukaddimah zina. Ibarat orang yang memakai kain dan terjun ke
dalam air, tetapi mengharapkan kainnya tidak basah. Perumpaan yang disebut oleh
Tuan Guru Nik Aziz; orang yang memakai kain dan terjun ke dalam air, kemudian
apabila kainnya basah, dia menjerit “Eh, kain aku basah!”
Artikel khas dari:
JAKSI PERUBATAN
JAKSI PERUBATAN
menarik artikel kali ini...
ReplyDeleteAllah... :) nice article.
ReplyDeletethumbs up! moga mengetuk hati-hati kita dan hati-hati mereka.
ReplyDeleteWahh... Cintaku bukan di atas kertas..?
ReplyDeletepelik juga tajuknya..
Tapi memang orang yg couple sudah kebal dengan itu semua melainkan daripada hati yang tulus.
BM la jawapannya. Hoho :D
Mabrouk :) Terus tajamkan soft skill menulis untuk ummah !
ReplyDeleteisu panas time exam mmg bende2 nih ek?
ReplyDeletebtw, nice post.syukran
'berhubungan kerna ada hubungan' @ 'hubungan kerna berhubungan' the other thing 2 ponder..
ReplyDeletehot juga topik nh...
ReplyDeletehaha
thumbs up!
ReplyDeleterasa macam ikhwah buat, tp..
kalau penulis artikel ni akhowat aku bagi quadruple thumbs up!!
memang penulisan yang sesuai dengan fatrah imtihan *uhuk3*
syukran.moga Allah balas.moga terus menulis.
cintaku bukan di atas chat box *uhuk3* 'akhi nakal'.
artikel ni daripada pihak JAKSI. maaf sebab buat ala-ala kontroversi :D
ReplyDeletepatot mcm pernah baca..hehe
ReplyDeleteakuinsancomel<--ini maksudnya apa?
teruskan hubungan, tapi tinggalkan cara berhubung yang salah
ReplyDelete