Monday, July 09, 2012

R.A.M.A.D.H.A.N.

Posted by GEN11US Monday, July 09, 2012
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Assalamualaikum w.b.t

Ape khabar sahabat sahabiah yang dikasihi sekalian? Moga sihat dan berada dalam rahmatNYA..AMIN..

So, how’s the day? Fatrah imtihan pun memang dah habes kan.. setakat yang aku perasan lah sume orang macam makin hepi jer.

Suke aku tengok korang. Update status tak payah nak cakap lah kan. Mostly mention pasal nak balik msia. Pastu yang aku perasan lagi since habes exam oral biochem, sume orang macam makin buzy jer. Mintak maaf, bukan buzy study tapi….




…kemas-kemas barang nak balik msia. Baju-baju apa semua. Tapi tak kurang jugak yang terus masukkan buku-buku dalam kotak. Katanye takut berdebu kalau balik msia nanti. Harapnye ilmu-ilmu yang ada dalam otak kita tak berdebu berkarat jugak sudah lerr.


…beli souvenirs untuk bawak balik msia. Ada yang sampai buat list nak beli barang apa, beli untuk siapa, bajet kena ada berapa, pastu pergi shopping ramai-ramai. Hussien, Atabah, Maadi, Tahrir, macam-macam lah…

..yang keluar pergi makan pun tak kurang hebatnye. Maklumlah masa exam tak lalu makan. Breakfast pun makan cucur kosong cicah sos tomato jer. Kalau rajin sikit cucur telur, cucur sayur, cucur ikan bilis, tapi basicnye tepung dengan air la. Paling senang. Ikhwah je kot macam ni. Akhawat biasenye advance sikit. Ke same jer???? Hehe.

Yang get ready untuk dinner pun ade gak. "Eh aku tak beli lagi jubah". "Dress ak takde lagi la". "Ea nak cari blazer ke vest ha??". "... ea kau rase kan aku better pkai tudung ke shawl..??" , "Kasut takde lagi ni wei…". Hehe. Comel lah korang ni =)



Ehh.. actually kan aku tulis entry ni nak sembang pasal RAMADHAN sebenarnye. Mukaddimah panjang gile. Dahlah terpesong dengan tajuk utama. Never mind lah. Ok back to the topic. Ape yang first korg terpikir kalu sebut bulan RAMADHAN ni??




Ok ni ape yang terlintas kat fikiran aku r. Biasanya kalau sebut bulan puasa ni orang duk teringat kat….

-        -Bazaar ramadhan
-        -Main mercun..tanglung..bunga api..
-        -Duk sibuk pasang lagu raye
-        -Persiapaan raya pun tak kurang hebatnya

Tapi ini ke makna ramadhan yang sebenar?? I mean ramadhan yang datang setahun sekali dalam hidup kita. Yang kita tunggu-tunggu setiap tahun. Kalau kita setakat fikir benda ni, meaning kita punye ramadhan takde pape yang spesel pun lah kan. Biasa-biasa jer. Rasa macam hilang je nikmat bulan ramadhan ni… =(

So, ape makna ramadhan yang sebenar??? Ape yang speselnye bulan ramadhan ni?? Guess??? Think???


Firman ALLAH s.w.t :
“Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa”(surah al-baqarah ayat 183)
# Umat ISLAM dilatih untuk mengawal diri daripada makan dan minum. Kenapa?? Sebabnya ALLAH nak kita merasai apa yang saudara kita kat afrika or mana-mana jelah yang hidup dalam kelaparan, kehausan.

Actually, memang beza sangat lah dengan kita kan yang mostly dapat makan cukup je 3 kali sehari. Lebih pulak tu. ALLAH nak latih kita jadi hamba yang lebih bertaqwa. Baik kan ALLAH =)


“Bulan ramadhan yang padanya diturunkan Al-quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah”(sural al-baqarah ayat 185)
# Bulan ni jugak bulan yang ALLAH turunkan surat cinta-NYA kat kita. Subhanallah. Tapikan korang kalau kita boleh khatam surat cinta ni dalam bulan ni lagilah rasa besssttt kan. Kalau nak senang baca satu juzuk sehari untuk ikhwah lah. 30 hari = 30 juzu. Kalau akhawat tu aku rasa korang kena usaha lebih sikit. Boleh bac lebih lagi kot dalam sehari sebab korang mugkin ada masalah dengan masa korang period kan. Just saying lah~~~


“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-quran) ini pada malam Lailatul-Qadar, dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan”(surah al-qadr ayat 1-3)
# Dalam firman-NYA, ALLAH ada sebut jugak yang dalam bulan ramadhan ini ade satu malam ni yang lebih baik daripada seribu bulan iaitu malam Lailatul-Qadar… ALLAH3X.. Betapa ALLAH sayangnya kat kita. ALLAH tunjukkan kasih sayang-NYA dengan bagi peluang kat semua hamba-NYA, kat kita yang kerdil ni untuk mencari mlm yang spesel ni…=)



“Barangsiapa yang berpuasa dgn penuh iman dan berazam bersungguh-sungguh ALLAH mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu, dan barangsiapa yang bersolat pada malam Lailatul-Qadar dengan penuh iman dan berazam bersungguh-sungguh, ALLAH mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu”(shahih MUSLIM hadis no 760)
# Dalam hadis pun ada sebut istimewanya bulan ramadhan ni. Kalau kita betul-betul ikhlas, bersungguh-sungguh untuk beribadat kat ALLAH, ALLAH takkan sia-siakan usaha kita tu. Nak kata betapa ALLAH sayangnya kat kita smpai DIA sanggup ampunkan dosa kita kan. Sape yang taknak ganjaran istimewa ni memang rugi aaa sangat-sangat! =)



Okay. Then aku just nak share antara amalan-amalan yang korang boleh buat time bulan puasa ni. Kan ke kita nak ramadhan kita tahun ni more meaningful, right???

1.  Keutamaan Sahur Dan Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar


Dari Anas radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.”
(HR Bukhari & Muslim)
Dari Zaid bin Tsabit radhiAllahu ‘anhu berkata:  “Kami sahur bersama-sama dengan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam, kemudian kami melaksanakan solat.” Ada seseorang bertanya:  “Berapa lama antara sahur dengan solat itu?” Ia menjawab:  “Kira-kira 50 ayat.”
(HR Bukhari & Muslim)
Dari ‘Amr bin ‘Ash radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Kelebihan puasa kami dan puasa ahli Kitab adalah adanya makan sahur.”
(HR Muslim)
2.  Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka


Dari Sahl bin Sa’d radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa.”
(HR Bukhari & Muslim)
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu berkata:  “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam sentiasa berbuka dengan beberapa biji ruthob (kurma yang baru masak) sebelum solat.  Jika tidak ada ruthob (kurma yang baru masak), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam berbuka dengan tamar (kurma yang sudah kering).  Jika tidak tamar (kurma yang sudah kering), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam meneguk air beberapa teguk.”
(HR Abu Daud dan At-Tirmidzi)

3.  Berdo’a sepanjang berpuasa dan ketika berbuka.


Diriwayatkan oleh Turmudzi dengan sanad yang hasan, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Ada 3 golongan yang tidak ditolak do’a mereka, iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin negara yang adil dan orang yang teraniaya.”


4.  Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alahi wasallam bersabda:  “Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/berteriak.  Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata:  “Sesungguhnya aku sedang berpuasa””. (HR Bukhari & Muslim)
Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: ‘Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan perbuatan buruk, maka Allah tidak memerlukan ia meninggalkan makan dan minumnya.” (HR Bukhari)


5.  Bersiwak atau menggosok gigi.


Amir bin Rabi’ah berkata,  “Saya melihat Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersiwak dan beliau pada saat itu sedang berpuasa.  Kerana seringnya, maka saya tidak dapat membilang dan menghitungnya.” (HR Bukhari)
Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu mengatakan bahwa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Andaikan tidak memberatkan umatku, niscaya mereka kuperintahkan bersiwak pada setiap kali berwudhu.” (HR Bukhari)


6.  Bermurah hati dan banyak menderma.


Dari Ibnu Abbas radhiAllahu ‘anhu katanya:  “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam adalah seorang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadhan yakni ketika ditemui Jibril.  Biasanya Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari al-Quran.  Maka Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih murah hati melakukan kebaikan dari angin yang bertiup.” (HR Bukhari)

7.  Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran.



(Hadith Ibnu Abbas di atas menyatakan bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bertadarus (mempelajari al-Quran) dengan Jibril pada setiap malam Ramadhan.)
Membaca al-Quran adalah amalan biasa ummat Islam, tetapi sempena bulan Ramadhan, hendaklah kita tumpukan betul-betul dan menggandakannya.  Para ulama apabila tibanya bulan Ramadhan akan memberhentikan kuliah yang diajar mereka dan menumpukan kepada mempelajari al-Quran.  Membaca untuk memahami al-Quran yakni mentadabbur al-Quran adalah lebih utama dari membaca laju untuk mengkhatamkannya beberapa kali pada bulan Ramadhan.


8.  Memberi makan untuk berbuka puasa.
Dari Zaid bin Khalid Al-Juhanny radhiaAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.” (HR At Turmudzy)


9.  Mendirikan malam dengan solat sunnat (solat Tarawih)


Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:  “Barangsiapa yang mengerjakan solat sunnat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH, maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari & Muslim)


10.  Giat beribadah pada 10 hari terakhir Ramadhan
Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata:  “Bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam apabila masuk sepuluh terakhir bulan Ramadhan. Diramaikannya waktu malam, dibangunkannya ahli keluarganya dan diikat erat kain sarungnya.” (HR Bukhari & Muslim)


11.  Beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan.
Dari Ibnu Umar radhiAllahu ‘anhu berkata:  “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata:  “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan sehingga Beliau sallAll alaihi wasallam dipanggil ALLAH Ta’ala, kemudian setelah beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam wafat, isteri-isterinya meneruskan kebiasaan Beliau itu.” (HR Bukhari & Muslim)

Okay guys.. sampai di sini jelah perjumpaan kite ye.. mintak maaf lah kalu ade pape yang terkurang terlebih. Last but not least kalau nak betul-betul ramadhan kita ni lagi bermakna, just imagine yang ni ramadhan kita yang terakhir. Yang baik itu datang daripada ALLAH, yang buruk itu datang dari diri aku yang hina ni, hakikat semuanya datang daripada-NYA.


Wallahualam.


your buddy,
dr. SL from munira.. =)


0 comments:

Post a Comment

  • RSS
  • Facebook
  • Youtube