Bismillah wal hamdulillah.
Wa. Tinggal beberapa hari lagi sahaja untuk
menghadapi kertas Biochemistry.
Seronoknya :D
Meskipun ini mungkin seolah-olah kertas
yang terakhir untuk dihadapi sebelum bermulanya cuti musim panas, ramai
rakan-rakan seperjuangan mengadu kurangnya semangat.
“ Ish, malasnya nak buka buku Biochemistry ni”
“Study ala kadar je lah. Tak ada mood lah.”
“Semangat untuk ulangkaji biochemistry tak macam semangat masa belajar Anatomy dulu”
Tungguuuuuu! Jangan biarkan semangat anda terus luntur dan
futur. Saya mungkin bukanlah orang
terbaik untuk menaikkan motivasi para doktor GEN11US kerana saya yakin ramai
lagi rakan-rakan yang jauh lebih cemerlang dan haibat daripada saya. Jadi, jum
kita sama-sama cari penyelesaiannya nak? J
Langkah pertama : Cari motivasi daripada Al
Quran / Hadis
Kita semua orang beriman kan? Maka dengan
penuh keyakinan dan thiqah billah, kita mulakan dengan mencari obor semangat
daripada kitab Allah. InsyaAllah, bi iznillah kita akan jumpa ayat-ayat
cintaNya yang sememangnya Dia tujukan pada kita. Banyak ayat-ayat motivasi yang
menggalakkan kita terus bekerja dan berusaha tanpa kira masa atau ketika.
“ Dan bahawa manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya. Dan sesungguhnya usahanya itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya). Kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna. Dan sesungguhnya kepada Tuhanmulah kesudahannya (segala sesuatu)” (Surah an Najm : 39-42)
“Untuk (kemenangan/ syurga) serupa ini, HENDAKLAH BERAMAL ORANG-ORANG YANG MAMPU BERAMAL.” (Surah as Saffat : 61)
“Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan) tetaplah bekerja keras untuk yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap” (Surah Asy-Syarhu : 6-8)
Rasulullah bersabda : “Sesungguhnya Allah suka kepada seseorang daripada kamu yang melakukan kerja dengan tekun dan bersungguh-sungguh, dan untuk memperoleh (kejayaan) seperti inilah hendaknya yang beramal itu melahirkan amal usahanya yang bersungguh-sungguh.”
Haaa. Kan banyak ayat-ayat yang
merangsang semangat kita untuk terus berusaha ! ^^ Sifat malas ini tak layak
untuk orang yang beriman tau kerana rehat bagi orang-orang yang beriman itu
hanya di akhirat kelak. (muhasabah diri sendiri T.T)
Langkah 2 : Doa banyak-banyak
Seperti yang kita semua imani dan
yakini, doa ialah senjata orang-orang beriman dan Allah tidak pernah,tidak akan
dan tidak SESEKALI akan memungkiri janjinya.
Berdoalah kepada Allah agar terus diberi
kekuatan untuk mengulangkaji pelajaran yang berbaki ini. Doalah kepada Allah
untuk thabat, ikhlas dalam menuntut ilmu semata-mata kerana Dia.
Nabi kita ter-chenta pun ada ajarkan doa
:
“Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan kikir, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.”
(HR Abu Dawud 4/353)
Alaa, ini doa yang kita hari-hari setiap
pagi dan petang baca dalam ma’thurat tu. Tak berkesan?
Ehm, mungkin kerana hati kita yang tak
bersungguh dalam berdoa. Atau mungkin kerana kita tidak menghayati makna doa.
(muhasabah diri sendiri lagi T.T) Takpe, teruskan berdoa ! Dan berusaha. Jangan
putus asa daripada rahmat Allah. RahmatNya lebih luas daripada apa-apa yang ada
di langit dan di bumi.
Langkah 3 : Hubungi ibu-ayah /
papa-mama / abi-ummi / etc.
Telefonlah mereka dan minta kata-kata
semangat daripada mereka. Bayangkan wajah-wajah mereka yang menyandar segunung
harapan kepada kita. Takkan kita nak futur dan berusaha sambil lewa? Mohonlah doa mereka.
Yeah ! Saya tahu kawan-kawan dah mula
bersemangat untuk study Biochemistry dan English. Tapi, ada lagi
langkah-langkah yang ingin saya kongsikan. Teruskan bersemangat untuk baca ya J
Langkah 4 : Hubungi rakan-rakan.
Selain menghubungi ibu ayah yang nun
jauh di Malaysia terchenta, telefonlah juga rakan-rakan. Yelah, masing-masing
terperap di rumah, khusyuk muraja3ah.
Telefonlah rakan-rakan untuk saling
memberi kalam taujihat, kata-kata semangat. Kalau tak ada kredit (atau agakss
kedekut untuk beli top-up), guna lah Skype, FB Chat, Video Call daripada
Facebook, Smart Voip atau sebagainya. Dunia kan dah maju, tiada lagi sempadan
biarpun berlainan imarah atau dipisahkan oleh stesen metro Sayyeda Zainab.
A : Hello, Assalamualaikum Bro.
B : Waalaikumussalam Akh. Sihatka? Lama
tak dengar berita naaa.
A: Sihat Alhamdulillah. Takde, ana nak
minta kalam taujihat ni. Enta dah study sampai mana? Ana rasa kurang
semangatlah. Tolongla ana ni. Enta lah sumber inspirasi dan aspirasi ana.
Ecehh.
B: Kalam taujihat? Ehm,ana pun lebih
kurang je macam enta. Ana dah ulang 6-7 kali dah buku Biochemistry karya Staff
Members of Faculty Medicine ni. Past Year Question pun ana dah habis buat.
Sampai tak tahu nak buat apa lagi. Bla. Bla. Bla.
A: Huh? (Terus letak telefon)
B: Hello? Hello?
Tanya-tanya lah rakan anda,sampai mana
mereka dah study. Kalau agak-agak kita terlambat tu, apa lagi, increase your
velocity! It’s never too late!
Langkah 5 : Apa kesan kita malas?
Cuba koreksi diri semula, apa kesannya kita malas dan
tidak bersemangat?
Teringat kata-kata seorang senior – you
know who-
“You are the asset of the Ummah!”
Kitalah penggerak ummah. Kecemerlangan
kita mempengaruhi kecemerlangan ummah tanpa kita sedari.
Ambil lah semangat rakyat Mesir dan
kemenangan Dr Mursi. Takkan selepas kemenangan Dr Mursi, kita masih ingin minum
susu dan tidur secara bahagia. Kemenangan Dr Mursi merupakan satu titik
permulaan untuk kita terus bersemangat dan menggembleng tenaga demi Islam !
Kerana kita sama-sama yakini juga bahawa study adalah medan untuk kita berjihad
dan semoga Allah terima usaha-usaha kita walaupun sekecil-kecil usaha.
"Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarrah (atom), nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarrah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya." (Surah al Zalzalah : 7-8)
Langkah 6 : Mula study sekarang ! J
Tinggal 1 hari berapa jam lagi untuk terus berusaha.
Gambatte kudasai !
Syudda helak !
Chaiyook !
Secara kesimpulannya, para doktor
GEN11US, M***S dan lemah semangat adalah satu jenis penyakit yang perlu dirawat
segera sebelum ia disebarkan sama ada melalui Facebook, borak-borak kosong atau
sebagainya. Semoga langkah-langkah ini bermanfaat.
Teruskanlah perjuangan. Teruskan lah
bersemangat untuk sama-sama cemerlang, sama-sama MUMTAZ. Terus fokus pada agenda dan bergerak. Doakan rakan-rakan
yang lain juga agar lebih berkat dan terasa manisnya berukhuwwah dalam berjuang. <3
Go GEN11US Doctors !
oleh,
Dr.SakuraMesir
Beit di hujung Mouniera
yosh!!! mantap kosai!!!
ReplyDeletecikhatirapuh pun kene sindrom mantap kosai? hakhak. btw, nice sharing.
ReplyDeletehuuu, gather up spirit. boooom! daaa.
mcm kenal si penulisss :D
ReplyDelete