Bismillahirrahmanirrahim.
“Dari Abdullah bin 'Amr RA berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda; sampaikanlah daripada aku walaupun satu ayat.”
(HR
Bukhari)
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
A: Eh, tu budak
tahfiz kan?
B: Haah.Ingat menghadap
quran twentyfourseven jadi baik. Rupanya…
C: Siap mama papa
lagi dengan awek duckface tue. cett.. blablabla…
*****
Eh,cop!
Seronok cakap orang
teruk?
Cermin la diri sikit.
(By the
way, budak tahfiz tue mmg salah. fullstop! )
Ini lah orang kata
hidayah dah ada tapi TAK ADA TAUFIQ.
(Taufiq
= kekuatan melakukan taat.)
Sebagai contoh,
budak tahfiz tadi… (bro, jauh sangat contoh tu..)
Ok .contoh yg dekat.
Diri kita sendiri.
Siapa? jerit sama2.
DIRI KITA SENDIRI !!!
*****
Allahuakbarullahuakbar.... <<< ini azan
Seman anak Leman : Sam,
dah azan asaq le. Siap jom.
Samad ibnu Pak Mat :
Azan ? Iqomat lambat lagi. Habis buku hijau ni
aku turun la.
(Jarak
antara azan dan iqomah di Mesir lebih kurang 10-15minit )
(Tapi
bergantung pada waktu solat juga )
Lailahaillallah
<<< Iqomat sudah habis.
Samad ibnu Pak Mat :
Mandi la dulu. Nak segarkan badan. Nak jumpa tuhan
kan. (desis hatinya, lalu mencapai tuala gambar mickey mouse).
10 minit kemudian..
Samad ibnu Pak Mat :
Fuh! segar rasanya. Eh, man, dah habis solat kat masjid?
Seman anak Leman : Dah
lama dah... Waktu kau nyanyi korus Isabella tadi.
Nota kaki:
Isabella lagu ketiga
daripada 17 lagu yang disumbangkan.
Seman anak Leman
masuk bilik. Sambung belajar Physio.
Setiap waktu solat
hampir sama sketsanya. Dalam 365 hari setahun setiap hari begitu .
Solat jemaah di
masjid tertinggal. Eh silap, bukan tertinggal tapi ditinggal.
*****
Tamat sketsa harian.
Dapat isinya?
Dapat? Eh, bukan
part korus Isabella tu.
Nak bagitahu apa kat
sini,
Berapa ramai yang dapat
hidayah tapi tidak dapat taufiq.
Tu pasal Samad ibnu
Pak Mat tidak boleh bertindak seperti Seman anak Leman.
Kekuatan. Ya! Kekuatan
itu yang tiada.
Jadinya ,sama-samalah
berdoa agar sentiasa diberi hidayah DAN TAUFIQ.
-Tamat-
****
Headshot? bohong.
Ini busur panahlah.
“Andai kamu di sapa hidayah, gapailah
segera. Kerana, takut-takut itu adalah hidayah yang terakhir.”
Astaghfirullahalazim.
Astaghfirullahalazim.
Astaghfirullahalazim.
Jangan bertangguh
untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan!
Yok!
“Rasulullah
SAW bersabda yang bermaksud; Sesiapa yang berkehendakkan dunia maka hendaklah
dia berilmu, sesiapa yang berkehendakkan akhirat maka hendaklah dia berilmu dan
sesiapa yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah dia berilmu."
(Imam
As Syafie)
[Muhammad]
Fustateleven
®
Best cerita ni. Realiti kita ( mungkin bukan semua,tapi kebanyakan). Doakan agar kita semua mendapat TAUFIQ itu.
ReplyDeleteterasa kot...
ReplyDelete-ini duang
andai hidayah itu milik kita.
ReplyDeletepasti kita nak bagi je kt org bukan Islam utk sama2 Islam kan?
tapi hidayah itu milik Allah..
bersyukurlah setelah mendapat rahmat dan kasih sygNya.
dan kita nak capai taufiq cm mana pulak?
sentiasa ada pergantungan padaNya utk beri kita semua kekuatan.