Bismillahirrahmanirrahim.
“Dari Abdullah bin 'Amr RA berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda; sampaikanlah daripada aku walaupun satu ayat.”
(HR Bukhari)
Kadang-kadang
kita terlalu susah untuk tersenyum dan seringkali bermasam muka,
Tapi
terlupakah kita bahawa Rasulullah sentiasa tersenyum walaupun musuh-musuh
baginda memaki hamun tanpa belas kasihan?
Terlupakah
kita bahawa manisnya senyuman Rasulullah sehingga ada yang jatuh hati?
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Kadang-kadang
kita terlalu sibuk dalam urusan pembelajaran dan persatuan sehingga melupakan
hak dan tanggungjawab terhadap keluarga, sahabat, dan ahli beit,
Tapi
terlupakah kita bahawa Rasulullah jauh lebih sibuk dalam mentadbir sebuah
negara Islam?
Namun,
baginda tidak pernah lalai dalam menunaikan hak pada ahli keluarga dan
sahabat-sahabat baginda.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Kadang-kadang
kita mengeluh penat dalam perjalanan sebagai seorang pelajar Medik,
Tapi
terlupakah kita bahawa Rasulullah tidak pernah mengeluh penat dalam perjuangan
baginda?
Terlupakah
kita tentang cabaran dan rintangan yang dihadapi oleh baginda?
Jauh
berkali-kali ganda berbanding ujian yang kita hadapi.
Ya,
baginda pernah terduduk dan menangis,
Tapi
baginda bangkit semula.
Bangkit
dengan semangat dan keyakinan yang teguh pada Tuhan yang Maha Kuasa.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Kadang-kadang
kita mengaduh dan merungut tak tentu hala dengan ujian kesakitan,
Tapi
terlupakah kita bahawa Rasulullah ketika menghadapi sakitnya sakaratul maut,
Bukan
mengaduh atau menjerit yang terkeluar dari mulut baginda,
Tapi
perkataan Ummati ummati ummati yang menjadi sebutan baginda.
Sayangnya
baginda pada kita, umatnya.
Umat
yang jauh dari baginda.
Umat
yang kian lupa pada baginda.
Umat
yang semakin tidak ambil kisah tentang sirah baginda.
Umat
yang makin luntur kecintaan pada baginda.
Umat
yang mengabaikan sunnah baginda.
Umat
yang memperlekehkan perjuangan baginda.
Maafkan
kami ya Habiballah,
Yang
seringkali alpa dengan diri kami sendiri.
Yang
begitu keras hati sehingga tidak dapat mengalirkan air mata mengenangkanmu.
Yang
terlalu kedekut untuk berselawat kepadamu.
Ya
Rasulullah,
Saksikan
bahawa kami rindu padamu.
Sungguh,
kami rindu.
Moga
kita dapat bertemu di akhirat nanti.
Dalam
keadaan kau tersenyum pada kami,
Sebagaimana
kau tersenyum pada sahabat-sahabatmu pada suatu masa dahulu.
Moga
kita sama-sama dapat melepaskan rindu yang terpendam sekian lama.
Rindu
yang pernah kau tuturkan pada suatu masa dahulu,
Sedangkan
kami masih tidak wujud di bumi perjuanganmu ini.
Something
to ponder sahabat sahabiah yang dikasihi Allah,
Benarkah
kita rindu pada Nabi?
Sedangkan
kita tidak pernah berimpian untuk berjumpa dengan baginda di syurgaNya nanti.
Benarkah
kita sayang pada Nabi?
Sedangkan
kita tidak pernah ambil tahu tentang baginda. Kata orang, tak kenal maka tak
cinta.
Benarkah
kita layak mendapat syafaat Nabi?
Sedangkan
kita jarang sekali berselawat dan mengikut sunnah baginda, malah
memperlekehkan.
Kita
kata, Rasulullah itu idola,
Tapi
jarang sekali kita mencontohi Nabi dalam kehidupan seharian kita kan?
Sedangkan
sekecil-kecil sehingga sebesar-besar perkara Nabi telah ajar pada kita.
Tapi
kita sombong dan bongkak, tak mahu ambil cara Rasulullah.
Kononnya
budaya Rasulullah, budaya lapuk.
Kita
lebih yakin dengan janji-janji ‘ulama’ barat.
Anyhow,
belum terlambat untuk kita ubah cara hidup .
Let’s
apply sunnah in our daily routine and these are a few of the sunnahs which we
can apply them.
1. Bangun awal sebelum subuh untuk
solat sunat tahajud dan membaca Al-Quran.
2. Membaca doa bangun tidur.
3. Bersiwak.
4. Mandi sebelum Subuh.
5. Membaca ma’thurat.
6. Solat Dhuha.
7. Minum madu bersama air sejuk
sebelum sarapan.
8. Sikat dan minyak rambut.
9. Memakai pakaian yang bersih dan
indah.
10. Memulakan setiap perbuatan dengan
basmalah.
11. Basuh tangan sebelum dan selepas
makan.
12. Makan ketika lapar dan berhenti
sebelum kenyang.
13. Duduk ketika makan dan minum.
14. Makan secara berjemaah di atas
hamparan.
15. Berjalan dengan tegap dan badan
condong ke hadapan.
16. Berzikir, istighfar dan mendengar
lagu yang mengingati Allah ketika berjalan.
17. Menyebut Allahu akbar ketika
menaiki bukit dan subhanallah ketika menuruni
bukit.
18. Memberi salam dan sentiasa
tersenyum.
19. Qailulah.
20. Menjaga
wudhu’
21. Tidur sejurus selepas isyak
melainkan ada urusan.
22. Solat Witir.
“Hendaklah kamu bertakwa kepada Allah, dan
mendengar serta taat (kepada pemimpin) meskipun ia seorang budak hitam. Dan
kalian akan melihat perselisihan yang sangat setelah aku (tiada nanti), maka hendaklah kalian mengikuti sunnahku
dan sunnah para khulafa’ rasyidin mahdiyyin (pemimpin yang lurus dan mendapat
petunjuk), gigitlah ia dengan gigi geraham (berpegang teguhlah padanya),
dan jauhilah perkara-perkara muhdatsat (hal-hal baru dalam agama), sesungguhnya
setiap bid’ah itu kesesatan.”
(HR. Ibnu Majah. Hadis senada diriwayatkan pula
oleh At-Tirmidzi, Abu Dawud, dan Ahmad).
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
“Sesiapa yang berkehendakkan dunia maka hendaklah dia berilmu,
sesiapa yang berkehendakkan akhirat maka hendaklah dia berilmu dan sesiapa yang
berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah dia berilmu."
(Imam Asy-Syafi’e)
Selamat beramal dengan sunnah idola kalian!
[AlFateh]
Fustateleven ®
assalamualaika ya rasulullah..
ReplyDeletemaaf bertanya,betul ke madu ngan air sejuk?? mohon pencerahan..
ReplyDeletekalau tgk pd botol madu, disarankan utk minum madu then air panas.. xtahu kesahihannya ^^
ReplyDeleteini best.
ReplyDeleteAllahu Allah..
ReplyDelete