Monday, February 04, 2013

Cinta Itu Haram?

Posted by GEN11US Monday, February 04, 2013
Bismillahirrahmanirrahim.


“Dari Abdullah bin 'Amr RA berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda; sampaikanlah daripada aku walaupun satu ayat.”

(HR Bukhari)




Bismillah
Soal cinta,

 

Cinta itu suci yang dinodai,
Cinta itu luas yang disempitkan
Cinta itu hakiki yang dibayangi
Cinta itu ikatan yang diputuskan.

          Deras media barat dan salah penafsiran, menyebabkan cinta yang mengikat dua hati, akhirnya menjadi kotor berdebu, disaluti puing-puing berapi.

          Hakikatnya bila disyarahkan cinta, maka timbul persepsi cinta tidak syar’ie. “Tokoh-tokoh agamawan” yang baru sahaja belajar mengikat serban, baru belajar mengenal jawi, sudah mentafsirkan bahawa “CINTA ITU HARAM”, dengan bersandarkan istinbat hukum “la taqrabuzzina”, maka cinta yang dipersalahkan.

          Cinta itu suci, tetapi telah dinodai. Ternoda dengan pelbagai desakan-desakan zaman ini, media barat, movie tempatan mahupun luar, menayangkan konon-kononnya cinta yang mereka tafsir itu sangat suci, dengan menceritakan si hero mampu menyelamatkan si heroin, walau apa pun rintangan, demi cinta, semua diredah. Dan juga ditayangkan aksi-aksi panas, melilit nafsu, menyentap iman, maka itulah tafsiran mereka tentang cinta, sungguh cinta itu ternoda. Tidakkah mereka lihat cinta itu sangat suci, menyatukan dua hati, menjadikan dua insan saling mengambil berat sesama sendiri, menjadikan hati itu segar dan berbunga tatkala cuaca panas dan kering.

          Cinta itu haram? Bukanlah cinta itu yang haram, kerana  fitrah manusia itu untuk menyintai dan dicintai, tidakkah Allah zalim kalau menciptakan manusia dengan fitrah cinta lalu mengharamkan perkara tersebut? Subhanallah, bukanlah cinta itu yang haram, tetapi cinta yang mendekati zina itu yang HARAM.

          Satu kisah daripada hadis nabi mafhumnya, datang seorang pemuda yang memberitahu Nabi bahawa dia meminati seorang gadis, lalu apa jawapan baginda? “Kenapa kamu tidak meminangnya?”, tiada sedikit pun Rasulullah menegur sahabat itu kerana sifat cintanya, tetapi Nabi menyuruh dia untuk bercinta mengikut syariah, dengan meminangnya.

          Cinta itu luas yang disempitkan, dan dari awal lagi penulis menceritakan seolah-olah cinta itu terhad pada dua pasangan kekasih, namun hakikatnya, cinta itu luas, lihat sahaja cinta agung ibu pada anaknya, datanglah apa pun cabaran, ditepis dengan bengis, hanya kerana demi anak. Lihatlah cinta majikan pada pekerjanya, diasuh pekerja tanpa mengenal letih. Lihat sahaja cinta guru kepada anak muridnya, walaupun bebal tetap tabah mendidik, dan lihatlah cinta yang paling agung dan murni, cinta Allah kepada hamba-hambanya, walaupun kufur, tetap diberi nikmat, walaupun lupa pada Nya, tetap dibelai dengan kesihatan, walaupun ingkar, tetap memberi kasih sayang, supaya hamba-hambaNya itu sempat sujud taubat padaNya sebelum berakhir nyawa di halqum.

          Maka betulkan kembali definisi cinta, luruskan kembali jalan-jalan cinta yang bersimpang siur, tenangkan kembali gelora nafsu yang bertopengkan cinta, luaskan tanggapan cinta, dan bersama-sama kita mencapai CINTA YANG MAHA ESA!!

“Sesungguhnya Allah MENCINTAI orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.” 
(Assaff 61:4)

-Selamat meraih cintaNya!-




“Sesiapa yang berkehendakkan dunia maka hendaklah dia berilmu, sesiapa yang berkehendakkan akhirat maka hendaklah dia berilmu dan sesiapa yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah dia berilmu."
 (Imam As-Syafie)




[Zhelas]
Fustateleven®


2 comments:

  1. "Cinta itu cahaya sanubari kurniaan Tuhan fitrah Insani."

    Terima kasih atas perkongsian.. Jemput singgah sini.. Moga kita mendapat manfaat bersama.. :)

    http://khairamir.blogspot.com <---

    ReplyDelete

  • RSS
  • Facebook
  • Youtube