• GEN11US

    Beyond Exceptional MD's

  • Featured Post

    Hadis-40 Ketandusan hati salah siapa?

  • Featured Post

    Laporan Khas: Sistem Syif

  • Featured Post

    Cintaku bukan di atas kertas

Friday, February 15, 2013

Cintailah Yang Hakiki

Posted by GEN11US Friday, February 15, 2013
 Bismillahirrahmanirrahim.

“Dari Abdullah bin 'Amr RA berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda; sampaikanlah daripada aku walaupun satu ayat.”

(HR Bukhari)
  


Memilih untuk mencintai Allah, kita telah memiliki segala-galanya. Nikmat apa lagi yang hendak didambakan melainkan syurga Allah yang tidak ternilai darjatnya dan syafaat baginda Rasulullah SAW di mahsyar kelak.

Bagaimana mungkin untuk mendapatkan syurga Allah andai  tidak mematuhi peraturan dan syarat yang telah ditetapkan?

Bagaimana mungkin untuk melaksanakan perintah dan suruhan-Nya dengan hati yang ikhlas tanpa hadirnya cinta yang pertama dan selamanya- cinta kepada Allah.

Ayuh! Kita berusaha untuk mendapatkan cinta Allah– cinta yang tidak pernah luntur dan mengecewakan.

Tiada mahabbah tanpa ma’rifah – kenali Allah dan cintai Allah sepenuhnya-  Ya Rabb!!



Kisah Sahabat:
Saad Bin Muaz adalah salah seorang sahabat Rasulullah SAW  yang berkulit hitam pada masa itu malah dikatakan jauh lebih hitam daripada Bilal. Saad memeluk Islam pada usia 31 tahun dan syahid pada usia 37 tahun, seorang yang tinggi iman dan cintanya kepada Allah.

Ketika berhijrah ke Madinah, beliau ingin mendirikan rumah tangga lalu dipinangnya seorang perempuan di Madinah.  Disebabkan kulitnya yang hitam, pinangannya ditolak berkali-kali. Rasa kecewa menyelebungi lalu mendatangi Rasulullah untuk mengadu, “Wahai Rasulullah, adakah hinanya aku ini kerana berkulit hitam sehingga pinanganku ditolak  berkali-kali?". Lalu, Rasulullah berkata, “Jangan bimbang Saad, engkau adalah orang yang aku jamin”. 

Lalu, Saad dibawa oleh sahabat-sahabat ke rumah wanita yang cantik di Madinah itu. Mereka dilayan dengan baik oleh bapa wanita tersebut. Di saat hajat mereka disampaikan untuk meminang anaknya, si bapa sangatlah gembira kerana menyangka anaknya dipinang oleh  Rasulullah. Kejujuran Saad menyatakan bahawa beliaulah yang ingin meminang anaknya itu. Si bapa menjadi marah dan menghina Saad yang berkulit hitam ingin berkahwin dengan anaknya yang cantik.

Perempuan tersebut menegur bapanya kerana menolak pinangan Saad Bin Muaz yang merupakan seorang yang dijamin oleh Rasulullah. Lalu, si bapa pergi mengejar  Saad dan meminta maaf serta menerima pinangan Saad di depan Rasulullah. 

Dan Rasulullah menyuruh Saad membeli kelengkapan perkahwinannya. Ketika sedang membeli keperluan perkahwinan, Saad terdengar seruan jihad daripada Rasulullah, “Wahai pemuda2 Islam, bersiap siaga segera kerana musuh sedang datang untuk menyerang kita." Lalu, Saad menukar fikiran dengan membeli kelengkapan perang, baju perisai dan kuda.

Saad segera pergi berbaris paling hadapan dengan sahabat-sahabat yang lain . Disebabkan baju perisai yang lengkap, Saad tidak dikenali . Takdir Allah, Saad  syahid  dalam peperangan tersebut. Berita syahidnya Saad disampaikan kepada Rasulullah.

Rasulullah berkata, “Di saat kematian Saad bergegar Arasy Allah dan menangis para malaikat di langit dan di bumi”. Saad Bin Muaz dimuliakan oleh Allah di saat kematiannya walaupun hanya 6 tahun jangka hayatnya dalam Islam.

Allahu Akbar!

Betapa tingginya nilai Islam dan kecintaan beliau kepada Allah dan Rasulnya sehingga dimuliakan oleh Allah sebegitu.  Apakah kita sama sepertinya?

Jika cinta kepada Allah yang  pertama, jadilah cinta itu cinta yang ‘high class’. Segalanya bercinta dan berkasih sayang kerana Allah.

Secangkir kata setulus hati buat sahabat-sahabat :

Jika ada sesiapa pinta CINTAMU, katakana ianya hanya pada Allah 
Jika ada sesiapa pinta RINDUMU, katakana ianya hanya pada Rasulullah 
Jika ada sesiapa pinta KASIHMU, katakana ianya hanya pada IbuBapa-mu 
Jika ada sesiapa pinta SAYANGMU, katakana kau menyayangi saudara Muslimmu 
Jika ada sesiapa pinta KEIKHLASANMU, maka berilah ia pada yang benar-benar menghargainya

~Jadikanlah Cinta Allah dan Rasulullah melebihi segala-galanya~



“Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; Sesiapa yang berkehendakkan dunia maka hendaklah dia berilmu, sesiapa yang berkehendakkan akhirat maka hendaklah dia berilmu dan sesiapa yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah dia berilmu."
(Imam As Syafie)



[H.H]
Fustateleven ®





Tuesday, February 12, 2013

Love is Cinta?

Posted by GEN11US Tuesday, February 12, 2013

Bismillahirrahmanirrahim.

“Dari Abdullah bin 'Amr RA berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda; sampaikanlah daripada aku walaupun satu ayat.”
(HR Bukhari)

Love is cinta?
Cinta?

Bercakap tentang cinta, mesti kau nak kata macam ni kan?

‘Alah, mesti budak ni nak cakap pasal cinta Allah bla bla blaa…cliché sangat..’

Tak payah tipulah. Aku dah biasa buat macam tu. Hukhuk.

Tapi apa yang aku rasa, kalau bercakap pasal cinta ni, memang tak boleh lari dari bercakap pasal cinta Allah.

Kenapa?

Haa, biar aku explain dulu.
Okay, macam ni.. Kau check balik tujuan hidup kau. Eh, maksud aku, kita.

‘Hmm mestilah untuk capai redha Allah..’ 
‘Haaaa, ada dua yang dapat masa AHLAN dulu..Aku ingat, aku ingat!’ 
‘Ala, senang je..ibadah dan khalifah..’

Betullah semua jawapan tu dan kalau tengok balik kesemua jawapan tu, semuanya berkait dengan Allah kan?

Errr kecualilah ada yang jawab selain daripada tu (hidup untuk makan, hidup untuk enjoy, dsb..)

Tapi tujuan hidup yang sebenar memang dah tertera terang-terangan dalam al-quran tu.
Takkanlah kita nak jadi orang yang buta, bisu, dan pekak sampai tak nak mengaku tujuan hidup kita yang hakiki?

‘Ahh, banyak cakaplah kau ni. Apa kena mengena tujuan hidup dengan cinta pulak?’

Eh, mestilah ada.

Sekarang ni, kalau kau..eh maksud aku, kita..memang dah set hidup kita ni untuk Allah je, untuk beribadah dan menjadi khalifah, maka seluruh hidup kita ni memang berpaksikan pada Allah.

Hmm..cinta.

Cinta tu kan sebahagian dari fitrah kita semua sebagai manusia.
Jadinya, cinta pun tak boleh lari dari berpaksikan pada Allah.
‘Maksudnya?’

Okay, bertenang. Macam ni, kita selalu dengar kan, orang cerita pasal cinta Allah. Kebanyakan orang akan mentafsir cinta pada Allah ni melalui solat, puasa, dan ibadah-ibadah khusus yang lain.
Tapi kadang-kadang kita terlupa, cinta-cinta kita pada manusia juga boleh dijadikan sebagai cinta kita kepada Allah.

Contohnya, cinta kita kepada ibu dan ayah. Kalaulah kita niatkan cinta dan sayang kita kepada ibu dan ayah sebagai manifestasi cinta kita pada Allah, bukan ke itu pun dikira sebagai cinta pada Allah?

Simple kan?

Haa..tapi kita jarang sedar tentang perkara ni. Selalunya kita sayang pada ibu ayah kita kerana mereka menjaga dan membesarkan kita. Kerana mereka memberi duit belanja untuk kita. Kerana mereka pun sayang kita. Ahh, senang cerita, kerana mereka ibu ayah kita.

Tak salah pun kalau kita nak sayang ibu ayah kita kerana alasan-alasan tadi.

Tapi, rugilah kalau kita tak niatkan on the first place untuk sayang ibu dan ayah kita kerana Allah yang suruh kita sayang pada mereka.

Maksudnya, kita sayang ibu dan ayah kerana kita cinta pada Allah, kerana kita nak taat perintah Allah, kerana kita takut Allah murka pada kita, kerana Allah yang menciptakan ibu dan ayah kita, dan sebagainya.

The same goes to cinta sesama manusia yang lain.
Kalau kita sayang dan cinta pada seseorang, tanya diri kita, sama ada kita sayang pada orang itu kerana kita cinta pada Allah ataupun kerana orang itu semata-mata?

Contohnya, kalau orang yang nak berkahwin. Adakah dia memilih calon isterinya atas dasar aspek luaran wanita itu atau atas dasar wanita itu dapat mendekatkan dirinya pada Allah?

Kalaulah dia memilih kerana wanita itu dapat mendekatkan dirinya pada Allah, maka cinta pada calon isterinya itu adalah cintanya pada Allah.

Walaubagaimanapun, nak dapatkan cinta manusia yang berpaksikan cinta pada Allah, tidak boleh tidak untuk kita cinta pada Allah 100%, tiada kurang walau sedikit.

Pastikan hati kita cukup besar untuk mengisinya dengan cinta yang paling agung, cinta Allah agar segala tindak tanduk kehidupan kita, segalanya disandarkan pada cinta Allah.

Senang? Tak! Seriously tak.

Mana boleh senang-senang nak dapat cinta termahal, cinta teragung. (Err adakah maksudnya cinta yang senang-senang dapat tu cinta murahan? Jawab sendiri)

Bermujahadahlah untuk mendapat cinta teragung itu.

Allah tak jadikan kesusahan itu dengan sia-sia, Dia menyediakan pahala-pahala yang sangat banyak untuk mujahadah itu, dan pasti kemanisan cinta itu akan dirasai setelah kita melepasi darjat-darjat mujahadah yang berat itu.

Selamat bercinta dengan ibu ayah sebagai cinta pada Allah,
Selamat bercinta dengan boyfriend/girlfriend suami/isteri sebagai cinta pada Allah,
Selamat bercinta dengan sahabat-sahabat sebagai cinta pada Allah,
Selamat bercinta dengan makhluk-makhluk Allah sebagai cinta pada Allah,
Tak lupa, selamat bercinta dengan Rasulullah sebagai cinta pada Allah,

Selamat bercinta dengan Allah :)

P/s: couple tu dikira sebagai cinta pada Allah tak? Ada akal, fikir sendiri.

-Make your love worth!-


“Sesiapa yang berkehendakkan dunia maka hendaklah dia berilmu, sesiapa yang berkehendakkan akhirat maka hendaklah dia berilmu dan sesiapa yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah dia berilmu."
(Imam As-Syafie)



[AlFateh]
Fustateleven®

Monday, February 04, 2013

Cinta Itu Haram?

Posted by GEN11US Monday, February 04, 2013
Bismillahirrahmanirrahim.


“Dari Abdullah bin 'Amr RA berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda; sampaikanlah daripada aku walaupun satu ayat.”

(HR Bukhari)




Bismillah
Soal cinta,

 

Cinta itu suci yang dinodai,
Cinta itu luas yang disempitkan
Cinta itu hakiki yang dibayangi
Cinta itu ikatan yang diputuskan.

          Deras media barat dan salah penafsiran, menyebabkan cinta yang mengikat dua hati, akhirnya menjadi kotor berdebu, disaluti puing-puing berapi.

          Hakikatnya bila disyarahkan cinta, maka timbul persepsi cinta tidak syar’ie. “Tokoh-tokoh agamawan” yang baru sahaja belajar mengikat serban, baru belajar mengenal jawi, sudah mentafsirkan bahawa “CINTA ITU HARAM”, dengan bersandarkan istinbat hukum “la taqrabuzzina”, maka cinta yang dipersalahkan.

          Cinta itu suci, tetapi telah dinodai. Ternoda dengan pelbagai desakan-desakan zaman ini, media barat, movie tempatan mahupun luar, menayangkan konon-kononnya cinta yang mereka tafsir itu sangat suci, dengan menceritakan si hero mampu menyelamatkan si heroin, walau apa pun rintangan, demi cinta, semua diredah. Dan juga ditayangkan aksi-aksi panas, melilit nafsu, menyentap iman, maka itulah tafsiran mereka tentang cinta, sungguh cinta itu ternoda. Tidakkah mereka lihat cinta itu sangat suci, menyatukan dua hati, menjadikan dua insan saling mengambil berat sesama sendiri, menjadikan hati itu segar dan berbunga tatkala cuaca panas dan kering.

          Cinta itu haram? Bukanlah cinta itu yang haram, kerana  fitrah manusia itu untuk menyintai dan dicintai, tidakkah Allah zalim kalau menciptakan manusia dengan fitrah cinta lalu mengharamkan perkara tersebut? Subhanallah, bukanlah cinta itu yang haram, tetapi cinta yang mendekati zina itu yang HARAM.

          Satu kisah daripada hadis nabi mafhumnya, datang seorang pemuda yang memberitahu Nabi bahawa dia meminati seorang gadis, lalu apa jawapan baginda? “Kenapa kamu tidak meminangnya?”, tiada sedikit pun Rasulullah menegur sahabat itu kerana sifat cintanya, tetapi Nabi menyuruh dia untuk bercinta mengikut syariah, dengan meminangnya.

          Cinta itu luas yang disempitkan, dan dari awal lagi penulis menceritakan seolah-olah cinta itu terhad pada dua pasangan kekasih, namun hakikatnya, cinta itu luas, lihat sahaja cinta agung ibu pada anaknya, datanglah apa pun cabaran, ditepis dengan bengis, hanya kerana demi anak. Lihatlah cinta majikan pada pekerjanya, diasuh pekerja tanpa mengenal letih. Lihat sahaja cinta guru kepada anak muridnya, walaupun bebal tetap tabah mendidik, dan lihatlah cinta yang paling agung dan murni, cinta Allah kepada hamba-hambanya, walaupun kufur, tetap diberi nikmat, walaupun lupa pada Nya, tetap dibelai dengan kesihatan, walaupun ingkar, tetap memberi kasih sayang, supaya hamba-hambaNya itu sempat sujud taubat padaNya sebelum berakhir nyawa di halqum.

          Maka betulkan kembali definisi cinta, luruskan kembali jalan-jalan cinta yang bersimpang siur, tenangkan kembali gelora nafsu yang bertopengkan cinta, luaskan tanggapan cinta, dan bersama-sama kita mencapai CINTA YANG MAHA ESA!!

“Sesungguhnya Allah MENCINTAI orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.” 
(Assaff 61:4)

-Selamat meraih cintaNya!-




“Sesiapa yang berkehendakkan dunia maka hendaklah dia berilmu, sesiapa yang berkehendakkan akhirat maka hendaklah dia berilmu dan sesiapa yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah dia berilmu."
 (Imam As-Syafie)




[Zhelas]
Fustateleven®


Monday, January 28, 2013

Ya Rasulullah

Posted by GEN11US Monday, January 28, 2013

Bismillahirrahmanirrahim.

“Dari Abdullah bin 'Amr RA berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda; sampaikanlah daripada aku walaupun satu ayat.”
(HR Bukhari)

Kadang-kadang kita terlalu susah untuk tersenyum dan seringkali bermasam muka,
Tapi terlupakah kita bahawa Rasulullah sentiasa tersenyum walaupun musuh-musuh baginda memaki hamun tanpa belas kasihan?
Terlupakah kita bahawa manisnya senyuman Rasulullah sehingga ada yang jatuh hati?

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Kadang-kadang kita terlalu sibuk dalam urusan pembelajaran dan persatuan sehingga melupakan hak dan tanggungjawab terhadap keluarga, sahabat, dan ahli beit,
Tapi terlupakah kita bahawa Rasulullah jauh lebih sibuk dalam mentadbir sebuah negara Islam?
Namun, baginda tidak pernah lalai dalam menunaikan hak pada ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Kadang-kadang kita mengeluh penat dalam perjalanan sebagai seorang pelajar Medik,
Tapi terlupakah kita bahawa Rasulullah tidak pernah mengeluh penat dalam perjuangan baginda?
Terlupakah kita tentang cabaran dan rintangan yang dihadapi oleh baginda?
Jauh berkali-kali ganda berbanding ujian yang kita hadapi.
Ya, baginda pernah terduduk dan menangis,
Tapi baginda bangkit semula.
Bangkit dengan semangat dan keyakinan yang teguh pada Tuhan yang Maha Kuasa.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ


Kadang-kadang kita mengaduh dan merungut tak tentu hala dengan ujian kesakitan,
Tapi terlupakah kita bahawa Rasulullah ketika menghadapi sakitnya sakaratul maut,
Bukan mengaduh atau menjerit yang terkeluar dari mulut baginda,
Tapi perkataan Ummati ummati ummati yang menjadi sebutan baginda.
Sayangnya baginda pada kita, umatnya.
Umat yang jauh dari baginda.
Umat yang kian lupa pada baginda.
Umat yang semakin tidak ambil kisah tentang sirah baginda.
Umat yang makin luntur kecintaan pada baginda.
Umat yang mengabaikan sunnah baginda.
Umat yang memperlekehkan perjuangan baginda.

Maafkan kami ya Habiballah,
Yang seringkali alpa dengan diri kami sendiri.
Yang begitu keras hati sehingga tidak dapat mengalirkan air mata mengenangkanmu.
Yang terlalu kedekut untuk berselawat kepadamu.

Ya Rasulullah,
Saksikan bahawa kami rindu padamu.
Sungguh, kami rindu.
Moga kita dapat bertemu di akhirat nanti.
Dalam keadaan kau tersenyum pada kami,
Sebagaimana kau tersenyum pada sahabat-sahabatmu pada suatu masa dahulu.
Moga kita sama-sama dapat melepaskan rindu yang terpendam sekian lama.
Rindu yang pernah kau tuturkan pada suatu masa dahulu,
Sedangkan kami masih tidak wujud di bumi perjuanganmu ini.




Something to ponder sahabat sahabiah yang dikasihi Allah,

Benarkah kita rindu pada Nabi?
Sedangkan kita tidak pernah berimpian untuk berjumpa dengan baginda di syurgaNya nanti.

Benarkah kita sayang pada Nabi?
Sedangkan kita tidak pernah ambil tahu tentang baginda. Kata orang, tak kenal maka tak cinta.

Benarkah kita layak mendapat syafaat Nabi?
Sedangkan kita jarang sekali berselawat dan mengikut sunnah baginda, malah memperlekehkan.

Kita kata, Rasulullah itu idola,
Tapi jarang sekali kita mencontohi Nabi dalam kehidupan seharian kita kan?
Sedangkan sekecil-kecil sehingga sebesar-besar perkara Nabi telah ajar pada kita.
Tapi kita sombong dan bongkak, tak mahu ambil cara Rasulullah.
Kononnya budaya Rasulullah, budaya lapuk.
Kita lebih yakin dengan janji-janji ‘ulama’ barat.

Anyhow, belum terlambat untuk kita ubah cara hidup .
Let’s apply sunnah in our daily routine and these are a few of the sunnahs which we can apply them.

1.   Bangun awal sebelum subuh untuk solat sunat tahajud dan membaca Al-Quran.
2.       Membaca doa bangun tidur.
3.       Bersiwak.
4.       Mandi sebelum Subuh.
5.       Membaca ma’thurat.
6.       Solat Dhuha.
7.       Minum madu bersama air sejuk sebelum sarapan.
8.       Sikat dan minyak rambut.
9.       Memakai pakaian yang bersih dan indah.
10.   Memulakan setiap perbuatan dengan basmalah.
11.   Basuh tangan sebelum dan selepas makan.
12.    Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.
13.    Duduk ketika makan dan minum.
14.   Makan secara berjemaah di atas hamparan.
15.    Berjalan dengan tegap dan badan condong ke hadapan.
16.    Berzikir, istighfar dan mendengar lagu yang mengingati Allah ketika berjalan.
17.   Menyebut Allahu akbar ketika menaiki bukit dan subhanallah ketika menuruni
      bukit.
18.   Memberi salam dan sentiasa tersenyum.
19.   Qailulah.
20.   Menjaga wudhu’
21.   Tidur sejurus selepas isyak melainkan ada urusan.
22.  Solat Witir.


 “Hendaklah kamu bertakwa kepada Allah, dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) meskipun ia seorang budak hitam. Dan kalian akan melihat perselisihan yang sangat setelah aku (tiada nanti), maka hendaklah kalian mengikuti sunnahku dan sunnah para khulafa’ rasyidin mahdiyyin (pemimpin yang lurus dan mendapat petunjuk), gigitlah ia dengan gigi geraham (berpegang teguhlah padanya), dan jauhilah perkara-perkara muhdatsat (hal-hal baru dalam agama), sesungguhnya setiap bid’ah itu kesesatan.” 
(HR. Ibnu Majah. Hadis senada diriwayatkan pula oleh At-Tirmidzi, Abu Dawud, dan Ahmad).

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ


“Sesiapa yang berkehendakkan dunia maka hendaklah dia berilmu, sesiapa yang berkehendakkan akhirat maka hendaklah dia berilmu dan sesiapa yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah dia berilmu."
 (Imam Asy-Syafi’e)

Selamat beramal dengan sunnah idola kalian!

[AlFateh]
Fustateleven ®

Friday, January 11, 2013

[Fustateleven] Sketsa

Posted by GEN11US Friday, January 11, 2013

Bismillahirrahmanirrahim.

“Dari Abdullah bin 'Amr RA berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda; sampaikanlah daripada aku walaupun satu ayat.”
(HR Bukhari)

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ



A: Eh, tu budak tahfiz kan?
B: Haah.Ingat menghadap quran twentyfourseven jadi baik. Rupanya…
C: Siap mama papa lagi dengan awek duckface tue. cett.. blablabla…



*****



Eh,cop!
Seronok cakap orang teruk?
Cermin la diri sikit.
 (By the way, budak tahfiz tue mmg salah. fullstop! )

Ini lah orang kata hidayah dah ada tapi TAK ADA TAUFIQ.

 (Taufiq = kekuatan melakukan taat.)

Sebagai contoh, budak tahfiz tadi… (bro, jauh sangat contoh tu..)
Ok .contoh yg dekat. Diri kita sendiri.
Siapa? jerit sama2.
DIRI KITA SENDIRI !!!



*****



Allahuakbarullahuakbar....  <<<  ini azan

Seman anak Leman : Sam, dah azan asaq le. Siap jom.
Samad ibnu Pak Mat : Azan ? Iqomat lambat lagi. Habis buku hijau ni  
                                        aku turun la.

(Jarak  antara azan dan iqomah di Mesir lebih kurang 10-15minit )
 (Tapi bergantung pada waktu solat juga )

Lailahaillallah <<< Iqomat sudah habis.

Samad ibnu Pak Mat : Mandi la dulu. Nak segarkan badan. Nak jumpa tuhan   
                                  kan. (desis  hatinya, lalu mencapai  tuala gambar mickey mouse).

10 minit kemudian..

Samad ibnu Pak Mat : Fuh! segar rasanya. Eh, man, dah habis solat kat  masjid?
Seman anak Leman : Dah lama dah... Waktu kau nyanyi korus Isabella tadi.


Nota kaki:
Isabella lagu ketiga
daripada 17 lagu yang disumbangkan.


Seman anak Leman masuk bilik. Sambung belajar Physio.

Setiap waktu solat hampir sama sketsanya. Dalam 365 hari setahun setiap hari begitu .
Solat jemaah di masjid tertinggal. Eh silap, bukan tertinggal tapi ditinggal.




*****



Tamat sketsa harian.
Dapat isinya?
Dapat? Eh, bukan part korus Isabella tu.
Nak bagitahu apa kat sini,

Berapa ramai yang dapat hidayah tapi tidak dapat taufiq.
Tu pasal Samad ibnu Pak Mat tidak boleh bertindak seperti Seman anak Leman.

Kekuatan. Ya! Kekuatan itu yang tiada.
Jadinya ,sama-samalah berdoa agar sentiasa diberi hidayah DAN TAUFIQ.




-Tamat-

****



Headshot? bohong.
Ini busur panahlah.

“Andai kamu di sapa hidayah, gapailah segera. Kerana, takut-takut itu adalah hidayah yang terakhir.”

Astaghfirullahalazim.
Astaghfirullahalazim.
Astaghfirullahalazim.

Jangan bertangguh untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan!  Yok!

“Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; Sesiapa yang berkehendakkan dunia maka hendaklah dia berilmu, sesiapa yang berkehendakkan akhirat maka hendaklah dia berilmu dan sesiapa yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah dia berilmu."
(Imam As Syafie)


[Muhammad]
Fustateleven ®
  • RSS
  • Facebook
  • Youtube