Saturday, June 30, 2012

Tunggu!!!

Posted by GEN11US Saturday, June 30, 2012

Bismillah wal hamdulillah.
Wa. Tinggal beberapa hari lagi sahaja untuk menghadapi kertas Biochemistry. 

Seronoknya :D

Meskipun ini mungkin seolah-olah kertas yang terakhir untuk dihadapi sebelum bermulanya cuti musim panas, ramai rakan-rakan seperjuangan mengadu kurangnya semangat.


“ Ish, malasnya nak buka buku Biochemistry ni” 
“Study ala kadar je lah. Tak ada mood lah.” 
“Semangat untuk ulangkaji biochemistry tak macam semangat masa belajar Anatomy dulu”

Monday, June 18, 2012

Cintaku Bukan Di Atas Kertas

Posted by GEN11US Monday, June 18, 2012


CINTA TERLARANGKU TAK DAPAT DILARANG


mencari cinta


PENDAHULUAN:

Ramai dalam kalangan masyarakat yang keliru tentang ikhtilat. Ramai juga yang menyangka, menjaga ikhtilat itu untuk golongan ‘agama’ sahaja. Adapun golongan ‘biasa-biasa’, soal ikhtilat atau percampuran antara lelaki dan wanita tidak perlu ditekankan sangat. Apa yang penting, jangan sampai terjebak dengan zina. Kalau setakat bercouple berdua-duaan, berpegangan tangan atau bertepuk tampar, itu dianggap perkara biasa. Sedangkan hakikatnya, syariat Islam itu sama sahaja untuk semua. Dari situ kita melihat, isu ikhtilat tidak pernah selesai.

Monday, June 04, 2012

Renew niat

Posted by GEN11US Monday, June 04, 2012




Jam 2.30pagi.

Masing-masing masih setia di meja study, cuba mencerna sebaik mungkin setiap ilmu yang tercatat dalam buku anatomy Dr. Sameh.

Al-maklumlah, imtihan praktikal anatomy tinggal dua tiga hari sahaja lagi.
Semua tekun dengan perihal sendiri, menelaah sehigga dingin pagi dan bertemankan nescafe panas bagi mengaktifkan sistem saraf utama mungkin untuk memberi sepenuh fokus agaknya.. 

atau mungkin juga khuatir terlena dek tewas dengan pujukan mata sendiri. 


Sunday, June 03, 2012

Laporan Khas: Sistem Syif

Posted by GEN11US Sunday, June 03, 2012
SISTEM SYIF PARA DOKTOR DI MALAYSIA.


      Marcapada ini, kerajaan Malaysia telah mengambil satu langkah yanag bijak iaitu memperkenalkan sistem syif atau waktu kerja anjal bagi para doktor pelatih untuk menggantikan sistem on-call yang begitu memenatkan dan dalam bahasa kasarnya adalah sistem yang tidak begitu cakna akan waktu untuk para doktor berehat setelah penat bekerja.Maka, disini saya amat berbesar hati untuk memberi sedikit pencerahan mengenai sistem syif.

Wednesday, May 09, 2012

Physiology Cancelled Topic

Posted by GEN11US Wednesday, May 09, 2012

 

Medical Physiology Book


  • Introduction
  • Blood : Immunity [Page 45 - 59]

 Cardio Pulmonary Physiology Book 


  • Respiration
          - Part II [ Acclimatization of high altitudes, page 36 until page 48 ]
  • Cardiovascular
          ^ Part I
          - ECG [ Page 33 - 52 ]
          - Measurament of COP : Dilution and thermodilution [ Page 64-65 ]
          - Drawing [ page 81]
          - Cardiac Work and Oxygen consumption until the end of chapter [Page 82-88 ]

          ^Part II
          - Coronary Circulation : Anatomical considerations, blood flow and blood flow determinants
             [Page 58-60 ]
          - Pulmonary Circulation : Anatomy consideration [ Page 63 ]
          - Cerebral circulation : All [page 67 - 75 ]



* The cancelled topics are for written and oral exam
* But you have to know just about normal ECG for ORAL exam in case of special examiner :D






credit to : Dr. Maha









Physiology Final Exam Format

Posted by GEN11US Wednesday, May 09, 2012



First Part [ 75 minutes ]

^ Section A [ 60 marks ]
  • 60 MCQs 

^ Section B [ 5 marks ]
  • 1 Matching Question

* Must answer in MCQ sheets (Like in midyear exam).
* MCQ sheets will be collect directly after time up and we will continue with the second part.



Second Part [ 105 minutes ]

  • 7 short essay [ 50 marks ]
  • 2 cases, or maybe 1 cases and 1 diagram question [ 10 marks ]

* Must answer in given copybook.
* Some of the essay question maybe has subunit question.
   For example : 1(a) Explan... (b) Give ..
* Cases question will be based on department book with slightly different situation and question 
   BUT still the SAME concept.


Total : 125 marks


As all of you know, there are severel topic have been cancel for the final exam.. Check it out here



credit to : Dr. Maha

Monday, April 30, 2012

SPR: Kepimpinan

Posted by GEN11US Monday, April 30, 2012


Alhamdulillah, MOVE dan Pilihanraya GEN11Us telah berjaya dijalankan dengan lancar pada hari khamis yang lalu. Dan kepada bakal-bakal leader GEN 11 untuk sesi 2012/2013 (walaupun belum tahu keputusan,) bersedialah untuk menjadi dan mencontohi pemimpin sehebat Umar dan sahabat-sahabat yang lain.









Wednesday, April 25, 2012

SPR : Borang Undi

Posted by GEN11US Wednesday, April 25, 2012

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t.

Sempena dengan pilihan raya yang akan menjelang tiba pada hari Khamis , 26 April 2012 ini, jawatankuasa SURUHANJAYA PILIHAN RAYA (SPR) Gen11Us, telah memutuskan bahawa untuk proses undian, para pengundi akan diberikan sebanyak 3 keping kertas undi yang berbeza yakni, bagi para pengundi ikhwah, anda akan menerima kertas pengundian MT IKHWAH, MT AKHAWAT dan AJK IKHWAH manakala bagi para pengundi akhawat, anda akan menerima kertas pengundian MT IKHWAH, MT AKHAWAT dan AJK AKHWAT. Bagi kertas pengundian AJK AKHAWAT, sistem yang akan digunakan dalam proses pengundian pada kali ini adalah sistem KOD MENGIKUT BIRO.  Dengan ini dilampirkan sekali contoh bagi BORANG UNDIAN MT IKHWAH , MT AKHAWAT, AJKT IKHAWAH dan juga AJKT AKHAWAT berserta sekali KOD CALON – CALON AJK AKHAWAT MENGIKUT BIRO.






SENARAI CALON BESERTA KOD BERDASARKAN JAWATAN
AJK AKADEMIK
A1       : FATHINAH BT HARUN
A2       : AISYAH SYAHIRA BT ABDUL HAMID
A3       : NUR HUDA BT HASSAN
A4       : RASYIDAH BT ANUAR MUSADDAD
A5       : NOHA NABILA BT MOHAMAD AKHIR
AJK AKTIVITI LUAR   
L1        : SITI SARAH BT AHMAD
L2        : NOR AFIFAH BT JILANI
L3        : NURUL MIZA SHASHEIHA BT ABDUL MUTALIB
L4       : NURFATIN AFIQAH BT MOHD BADRONDIN
AJK BPI
I1         : NABIL HUDA BT CHE MURAD
I2         : NUR AMALIN SHAFIRAH BT TN MAHADI
I3         : SAKINAH BT ADUKA
I4         : AISYAH SYAHIRA BT ABDUL HAMID
AJK KEBAJIKAN
K1       : NUR AZURA ASHIKIN BT AZIZI
K2       : USWATUL HASANAH BT SUHAIMI
K3       : NURUL HUSNA BT MURYADI


AJK MULTIMEDIA
M1       : FATIAH ‘AISYAH BT IZANI
M2       : SITI NUR HAZWANI BT ABDUL AZIZ
M3       : AIMI ASRINA BT NOH
M4       : AIDA NASUHA BT ZAINI
M5       : NABILAH BT ZAINOL AZMI
M6       : SITI SARAH BT AHMAD

Sekian, harap maklum.
Disediakan oleh,
PENGARAH SPR GEN11US

SPR : Lagi Kenyataan Rasmi Penarikan Diri

Posted by GEN11US Wednesday, April 25, 2012

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Firman Allah SWT 
"Dan ALLAH sebaik-baik Perancang(membalas tipu daya)” ( ali imran 3: 54)

Maka benarlah kalamullah, 
Kita merancang , Allah juga merancang, ternyata Dia sebaik-baik perancang..

Beberapa jam sebelum senarai nama calon - calon bertanding bagi pilihan raya GEN11US 2012 dikeluarkan, pihak SPR GEN11US telah menerima permohonan penarikan diri calon KETUA BATCH AKHAWAT,
RASYIDAH BT ANUAR MUSADDAD dalam pilihanraya yang akan datang.

Selepas perbincangan, pihak SPR MENERIMA permohonan beliau dengan menimbang hujah penarikan diri yang telah dikemukakan oleh beliau.

Pihak SPR ingin meminta maaf atas kecelaruan yang berlaku dan di atas kelambatan artikel berkenaan penarikan diri ini dikeluarkan serta kami di pihak SPR berharap agar semua pihak berlapang dada dalam keputusan ini

Dengan ini bermaksud hanya dua sahaja calon yang bertanding dalam jawatan KETUA BATCH AKHAWAT .

Sekian harap maklum, 
Disediakan oleh,
Pengarah SPR GEN11US 2012
·         Dengan ini dilampirkan sekali kenyataan rasmi penarikan calon daripada calon tersebut.



Bismillahirrahmanirrahim…
Saya Rasyidah Anuar Musaddad,calon Ketua Batch akhawat menarik diri daripada bertanding atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.
Saya telah meminta pendapat ibu saya dan beliau menasihati saya supaya lebih focus dalam study. Beliau merasakan jawatan ini berat untuk saya jika saya terpilih.
Saya sendiri rasa pencalonan saya sangat tidak wajar kerana lebih ramai calon yang layak bertanding.
Saya minta maaf kerana bersifat penakut dan menarik diri, kerana saya telah terdengar beberapa komen negatif tentang pencalonan saya .saya memang terlalu banyak kelemahan dan mungkin telah salah faham tentang komen tersebut. jadi , lebih baik saya menarik diri supaya tidak timbul fitnah lain.
Akhir sekali,saya mohon maaf daripada pencadang, Nor Syahida Syakira dan penyokong beliau atas penarikan ini.
Allahu a’lam. Yang baik itu daripada ALLAH ,yang buruk itu disandarkan kepada diri saya,hakikatnya kedua-duanya daripada ALLAH.




Tuesday, April 24, 2012

Anatomy Final Exam Format

Posted by GEN11US Tuesday, April 24, 2012


Exam Description
  • Time allocated : 3 hours
  • Allocated marks : 125 marks
  • The exam consists of two section :-
          Section A - MCQ
          Section B - Matching questions
          Section C - Essay questions
          Section D - Clinical cases
          Section E - Fill in the blanks


No. of questionsMarksDistribution of questions
MCQ
30
30
[1 for each question ]
Lower [11], Thorax [10], Upper [5], Embryo [3], General [1]
Matching
3
15
[ 5 for each question ]
Lower [1], Thorax [1], Upper [1]
Essay
10
50
[ 5 for each question ]
Lower [4], Thorax [3], Upper [2], Embryo [1]
Cases
3
15
[ 5 for each question ]
Lower [1], Thorax [1], Upper [1]
Fill in blanks
8
15
Lower, Thorax, Upper, General








credit to : Dr Ehab

Di Mana Darjat Kita??

Posted by GEN11US Tuesday, April 24, 2012

Bismillah dan Alhamdulillah ke atas ilahi di atas segala kurnian nikmat kepada kita yang tidak pernah henti selama ini. Sesungguh allah itu maha penyayang lagi maha bijaksana.

Selawat dan salam ke hadrat nabi kita nabi Muhammad, atas jasanya islam tersebar luas di dunia ini dan atas segala ajarannya kita berada di jalan islam yang tepat.

إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا(56)
“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.”
(Surah al-Ahzaab, 33: 56)

 Di dalam ayat di atas menyatakan allah dan para malaikat berselawat ke atas baginda dan mengandungi arahan untuk berselawat ke atas nabi kepada kita semua. Bukan susah pun hendak berselawat ke atas baginda dan kelebihan selawat amatlah banyak jika ingin dinyatakan dan sudah makruf rasa nya sahabat dengan kelebihan selawat ini.

Seorang ustaz di azhar menceritakan sebuah kisah, dan aku bukanlah ingat sebiji cerita yang ustaz cerita namun cerita dia lebih kurang begini:

Bahawa ada seorang ulama(xigt nama) apabila dibacakan atau dia membaca ayat di atas dia akan berselawat tiga kali, satu kali sbb allah beselawat keatas nabi, dan kali kedua kerana malaikat berselawat ke atas nabi dan kali ketiga kerana suruhan yang ada pada ayat itu.

Dimanakah tempat kita, jika Allah dan malaikat berselawat ke baginda tapi kita sebagai umat baginda jarang sekali berselawat kepadanya. Bukan payah hendak selawat ke atas nabi, berbanding jasa nabi kepada kita semua, kalau malas pun sehari sekali, dan ditinggkatkan dari hari ke hari.

Sekarang kita sudah berada di fatrah exam dan semua orang pun busy dengan studynya. Kagum juga aku tengok semua orang sudah menghadap buku, kalau yang dulu main-main, sekarang sudah serius, kalau yang dulu jarang je buka buku, sekarang ni sudah buku di tangan tiap-tiap masa, Alhamdulillah semua berubah menjadi lebih baik. Semangat tu tiba-tiba je berkocak.

Aku juga lebih kagum dengan orang yang penting-penting dalam setiap organisasi yang ada kat sini, busy dengan kerja lagi busy dengan study lagi.. hurmm.. aku angkat tabik dengan korang. How u’all manage ur time?... moga allah memudahkan urusan korang. Insya allah jika ikhlas besar balasannya dan pengorbanan korang akan dibalas dengan setimpal. Tahniah aku ucapkan kepada mereka, jika tiada mereka, tiada kita disini, tiadalah program-program yang bermanfaat untuk kita semua.

Cuma pesananku kepada diri ku dan juga ingin aku kongsi kepada sahabat-sahabat semua, melalui fatrah exam ini, bersungguh-sungguh lah kita dalam amalan seharian kita dan dalam study kita. Sudah menjadi tanggungjawab bagi kita untuk berlajar dengan baik dan mengusai bidang ilmu ini. 

Bahkan menjadi fardhu ain bagi kita untuk menjadi seorang pelajar perubatan yang cemerlang dan mengusai ilmu perubatan ini setelah menceburi bidang ini.

Kepada sesiapa yang berada di bidang ini, sama ada melalui ikthikarah atau tidak, sama ada terpaksa atau rela, sama ada mengikut kehendak ibu bapa atau mengejar cita-cita, bersungguh-sungguh lah kita dalam mengusai ilmu ini dan percayalah kita boleh melakukkan nya. Sudah Allah tentukan kepada kita, yang kita berada dalam lapangan ilmu ini, maka terima lah dengan apa yang ditakdir-Nya. Allahlah sebaik-baik perancang dan Allah mengetahui apa yang terbaik buat kita. 

Lagipun kita sudah separuh jalan dalam bidang ini, kenapa mahu berhenti?

Jadikan fatrah exam ini, sebagai medan mujahadah nafsu dan medan menjadikan diri berubah menjadi lebih baik. Bukalah buku dan study smart! Yang jarang buka buku, yang selalu bermalas-malas, yang selalu main game, yang selalu tidur, kurangkan dan banyakkan study. Pastikan hidup ini seimbang dan ingat matlamat kita di sini.



Jadikan exam ini jambatan kita untuk mengakrabkan diri kita kepada Allah.  Orang kata :

“Alah… exam baru nak ingat Allah”

“ko solat nh ikhlas atau tidak? Sebab allah atau sebab exam?”

Dulu masa tsunami nak dtg.. beribu update status facebook dan twitter..

“tsunami datang, taubatlah”

“doa banyak2 woi.. tsunami datang”

Walaupun tsunami itu hanya amaran, berjuta orang cuak… selepas itu ada sahaja status begini

“bila tsunami datang baru nak ingat Allah”

“ohh dulu berfoya-foya, sekarang bila amaran tsunami baru nak tersungkur atas sejadah”

Hurmm… bagi pendapat aku yang hina lagi kerdil ini, bukankah ujian yang Allah datangkan itu supaya manusia itu kembali kepada Allah, kembali ke arah jalan yang benar? Kenapa hendak melekehkan orang yang hendak bertaubat? Hebat sangat kah kita? Sesungguh nya manusia sentiasa lupa dan lakukan kesalahan, sebab itu Allah datangkan balasan dan ujian agar manusia kembali ingat kepada-Nya.

Kembali kepada topik kita, jadikan exam ini sebagai jambatan untuk mendekatkan diri kepada Allah walaupun exam ini bukanlah musibah yang Allah turunkan namun ia adalah ujian bagi kita untuk mengukur di mana tahap pengusaan ilmu kita dan membuktikan kita ini manusia yang lemah dan hanya bergantung pada Ilahi kerana tiada siapa yang tahu masa hadapan kita kecuali Allah maha yang mengatahui.

Namun jangan jadikan exam ini sahaja sebagai musim mengingati Allah, lepas exam sudah lupa. 

Celakalah orang yang begini. Apabila susah baru hendak ingat kepada Tuhan, apabila senang lupakan Tuhan. Biar lepas exam ini, segala amalan yang kita lakukan berterusan hingga akhir hayat.

Boleh relate ker dengan citer tsunami dengan exam td??.. Harap faham sebab aku pon nak relatekan citer itu dengan citer tsunami susah. Hehe..

Tapi ini yang aku ingin sampaikan kepada semua, jangan rendah-rendahkan sahabat-sahabat kita yang baru nak mendekatkan diri kepada Allah. Sekurang-kurangnya dia sedar siapa dia, dan sedar bahawa hidup ini perlu bergantung kepada Allah sahaja kerana kejayaan itu bukan hanya membaca buku sahaja namun tawakal itu perlu. Allah yang menentukan segalanya.

Selain itu, untuk berjaya, solat tiang agama jangan sekali-kali ditinggalkan. Ini adalah pesanan ayah aku waktu kecil dulu. Bukanlah aku ingin katakan bahawa solat untuk berjaya. Bukan ini. Kita semua solat kerana Allah. Cuma Allah ada berfirman dalam al-Quran : 

 (2) ٱلَّذِينَ هُمْ فِي صَلاَتِهِمْ خَاشِعُونَ (1) قَدْ أَفْلَحَ ٱلْمُؤْمِنُونَ

“Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam  sembahyangnya”
[Surah Al-Mukminun, 23:1-2)

Ini adalah balasan yang Allah bagi yang solat dan khusyuk. Solat adalah perkara utama dalam hidup seorang muslim dan amalan pertama yang dihitung Allah di akhirat kelak. Jika ikhlas dan khusyuk, Insya Allah berjaya dunia dan AKHIRAT seperti yang allah janjikan dalam ayat quran di atas. 

Bukanlah aku ahlinya untuk menerangkan tafsir ayat ini cuma inilah apa yang aku dapat ambil pengajaran dari ayat ini. Untuk penerangan lanjut sila tanya ustaz-ustaz apa maksud yang lebih dalam melalui ayat ini.

Solatlah kita dengan solat yang sebenar dan sah serta solatlah dengan khusyuk. Jangan sekadar tunduk dan bangun sahaja, biar solat kita sah dan mengikut syarat-syaratnya. Berlajar bagaimana ingin solat dengan sempurna dan sah. Jika tidak tahu, tanya! Bagaimana mahu khusyuk, solatlah dahulu baru tahu bagaimana hendak khusyuk, jika tidak solat bagaimana hendak khusyuk.



Selepas itu jangan lupa berdoa kepada Allah dan doakan kami semua sekali. Kalau boleh sebutlah nama kami satu-satu. Doalah dengan penuh adab dan penuh pengharapan kepada Allah. Bukankah allah telah berfirman, 


وَقَالَ رَبُّكُـمُ ٱدْعُونِيۤ أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ(60)

 Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahannam dalam keadaan hina.
(Surah al-ghofir, 40:60)

Ummu ad-Darda’ telah berkata dari Abu ad-Darda’: Sesungguhnya Nabi Shollallaahu ‘Alaihi wa Sallaam telah bersabda: “Doa seorang muslim kepada saudara (seislamnya) semasa ketiadaannya adalah mustajab. Terdapat malaikat yang mendampinginya. Setiap kali dia mendoakan saudaranya dengan kebaikan maka malaikat tersebut akan berkata: amin, dan bagi kamu sepertinya.“
(Riwayat Imam Muslim)

Sungguh makbul doa sahabat ke atas sahabtnya yang lain. Bukan kita tidak tahu cuma kita lupa akan hadis ini. 

Tambahan lagi, rajin-rajin selak dan baca al-quran itu, cari hikmah yang di dalamnya. Banyak lagi formula yang Allah gariskan dalam al-quran itu jika ingin berjaya dunia dan akhirat.

Tawakal-tawakal juga, usaha jangan dilupa. Tinggi mana pon kita mengharap, kalau rendah juga kita baling batu, tidak tinggi juga batu itu pergi secara analoginya begini. Usaha mesti gempak sama rata macam tawakal kita.

Maafkan aku sebab panjang sangat tulisan aku kali ini. Harap dapat ambil yang baik dan tapis mana yang tidak baik sebab aku pun tidak sempurna.

Ikhlas dari aku,
Pipit jalanan.
Kita manusia biasa,
Hanya menagih jasa,
Bukan Allah memerlukan kita,
Bahkan kita yang memerlukan-Nya.

Muhasabah Cinta

Posted by GEN11US Tuesday, April 24, 2012

               Aku rindu padamu, ampunilah dosa dan kesalahanku , begitu indah kasihmu, luas mekar meliputi  tiap-tiap sesuatu, berulang kali ku ucapkan kata cinta padamu ya Allah....  cintakan rasulullah...... 



Tapi.... 

        kerapku ulangi dosa dan noda yang menjanjikan azab sengsara illahi, puasku cuba menjauhi, tapi banyak dugaan menghampiri, hingga aku tersungkur beberapa kali, hingga kini , akhirnya aku sedari....

HIDUP INI..........
        umpama  seorang  perantauan, mencari bekalan , sebelum  meneruskan   perjalanan  ke destinasi  untuk bertemumu tuhan.

        sayup-sayup bunyi kedengaran,  suara latar  kicauan burung yang mengasyikkan, ku dengari tatkali sinar mentari  bertempiaran,  tiupan angin yang  menghempas pantai  dan batuan,  tunduk patuh  penuh tawaduk  kepada tuhan.....
       
        MANUSIA .... sebaik-baik kejadian, khalifah  di muka bumi  yang penuh dengan ujian , hidup ni memang indah , andai di sinari dengan cahaya akidah, di sirami  suluhan  iman dan taqwa

sejauh mana sinar taqwa menyinari diri?

        tatkala umur semakin pendek, dedaun  di luh mahfuz semakin hapir digugurkan, buat  manusia  yang  berpijak di bumi  ciptaan tuhan.

        malaikat maut menunggu detik dan ketika, menyahut    seruan tuhan yang diperintahkan..:
1. 1 hari ,malaikat maut menjenguk manusia 70 kali.
2. setiap 20 minit muka kita di tatap malaikat maut...
3. malaikat pelik melihat gelagat manusia yang bergelak ketawa, tatkala nyawa di hujung tanduk...

        Gelumang dosa dan noda yang meninggi, sudah pasti mengundang  murka illahi... jikalau tidak kembali , takut nanti  tidak  suci sebelum mati....

        seharian sibuk mencari rezeki, mencari erti kehidupan duniawi, hingga kadang kala leka untuk  kehidupan hakiki...tempat di syurga belum pasti, atau tiket ke neraka sangat di takuti,

        tak kala jarak matahari  dari kepala tak sampai seinci, manusia  tidak tertanggung lagi, minta nabi muhammad  memohon kepada illahi, agar dipercepat hitungan amalan sendiri, inikan pula api neraka yang menyala tinggi.... ALLAH HU AKHBAR ampunilah dosa hambamu ini..........tahukah anda:
1.Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2.Setiap tingkat mempunyai
70,000 daerah
3.Setiap daerah mempunyai
70,000 kampung
4.Setiap kampung mempunyai
70,000 rumah
5.Setiap rumah mempunyai
70,000 bilik
6.Setiap bilik mempunyai
70,000 kotak
7.Setiap kotak mempunyai
70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai
70,000 ekorular
9.Di dalam mulut setiap ular yang panjang
70       hastamengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10.Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai
70,000 rantai
11.Setiap rantai diseret oleh
70,000 malaikat
12.apa sahaja yang jatuh kedalamnya hancur  bukan jadi debu, tapi  lagi halus daripada itu.....

mahukah kita menempah tiket ke tempat sebegitu....?
ketahuilah......orang yang di syurga itu terlalu dan teramat sibuk , terlalu sibuk  menikmati keindahan dan  kenikmatan  yang tidak terbayang kenikmatannya...

Cinta kepada Allah...
MOGA IA..Mekar menghiasi taman kasih kita, menjadi visa ke syurga firdausi, insyaAllah , kita bertemu di syurga, tika itu senyuman mekar terukir semanis kismis, kurma, halawiyat, gula-gula loli pop, gula melaka, madu, kek coklat, asob dan ais cream, hehehe....... indahnya saat itu..., untuk kecapi keindahan itu...

MULALAH  DARI  SEKARANG,

YEE! SEKARANG.........carilah  cinta illahi...lakukan suruhan , tinggalkan larangan, banyakkan zikrullah, tingkatkan amalan, melazimi  selawat, ingat tuhan agar sentiasa dalam rahmatnya dunia akhirat, insyaAllah...

Sunday, April 22, 2012

SPR: 11 ciri AJKT GEN11Us pilihan

Posted by GEN11US Sunday, April 22, 2012


[konpius?]

Masih lagi sukar memilih yang terbaik untuk dijadikan AJKT GEN11Us 2012/2013? Di sini kami memberikan senarai semak ciri-ciri yang PERLU ada pada setiap AJKT agar segala aktiviti dan perihal GEN11 dapat dilaksanakan dengan baik, seterusnya memacu GEN11 ke puncak!



11 Ciri-ciri AJKT Gen11us 2012/2013

  1. Berkeperibadian soleh/ solehah dan muslih.
  2. Menunjukkanqudwah yang baik seperti menghormati rakan seperjuangan, berdisiplin dan matang.
  3. Mampu mengekalkan kecemerlangan akademik.
  4. Penampilan yang bersih dan kemas.
  5. Mempunyai visi hidup yang jelas yang menyumbang kepada Islam.
  6. Berkeyakinan tinggi serta berani ke hadapan.
  7. Mampu bekerjasama dalam organisasi.
  8. Pemikiran positif dan berlapang dada.
  9. Rela berkorban dan berbakti demi kebajikan rakan-rakan.
  10. Mesra dengan rakan-rakan.
  11. Berkelayakkan untuk jawatan yang dicalonkan.



-by AJK SPR'12 GEN11Us
[4 days to go before Vote It RIGHT 2012]












Saturday, April 21, 2012

SPR : Kenyataan Rasmi Penarikan Diri

Posted by GEN11US Saturday, April 21, 2012
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Firman Allah SWT 
"Dan ALLAH sebaik-baik Perancang(membalas tipu daya)” ( ali imran 3: 54)

maka benarlah kalamullah, 
kita merancang , Allah juga merancang, ternyata Dia sebaik-baik perancang..

beberapa hari lepas pihak SPR GEN11US menerima permohonan penarikan diri calon MT batch ikhwah iaitu Mohammad Hilmi Bin Mohamad Nafiah, dalam pilihanraya yang akan datang.

selepas perbincangan, pihak SPR MENERIMA permohonan beliau dengan menimbang hujah penarikan diri yang telah dikemukakan oleh beliau.

pihak SPR ingin meminta maaf atas kecelaruan yang berlaku, dan berharap semua pihak berlapang dada dalam keputusan ini.

dengan ini bermaksud hanya tiga sahaja calon yang bertanding dalam jawatan MT batch ikhwah, dan TIADA perubahan dalam pilihanraya AJKT ikhwah kecuali semua pengundi hanya akan memilih 6 calon drpd 10 calon yang bertanding bgi AJKT ikhwah. satu drpd calon AJKT ikhwah akan diserapkan kedalam MT batch ikhwah.

sekian harap maklum, 
disediakan oleh,
Pengarah SPR GEN11US 2012

*dgn ini dilampirkan kenyataan penarikan diri calon tersebut

Assalamualaikum wbt...
Ana mohammad hilmi bin mohamad nafiah merangkap timbalan ketua batch gen11us dengan ini menarik diri daripada pencalonan MT batch bg thun 12/13 sekaligus menrik dri dri bertnding dlm plhn rya prngkat btch akn dtg..
penarikan diri ini atas sebab telah mendapat taklifan terlebih dahulu dari pihak maahad iqra yang memerlukan komitmen, btw ana risau berlaku mudharat yang besar iaitu hal ehwal batch akan terabai
ana dgn rndh diri memohn maaf ats kekhilafan diri espclly buat tuan pencdng mohd hanafi b salehudin,ketua batch emir haziq b haji mat lela, ajk btch 11/12, ahli2 spr, calon2 mt&ajkt plhn rye gen11us n ahli btch keselurhnnya..
mgkin dri ini tmpk pengecut atau ego utk lari dri amnh y dtklifan..
nmun dri sye hye mmpu utk mngtkn dri ini x mmpu mgls tgs ini n rsau x mmpu mmbri kotmitmen y sbaiknya.. mgkin peluang ini mampu kte gunakan utk mgcngkil bkat bru dri ahli btch yg hebat2 semuanye..aasif skali lagi dari sye buat calon2 laen kuatkan azam entuorg jgn jdi ego n pengecut mcm ana, insyallah 'entu tidak keseorangan'..wallahu3allam


Hilmi Nafiah

Friday, April 20, 2012

Penamaan Calon MT & AJKT Ikhwah 2012/2013

Posted by GEN11US Friday, April 20, 2012
Calon- calon Majlis Tertinggi Batch Gen11us 2012/2013

Muhammad Zofir Wajdi B Arip

Md Afiq Bin Md Rahim

Muhammad Ikraam Bin Abdul Latif



Calon-calon Ahli Jawatankuasa Tertinggi Gen11us 2012/2013

Muhammad Zarif B Mat Yusoff

Muhammad Ihsan Bin Abdul Halim

Muhammad Heiqal Bin Kamaludin

Muhammad Basheer Bin Yahya

Muhammad Aminuddin Bin Khalid

Mohammad Aqil Bin Azman

Mohd Zulqarnain Iskandar Bin Zulramli

Ahmad Azlan Bin Mohamad Amin

Dinne Zuhairaie Bin Norazman

Muhammad Fikri Bin Ismail


  • RSS
  • Facebook
  • Youtube